16 Disember 2010

SARAPAN DI KEDAI MAMAK

"Ane.. roti canai satu, tosai masala satu, mee goreng mamak satu, tosai biasa satu, teh tarik tiga"

"Woookeh..", kata 'mamak' pengambil order tu (entah mamak ke india ke)

(nota : mamak adalah digunapakai sebagai gelaran untuk india muslim)

Pagi2 dah ke kedai mamak sekitar kejiranan aku tu untuk bersarapan. Asyik melantak hot dog dan nugget pagi2.. tak lalu lah. 

Bila aku perhatikan sekeliling, majority orang yang makan bersarapan di kedai mamak tersebut adalah terdiri daripada bangsa melayu. Ada yang datang berkeluarga, ada yang datang berkawan2. Tak kurang juga yang nak menumpang-guna-pakai wifi free yang disediakan oleh kedai mamak tu. Facebook la, blog la, ym la dan ada juga yang ambil kesempatan baca surat kabar online yang free itu.


Kenapa orang melayu sendiri tak boleh buka kedai macam gini ? sedangkan pengunjung nya rata2 adalah melayu ? Aku tak nampak pun bangsa cina atau india atau iban atau dayak datang berpusu2 untuk bersarapan di kedai mamak. Yang ramainya, dan sentiasa meramaikan adalah orang melayu. Bukan ke ianya suatu yang pelik ?

Nak kata sedap sangat.. emm.. idak lah juga. Nak kata bersih sangat.. emm.. kadang2 tikus berlari2 sebesar anak kucing. Nak kata murah.. emm.. idak nya. Bila gula naik harga seposen SEKILO.. depa pun naik harga air seposen SECAWAN. Sedangkan sekilo gula tu boleh buat 100 cawan air !! (ok, fakta ini aku exagerate). Dan, yang sebenarnya.. diorang kalau buat teh tarik, mana ada pakai gula pun!!!

Persoalan nya.. KENAPA ?

Apa istimewanya kedai mamak macam gini sampaikan kita macam terliur je kalau pagi2 tak pekena roti canai atau teh tarik. Orang kata, sebab depa bubuh SPENDER dalam kuah kari.. tu yang ter-rindu2 selalu. Hahaha.. 'fakta' ini aku tak percaya... ini tentu kerja orang yang DENGKI.
Sebenarnya, kelebihan kedai2 mamak ni.. hanyalah sebab SERVIS LAJU, PANTAS & CEKAP!

Tak sampai 10 minit semua dah terhidang atas meja. So, kita tak perlu lah tertunggu2.. boleh habis semua berita dalam surat kabar kita baca, baru nak sampai segala benda yang kita order tadi. Masa makan nya tak sampai 5 minit pun!

Aku masih mushkhil.. kenapa kedai makanan orang melayu tak boleh challenge dengan kedai mamak ni ? Jawapan paling hampir yang aku boleh fikir ialah.. KOS buruh.

Sedar atau tidak, sebenarnya pekerja2 di kedai so call mamak ni adalah orang2 india. Bukan india malaysia.. tapi, india pure yang datang daripada negara india. So, kos buruh jadi murah kalau nak dibandingkan dengan kos buruh tempatan yang mengada2 memilih kerja. Kalau nak kerja, mesti nak tempat ber-ekon dan duduk depan komputer saja. Kalau panas2 ni.. "Eh, not my taste la..".

Satu lagi, kalau kedai mamak ni buka sebelah2 pun.. masih lagi boleh survive kedua2 nya. Eh, diorang ni tak reti DENGKI ke ? atau takde bomoh siam yang boleh nak me-mandrem-kan competitor diorang ? Cuba tengok kalau kedai makanan melayu.. baru dua bulan, sorang dah tentu muntah darah dan kemudian nya.. bungkus - balik kampung tanam jagung. 

Itupun, kalau kampung ada tanah.. kalau dok rumah flat, apa kes ?

4 ulasan:

Syigim berkata...

betul la. ade satu kedai makan melayu ni kat puchong, bfast punya la sedap - nasi lemak ada, roti canai ade, goreng pisang pun ade kdg2 fresh2 dia goreng. tapi kejap je

1) tiba2 stall roti canai tutup sbb org tebar roti tu dah xkeja situ.
2) bukak kedai tak consistent. kejap rabu tutup, kejap ari isnin tutup kedai. camne org nk jadi loyal customer
3) lama2 restoran tu pun tutup xpsl2 padehal makanan sedap...

wahida berkata...

suka makan kat kedai mamak sebab service cepat!!

Pala Maldini berkata...

Syigim : pekerja kedai melayu tak tahan godaan kot.. hehehe

wahida : aku pun setuju

IDAZS berkata...

salam perkenalan, suka kedai mamak sedap masakan dia sedap, lebih-lebih lagi kari. memang selalu breakfast kat kedai mamak makan capati, puree dan idli. lagi satu cepat servis cepat dan periuk belangan derang kebanyakan bersih dan licin berkilat. hehehehhe