08 Disember 2010

MAHA : GORENG PISANG PANAS & WANITA GLAMER

Jumaat, 03/12/2010

Ok, ok.. ini cerita lebih kurang dah basi la. Tapi, aku nak gak notekan kat sini sebab dah penat2 aku mengambil gambar, video dan sebagainya.

Ini first time aku ke MAHA setelah sekian kali nya di anjurkan di tapak expo MAHA yang berkenaan. Itupun selepas terpampang gambar buah nangka yang besar bagak (bagak = besar gila) sebesar budak kecil kat dalam surat khabar mainstream.

Memahami cik puan kpp yang mudah 'cair' dengan panahan matahari, aku suggest untuk pergi waktu malam.. hari jumaat, sebaik balik daripada kerja. Kebetulan 'cik Mori ada kat rumah aku, di 'angkut' sekali ke MAHA.

6:30pm

Aku masuk ikut pintu 2, atas nasihat cik puan kpp. Walaupun hari kerja dan sudah petang, orang masih ramai lagi di lokasi MAHA. Dan, macam yang di pampangkan di dada akhbar.. memang sah nangka nya punya lah bagak gila!


Aku satu family naik bas sewa khas yang pecuma itu ke tapak ekspo (pavillion). Nurin hana punya lah suka sebab memang Nurin hana tak pernah naik bas! 

Di sekitar paviilion (luar dewan), ramai juga orang tengah berpeleseran. Pameran dibahagikan kepada 4 dewan :

Dewan A : Pameran kementerian dan agensi kerajaan
Dewan B : Pameran syarikat tempatan
Dewan C : Pameran syarikat antarabangsa
Dewan D : Makanan popular dan produk tempatan

Semua dewan kami redah.. tapi, seriusly yang best hanyalah Dewan D. Lain2 tu terlalu 'official' sangat dan not much to 'look' at.

On the way balik, aku sempat jugalah beli nangka madu yang gedabak tu. Cuma, takde lah aku beli sebiji.. sebab ianya besar sangat (baca : mahal).


WANITA GLAMER

Cuba teka siapa ini ? 


Semasa di Dewan D, ada seorang wanita glamer ni di kerumuni oleh banyak kamera. So, automatically menarik minat aku lah untuk menyibuk sama. 

Rupa2nya..


Menteri daa... Aku ingatkan artis mana lah tadi. Boleh tahan cun, kan ? har har har


GORENG PISANG PANAS

Sekali lagi ramai gila orang berkerumun kat satu booth. Mulanya, aku buat tak endah saja. Tapi, dia punya tarikan tu sangat kuat dan aku pun tumpang menyibuk la. Sekali pandang, takde apa yang istimewa pun. Bukan nya menteri, bukan juga artis. Nak kata awek cun.. idak. Ada seorang makcik tengah goreng pisang je. Apa ke benda yang special sangat sampai bersesak2 orang mengerumun makcik tu. Siap ambil gambar dan ambil video segala bagai.
Korang rasa2 apa yang terjadi ? so, aku pun menyibuk la juga. Dengan ini aku secara exclusivenya, meng-kongsi-kan video gempak apa yang buat makcik tu sikit punya glamer.. selamat menonton!

klu : perhatikan cara makcik itu menggoreng..

video

6 ulasan:

Syigim berkata...

uish gile dasyat makcik tu. selamba je celup tgn dlm hot oil!

ctpayong berkata...

wah..bagus tu menuntut ilmu tahan minyak panas...taklah susah kak ct masa goreng ikan...

*Miss Geli^ berkata...

tengah tengah makan goreng pisang, tergigit mende keras..ingatkan pisang tak masak, rupanya jari macik daaa...hahahhaha

Pala Maldini berkata...

syigim : memang kagum..

ctpayong : hehe.. tentu tokey senduk menangis dibuat nya..

cikgeli : kalau lapar, boleh terus makan jari.. sebab dah masak..

Pencacai Alim berkata...

uik? camni pon ada ka? hakhakhak

Hanis Azla berkata...

perghh... pakai jari pun boleh.. ha..ha.. cayalah makcik ni.