20 Julai 2010

TWILIGHT SAGA - ECLIPSE MOVIE

Review berkenaan movie Twilight Saga - Eclipse.

Dah lebih seminggu aku gi nengok cerita ni, tapi baru ni boleh nak buat review (konon2nya). So, my review :

1) Banyak adegan cinta tiga segi antara Bella, Edward dan Jacob. Sehinggakan babak2 yang berkenaan tu dah jadi macam lawak pulak sebab penonton kat panggung malam tu asyik dok bersorak dan gelak2. Diorang seronok nengok gelagat Edward & Jacob yang saling cuba buat salah sorang jeles. Tak faham aku

2) Adegan pertempuran yang aku tunggu2 rupa-rupanya sikit je. Itupun kat hujung cerita. Not much to enjoy. Pengarah patutnya banyakkan sikit bab-bab superpower superhero ni baru la thrill. Tapi, aku patut dah expect dah perkara ni sebab ini sebenarnya kisah cinta. Bukan action movie. Sedikit kecewa

3) Watak-watak lain dalam movie tidak menonjol. Banyak story pasal Bella, Edward dan Jacob je. Contohnya, watak Alice dan Sam yang macam tempelan aje. Juga, watak Jasper yang sepatutnya agak besar sebab dia jadi perancang strategy untuk tackle serangan newborn.

4) Scene The Cullens kejar Victoria dalam hutan dan kemudian sampai ke sempadan teritori Quilletes Wolf tu aku suka. Thrill dan mendebarkan. CGI Wolf nampak real macam betul2 je. Cuma pergerakkan The Cullens (vampire) yang tak berapa real.

5) Overall, aku bagi 4 bintang la. Kalau banyak action sure aku bagi 5 bintang

***

Ini pula, komen untuk penonton di pawagam :

1) Aku gi tengok satu family, so, anak aku memang la buat hal je sepanjang movie tu. Dia tak minat. Macamana nak minat, ini bukan cerita kartun! So, terpaksalah layan kerenah dia yang buat macam2 hal sepanjang movie. Tanya soalan la, nak main kat tangga la, nak gi keluar la, ajak balik la.. macam2 la

2) Ada couple yang dok kat sebelah aku, yang aku agak2 tak baca buku atau tengok movie sebelum ni terutamanya mamat tu. Mana idak nya, dalam gelap2 tu terang2an aku boleh dengar yang si minah tu dok story2 kat mamat tu. Dan, mamat tu pulak macam tak interested je nak dengar. Ini mesti kes minah tu nak tengok dan paksa mamat tu nengok sekali. Tak pasal2 aku pulak yang kena dengar apa yang minah tu dok story. Terbakar je jiwa aku masa tu. Lama juga la adegan story2 tu berlaku sampai aku rasa macam nak sound je. Tapi, malas nak kecoh2. Aku diam je la

3) Ada satu group yang dok kat row depan sekali.. mungkin pakistani atau middle east punya group. Asyik2 dok bersorak la, gelak2 la, wooo la, tepuk tangan la. Hallo.. ini panggung wayang beb, bukannya rumah korang. Yang aku tak tahan tu, siap tepuk tangan sambil standing ovation lagi. Wah! ini dah over. Mengganggu ketenteraman awam betul la.

So, begitu lah cerita nya. Anyway, mungkin nak kena tengok sekali lagi. Aku nak cari download dia je kat internet.. hahaha.. atau beli je la cd nya nanti.

p/s : aku minat bab2 action2 dan supernatural power je. CGI dia ada ummppphh!

Tiada ulasan: