23 Disember 2010

27.5 MILLION - LELAKI LEBIH RAMAI DARIPADA WANITA !!

Ianya sudah official. Penduduk Malaysia sekarang berjumlah 27.5 juta (27,565,821) berdasarkan laporan awal Banci 2010. Laporan Bernama

Ada beberapa perkara menarik yang aku tertarik nak ulas (ewah, macam pakar statistik pulak..) :

1) Jumlah lelaki lebih ramai daripada wanita !! Macamana nak poligami ni ? muahahahaha (gelak orang jahat). Nisbahnya, 1.05 lelaki untuk 1 wanita..

2) Kadar pertambahan populasi berkurangan. Wah! orang Malaysia ni dah gila kerja agaknya.. tak ambil port pasal nak buat anak lagi!!

3) Masa Wawasan 2020 dilancarkan dahulu, penduduk Malaysia berjumlah 17 juta. Dan, target by 2020 penduduk Malaysia hendak lah pada tahap 70 juta supaya boleh berdaya maju dan berdaya saing. Nampak gayanya, dengan statistik begini mungkin cuma boleh dapat 30 atau 35 juta sahaja lah by 2020. Gagal satu "kpi" Wawasan 2020

Moral of the story...

JOM BUAT ANAK RAMAI2 !!

*seruan ini hanya untuk yang sudah sah berkahwin ye..

Sekian laporan Banci 2010

Tiada ulasan: