27 Julai 2010

AKU & CHERATING - 2 (part 2)

PAPA JOM GI 'TOMBAK'

Esoknya. Pagi2 lagi dia bangun dah ajak aku gi mandi kolam. "Belum, kol 9 nanti baru boleh", aku memujuk. Cuaca pagi tu memang suram je. Macam nak hujan. Tak panas. "Tu, ada orang dah mandi kolam", sambil dia menunjukkan kat aku melalui cermin besar bilik ke arah kolam. "Belum, kol 9", aku suruh dia main mainan dia yang memang purposely aku bawa untuk bagi dia leka dan tak boring. Aku setkan alarm ke jam 9:00am.

"Go on, go on, with hope in your heart...", alarm henfon yang aku set tadi berbunyi bila jam menunjukkan kol 9:00am. "Gi salin baju swimming", anak aku bingkas bangun dan aku tolong salinkan baju swimming dia. Aku pun tukar ke 'uniform swimming' aku - sama macam semalam.

Lepas register ambil towel, anak aku terus menuju ke kolam kanak2. Aku follow. Lama dia main kat situ. Aku tengok cuaca agak suram dan tak panas walaupun jam sebenarnya dah dekat kol 10:00am.

"Nak pegi main laut tak ?", aku tanya anak aku. Tercenggang2 dia tak biasa dengan perkataan 'laut'. "Mana ?", anak aku tanya. "Tu kat sana", sambil aku menundingkan jari ke arah laut. Dia bingkas keluar daripada kolam sambil memegang pelampungnya. Kami berjalan menuju ke arah laut.

***

Sebelah Cherating ni, lautnya adalah Laut China Selatan. Kata orang, masalah dengan pantai sebelah Laut China Selatan ni adalah kawasan pantai nya agak berbahaya untuk bermandi manda. Tidak seperti pantai Port Dickson. Ini disebabkan oleh ombak yang kuat dan menghakis dasar pantai yang landai dan membentuk jurang kawah pada dasar pantainya. Pantai yang landai tu akan tiba2 jadi dalam bila sampai ke kawasan yang dihakis tersebut. So, boleh buatkan pantainya jadi bahaya terutamanya untuk perenang2 amatur (tak reti berenang) macam aku ni. Dan, kita boleh rasa ombak kuat ini juga seolah2 'menarik' perenang ke laut.

***

Bila sampai ke 'gigi ombak' anak aku berlari2 semula ke arah pantai mengelakkan ombak yang konon2nya sedang mengejar dia. Aku dok je perhatikan gelagatnya yang main sorang2 dengan ombak. Sekali sekala aku join juga.

Dia ambil pasir dan balingkan ke ombak yang memukul pantai dan berlari semula ke arah pantai mengelakkan ombak2 tu daripada mencecah ke kakinya. Sekali sekala aku ajak anak aku dok kat dalam air (kawasan cetek) sambil ombak2 memukul ke badan. Satu ombak yang agak kuat memukul ke arah badan anak aku dan dia tersendeng ke tepi. Air laut tadi, kena muka dan mata dia. Basah.

"Kenapa ? pedih ye ?", aku tanya bila anak aku menggosok2kan mata nya setelah dipukul ombak tadi. "Jangan gosok, jangan gosok. Nanti masuk pasir", aku sapu mukanya dengan tangan aku yang aku dah basuh dengan air laut tadi. Terkebil2 mata dia menahan pedih air garam. Anak aku lepas tu meludah2 keluar air laut yang masuk dalam mulutnya. "Air kolam boleh minum, air laut tak boleh. Ada bubuh garam", anak aku berikan penjelasannya. Senyum aku dengarkan penjelasan nya.

Agak susah juga la nak ajak anak aku 'naik' daripada main ombak. Aku umpan dengan sambung mandi kolam pun dia tak nak. Pada dia, main laut lagi best daripada main kolam. Mungkin sebab dengan laut ni boleh main secara interactive. Ada ombak, ada buih, ada pasir. Walaupun, tak boleh nak mandi/berenang.

Lama juga la aku memujuk. Dan, macam semalam aku gunakan taktik yang sama. "Haa.. tengok, abang dengan kakak tu pun dah naik. Tak ada orang dah main ombak. Tengok", aku tunding jari kearah satu family yang ada kat sebelah kami tadi yang dah naik keatas (kearah kolam). Taktik yang sama macam semalamnya. Explain dan tunjukkan bukti.

Anak aku perati keliling dan memang kebetulan dah tak ramai orang di sekeliling, kecuali sekumpulan budak2 muda kat sebelah yang nun jauh disana. Dia bingkas bangun dan mula ikut aku naik ke atas. Sampai ke atas, mandi di shower yang disediakan untuk basuh pasir2 laut.

Dan, sambung balik mandi kolam..

***

Petang tu, awal2 lagi anak aku dah ajak aku ke laut. "Papa, jom kita pegi Tombak", anak aku mengajak aku. Apa benda pulak 'Tombak' ni ? Puas aku fikir. Rupa2nya.. 'Tombak' tu ialah Ombak. Dia dok terbayang rancangan Tom Tom Bak tu. So, Ombak jadi 'Tombak'.

"Jom", aku jawab ringkas.

Macam tu la aktiviti aku dengan anak aku sepanjang 3 hari kat Hotel Legend..

Tiada ulasan: