11 Mei 2011

PABILA KERETA SORONG MENJADI TEMPAT BBQ..

Bila sudah di himpit dengan kesukaran, macam2 idea yang datang. Bila dah berkumpul ramai2 mula lah semua nya bagi pandangan masing2...

Alkisah, nak buat kenduri + majlis hari jadi + bbq session kat rumah 'cik Mori. Malangnya, tempat bbq yang ada adalah sebenarnya tempat bakar sate yang sangat kecil itu. Memandangkan skala kenduri yang agak besar, maka satu alternative lain terpaksa di fikirkan untuk tempat bbq supaya cepat masak dan tetamu tak lah perlu untuk menunggu lama.

Conversation telefon..

Aku : "Bok, nko dah jumpa ke tong drum untuk bbq tu ?"

Babuk : "Belum la, susah nak cari.."

Aku : "Abis tu macamana malam ni ?"

Babuk : " Macam biasa lah, pakai je yang lama" --> maksudnya, tempat bakar sate

Aku : "OK, tak kisah lah.. Along gi beli jaring dulu"

Aku pun ke kedai hardware beli jaring semeter = RM8.

Petang..

Aku : "OK kot, boleh starts api la"

Babuk : "Tempat sate tu kecil la.. bila nak siap nanti"

Ye tak ye juga. Bila mata dok melilau mencari tempat yang sesuai, aku teringat pula aktiviti bakar keli kat rumah kawan aku satu masa dulu. Dia gunakan kereta sorong buruk sebagai tempat bbq. Kebetulan pula, tepi rumah Ngah Sudin memang ada kereta sorong buruk.

Aku : "OK, kita pakai kereta sorong la... letak jaring atas dia. Tapi, buka tayar dulu. Kang tak pasal2 terbakar pula"

Babuk & Ngah Sudin : "OK"

So, Babuk pun mengerjakan kereta sorong tersebut. Bila dah siap, kereta sorong di positionkan dan distabilkan untuk memulakan aktiviti bbq.

Jaring yang aku beli tadinya memang just nice kalau dilipat dua dan di position kan di atas kereta sorong tersebut. Bahagian dalam kereta sorong di alas dengan zink tempat bakar arang. Siap ada pemegang lagi untuk angkat jaring bila nak tambah arang. Memang best la tempat bbq ni !




Dan, natijahnya bila sekali banyak boleh dimasak... stok marinate bbq (ayam) tak cukup malam tu sebab berebut2 orang membedalnya!!

Kempunan aku sekeluarga.... Huhu!

6 ulasan:

Siti Noor Aminah berkata...

good idea gak ni bro. bijak2.

wahida berkata...

wah...baguslah idea ni...kreatif okeh...

awat tak jemput aku sekali? hehehe...

Maya Mayana berkata...

ooh inilah dia kereta sorong yg jd tmpat bbq tu..hebat...

ctpayong berkata...

hurmmmm...kakCT pun dah lama buat macam gini...heheheeee.

Hanis Azla berkata...

boleh tiru idea ni.. he..he..

Pala Maldini berkata...

GC : Boleh try

Wahida : nak jemput camne... makanan tak cukup

Maya : idea daripada kawan

ctpayong : hehehe... senang kan ?

hanis : kalau tiru kena bayar royalty..