20 Julai 2010

JOE COLE JOINS LIVERPOOL FC

WOW! Joe Cole is actually signing for Liverpool FC. click here

Aku memang suka pada Joe Cole ni. Dia punya movement is silky. Dan, can be a match winner. Hopefully, LFC tak jual Torres dan Gerrard. Baru team ada ummpph.. Good job Hodgson.

Aku terbaca berita pasal Joe Cole akan join LFC depending on the medical check up. Dan, gajinya (seperti dilaporkan).. 90,000 pound sterling per week! Whoaaaa!!! sama dengan gaji aku selama 10 tahun! GILER!

Alangkah indahnya kalau aku dilahirkan di UK dan aku terrer main bola sepak macam Joe Cole ni. Tak payah nak buat benda lain. Hari2 main bola je keje aku. Pastu, dapat gaji seminggu boleh beli Ferrari. Minggu depan punya gaji boleh beli Lamborghini. Minggu satu lagi boleh beli 3 biji Honda CRV. Mak aihh.. heaven nya..

Kalau lah aku..

Apa yang aku nak buat dengan gaji 90,000 pound sterling seminggu (= RM 500K) :

1) Beli rumah banglo - untuk berlagak kaya

2) Beli BMW 5-series - untuk berlagak kaya

3) Beli Toyota Estima - untuk jalan2 balik kampung

4) Beli Honda CRV - untuk buat pergi beli ikan kat pasar

5) Beli IPhone 4 & Blackberry - untuk adik beradik dan family. Boleh pilih la nak yang mana satu

6) Hari2 makan kat restoran & hotel

7) Beli jam Tag Hauer yang harganya RM 15,000

8) Beli cincin berlian macam Siti untuk wife aku - RM25,000

9) Macam2 lagi la

Itu baru bulan pertama. Macamana dengan bulan kedua, ketiga sampai 4 tahun.. hahaha (gelak orang jahat)

Pendek kata semua benda aku beli je.. CASH !

Wah! alangkah heavennya..

***

Apakan daya, aku lahir kat Malaysia. Kerja pulak dengan syarikat GLC. Kaki bangku pulak tu..

Tapi, aku bahagia.. itu yang lebih penting!

Tiada ulasan: