10 Mei 2011

HARI IBU

Delayed entry

Rabu
07-08 Mei 2011 aku sepatutnya dijadualkan untuk ke Team building di PD, namun acara tersebut dibatalkan "indefinitely". Dengan maksud lain, tiada budget.

Oleh itu, habis lah punah ranah semua perancangan awal aku semasa weekend tersebut. Kebetulan pula pihak KRT kawasan aku (yang mana aku adalah timbalan pengerusi nya) ada buat majlis ramah mesra dengan Polis atas hal2 berkaitan keselamatan kawasan. Tetamu yang hadir bukan calang2 orang. Beliau ialah Ketua Balai (berpangkat ACP) - jawatan tertinggi di kawasan tersebut. Haruslah aku join.

Bila perancangan awal sudah terbatal, harus lah aku membuat perancangan lain..

Sabtu
Aku tahu cik puan kpp sebenarnya menunggu sesuatu daripada aku. Satu ucapan yang mungkin hanya setahun sekali akan aku sebut. Tapi, aku sudah check and double-triple check di internet bahawa tarikh hari ibu di Malaysia ialah pada Ahad kedua bulan Mei bersamaan dengan 08/05/2011.

So, bila cik puan kpp buat muka mengharap, aku pula buat muka donno dan muka orang yang tak "bersalah". Aku sure, cik puan kpp beberapa kali check facebook beliau kalau2 ada apa2 yang di taipkan di wall. Namun, hampa. Dan, mungkin sebab dah tak boleh tahan.. 'cik puan kpp pun tanya :

"Tak ada apa2 wish ke hari ni ?"

"Nak wish apa ?", aku buat2 amnesia

"Tunggu daripada pagi, takde apa2 pun", kata cik puan lagi dengan nada kecewa

"Cuba check kat internet", aku kata pada cik puan kpp

Sebenarnya aku sengaja buat2 tak tau dan toying with her feeling.. hehe! 

Lagi lama, lagi bertambah resah beliau dibuat nya. Sudah lah "terpaksa" join aktiviti KRT, bila petang pula aku pakat tidur dengan Nurin hana sampai jam 6pm.. haha!!

Malam tu, aku mula kan operasi aku di ruang makan bersebelahan dengan dapur - dimana terletaknya komputer ber-internet. Macam biasa aku main wayang dengan men-download movie melalui internet. Manakala, cik puan kpp pula dok melayan Nurin hana di ruang tamu - dibahagian depan rumah. Sambil melayan perasaan "kecewa" beliau.

Langkah 1 : Special delivery untuk 'cik Mori
Aku log masuk dalam Blooming, dan pilih2 jambak bunga untuk di hantar kepada 'cik Mori. Tobat seumur hidup aku, tak pernah aku hantar bunga pada 'cik Mori tak kira lah untuk apa2 occasion sekali pun - kiranya Hari ini dalam sejarah lah!

Aku order Cassie (Non Valentine) 6 Red Roses in a Hand Bouquet and Ferrero Rocher (200g).. dengan ucapan :

"Emak, 
This seems a bit awkward. But, Happy Mother's Day. 
I LOVE U 
eventhough I rarely said it out loud. 
Along"

Aku tekan CONFIRM dan settlekan payment. Tak perlulah aku sebutkan harga nya. Then, aku call to double-confirm yang diorang will deliver Ahad pagi.

Langkah 2 : Arrangement for cik puan kpp

Aku : "Hello, Little White Cafe ?"

LWC : "Yes"
note : LWC = Little White Cafe

Aku : "I nak reserved 3 places di Little White Cafe for tomorrow for 2 adults and a 4-year old untuk 11 am, boleh ?"

LWC : "OK. Tapi, reserved for only 20 minit. After that, we have to let go"

Aku : "Selalunya Red Velvet cake tu available ke ?"

LWC : "We cannot promise, it is really depends pada permintaan"

Aku : "OK" 

Kenapa aku tanya perihal Red Velvet cake ? Sebab, dah beberapa kali cik puan ke Little White cafe dan asyik tertanya2 pasal Red Velvet cake yang sedang sangat popular sekarang. That's why..

Langkah 3 : A bouquet for cik puan kpp

Aku google : "Kedai bunga di PKNS Bangi ?". Berderet2 result yang keluar - banyak yang kurang relevant. Ada sebuah kedai - Ixora florist.. aku pun call.

Aku : "Kedai ini di mana ?"

IF : "Tingkat satu PKNS"

Aku : "Saya nak order 3 red roses for tomorrow, boleh ?"

IF : "Boleh. Bunga hidup ke ?"

Aku  : "Ye, bunga hidup. Saya datang pick up jam 11-1130 ye ? Decoration is up to you"

IF : "OK"

Lepas letak telefon, aku sms Ixora florist : "My order = 3 roses. Fresh Flower. Pick up esok jam 11-1130am. Pls tulis pada kad --> HAPPY MOTHER'S DAY. WE LOVE YOU. tq"

Aku log out semuanya dan buat2 macam tak ada apa yang berlaku. Tidak pula cik puan kpp nampak suspicious :-). Malam itu, aku dapat rasakan yang cik puan kpp tidur dengan perasaan yang tidak aman!

Ahad
Aku bangun pagi dan pergi jogging sambil menconggak plan aku untuk hari tersebut. Balik jogging aku terus volunteer untuk masak sarapan nasi goreng bersama telur dadar.

cik puan kpp dengan rela hati membiarkan aku memasak tanpa beliau sedar bahawa apa yang aku buat tu adalah sebab hari tersebut adalah "Hari Ibu". Aku make sure apa yang aku masak tu tidak mengenyangkan sebab jam 11 nanti nya nak pergi ke Little White Cafe.

Kebetulan pula gas di dapur tu cukup2 sahaja untuk masak nasi goreng dan telur dadar tersebut. Macam berpakat2 pula dengan aku. haha! Alasan cukup baik untuk pergi makan di luar.

Jam 10 pagi, dalam facebook masih tiada lagi sebarang ucapan daripada aku. hehe! Dan, mulut aku masih terkunci rapat seolah2 hari tersebut adalah hari Ahad yang biasa. :-)

'cik Mori call bagitau dah dapat bunga dan coklat daripada Blooming. It seems that 'cik Mori happy dengan apa yang aku hantar. Aku keep my answer strictly to minimum words untuk mengelakkan cik puan kpp terhidu perancangan aku sepanjang hari tersebut.

10:45 pagi, aku mula bersiap pakai baju smart2. 

"Siap2 la, kita pergi makan kat luar", aku mempelawa

"Awal lagi, baru dekat pukul 11", kata cik puan kpp yang tak tahu tujuan sebenar aku 

"Jom, kita nak pergi makan Hari Ibu", kata aku

Aku sure yang senyuman ter-ukir di dalam hati cik puan kpp. Sedang beliau bersiap2, "Nak pergi makan mana ? Takut terlebih lawa pula karang", tanya cik puan kpp.

"Bangi", pendek jawapan aku

Sepanjang perjalanan aku kurangkan interaksi... purposely. Sampai sekitar Pusat Bandar Bangi..

"Kita nak makan mana ni ?", tanya cik puan kpp

"Little White Cafe", ringkas jawapan aku
 Little White Cafe, Bangi

Sebaik melangkah masuk kedalam Little White Cafe, aku dah nampak sebuah meja bertanda "RESERVED". Aku ke sana dan duduk. Bila waiter berikan menu yang mana tertulis harga2 yang agak mahal... aku mulakan wayang aku..



"Red velvet cake dan hot cocholate. 2 ye", kami order. Kebetulan pula, menu untuk lunch belum bermula lagi. Lunch starts at 12 noon.

"Yang, abang nak gi bank ambil duit. Nurin hana, jom ikut Papa", aku ajak Nurin hana sama.

"Kat belakang kedai ni ada bank", kata cik puan kpp. Aku senyum dalam hati dan berlalu

Mungkin cik puan kpp ingat aku nak ke bank semata2 untuk ambil duit. Tapi, hakikat sebenarnya itu hanya lah alasan wayang aku, untuk aku pergi ambil jambangan bunga yang aku dah booking di Ixora Florist malam tadi.

Aku dan Nurin hana naik kereta dan terus ke PKNS yang tak jauh daripada situ. Sampai di PKNS..

"Papa, papa kata nak pergi bank", kata Nurin hana

"Kita ambil bunga Hari Ibu dulu... lepas tu, kita pergi bank ye", aku explain pada Nurin hana

Di Ixora florist, bunga yang aku booking dah siap sedia atas meja. Aku bayar harganya dan Nurin hana dah mula teruja untuk bagi pada cik puan kpp. On the way ke kereta, singgah di ATM machine untuk withdraw duit. Dalam kereta..

"Kejap lagi, Nurin hana bagi pada ibu ye.. cakap, SELAMAT HARI IBU", aku mengajar Nurin hana

"OK", Nurin hana pegang bunga sambil menyanyi lagu.. "Allah selamatkan ibu"

Sampai depan Little White Cafe, aku buka kan pintu dan Nurin hana meluru membawa bunga ke arah cik puan kpp sambil diperhatikan oleh pengunjung2 yang lain dan juga waiter2 semua.. sambil tersenyum. Aku menyusul kemudian nya.

Aku tau cik puan kpp terharu. Tapi, macam biasa.. cik puan kpp cuba control ayu! 

Makanan di Little White Cafe berunsurkan western. Oleh itu, lunch adalah berunsur western juga lah. Sila enjoy gambar2nya :

Rack of Lamb untuk aku

Grill Chicken Breast untuk cik puan kpp

Roasted Chicken untuk Nurin hana
Selesai makan dan bayar di Little White Cafe, aku bawa ke destinasi seterusnya.. which suppose to be a surprise juga, but Nurin hana dah pecah rahsia. Kami pergi ke Tutti Frutti for dessert.

Begitulah kisah nya.

Am I romantic or what ?!

SELAMAT HARI IBU... 'CIK MORI & CIK PUAN KPP


**next year mungkin giliran 'cik Ro pula di kejutkan..

7 ulasan:

Syigim berkata...

bravo! flowers AND dinner! :D she's so lucky! :)

Hanis Azla berkata...

mmg romantik! klu ada yg kata mcm ni pun tak romantik mmg tak tahu nak kata apa lah.. he..he.. semoga terus menghargai ibu dan isteri tersayang..

Ahkak Geli berkata...

hoii...ni sapa curi usernam ngan paswod pala maldini ni??


pulangkan wei..tak baik tau curi curi tulis entry kat blog dia..

hahahhahhahaa

Siti Noor Aminah berkata...

bro, macam baca novel cinta plak.. haha.. terbaek!!!!

hanim berkata...

waduh sweet & romantisnya, kekalkan sampai bila2 k. Semestinya cik puan kpp dalam keadaan bahagia walau x terucap ngn kata2.

Mak Su berkata...

'like'

[tak tahu apa nak respon, bestnye uols!]

ibunurin berkata...

speechless...
but, dalam hati ada taman....
:D