Perghhh... terliur !
Last thursday, pihak AJK surau An-Nur dengan kerjasama AJK KRT telah mengadakan majlis Tahlil dan Bacaan Yasin serta sambutan mengalu2kan kedatangan SUB, BPH serta anggota rombongannya.
Aturcara majlis bermula dengan Solat Maghrib kemudian Bacaan Yasin, Ucapan SUB, Ucapan Pengerusi Surau, Solat Isya' dan aturcara yang paling ditunggu2.. Jamuan Makan. Istimewanya jamuan makan pada kali ini ialah ikan patin sungai temerloh masak gulai tempoyak.. perghh.. terliur!
Semua hadirin menjamu selera malam tu, rata2 bersetuju menu yang disediakan tu just nice dan 98% menepati citarasa hadirin semua. Bahagian kepala mendapat sambutan yang hangat dimana hampir 80% yang mengambil menu ikan patin akan minta bahagian tersebut. Dan, dalam pinggan hampir semua orang menu utamanya adalah patin walaupun ada lauk ayam rendang disediakan sebagai side-kick kalau2 ada yang tidak makan patin. Al-maklum la, bukan nya semua orang boleh melantak ikan sungai ni. Makanan yang disediakan sangat banyak kalau nak dibandingkan dengan hadirin yang ada. So, masing2 mengambil kesempatan untuk tapaw seketul-dua lauk ikan patin tersebut, including me.. of course.
Majlis tu boleh dikatakan as a success walaupun kehadirannya tidaklah seperti yang dijangkakan, anyway penuh juga la surau tu sampai kebelakang.
Sedikit fakta berkenaan ikan patin :1) Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.
2) Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut
3) Ada beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya :
i) Patin Sungai
ii) Patin Kolam
- Patin Buah
- Patin Mucung
- Patin Juara
4) Ada pelbagai cara/resepi memasak ikan patin, dan yang paling popular ialah ikan patin masak gulai tempoyak
5) Di Malaysia, Temerloh dikenali sebagai 'Bandar Ikan Patin'
Note : It's nice sometime to try some 'exotic' dishes
Tiada ulasan:
Catat Ulasan