23 Julai 2010

LADANG ANGGUR DI SIK, KEDAH

Wah! mengancam sih..

Best nya, kat Malaysia pun dah boleh tanam anggur.

Aku terbaca 2 hari lepas kat Bernama pasal satu ladang anggur di Sik, Kedah - Beris Lake Vineyard. click sini & sini

Dan, ladang tu boleh di lawat secara percuma.

Cerita pasal Sik ni, teringat aku masa hantar adik lelaki aku gi belajar di sebuah institut kemahiran kat sana. Pergh.. tobat jauh. Memandangkan registeration nya pagi, kitorang terpaksa bertolak the day before dan bermalam di sebuah hotel di Sg Petani. Sik tu pekan kecil je, dan aku dah cuba cari hotel2 sekitar Sik dalam internet. Tak jumpa.

Kalau ikut PLUS highway, keluar kat exit Gurun la senang. Jalan terus je, no belok2. Dan, institut tu agak ke dalam kampung sikit. Kalau tak tanya2 orang susah gak nak cari sebenarnya.

Anyway, itu cerita beberapa tahun dulu. Adik aku pun dah abis belajar dan dah keje sekarang.

Macam menarik nak gi melawat ladang anggur ni, tapi memikirkan tahap kejauhan nak menyampaikan ke Sik tu.. mungkin takde chance la jawabnya.

Best gak kalau dapat gi sebenarnya.. saja2..




Tiada ulasan: