21 Julai 2010

AKU MIGRAIN ?

Dah empat (4) hari aku sakit kepala sejak sabtu ntah apa pasal tah. Sabtu, aku buat tak tau je. Ahad, aku telan panadol biasa 2 biji pagi dan 2 biji petang - takde effect pun. Isnin, aku telan panadol active fast 2 biji pagi dan 2 biji petang. Lepas telan 2 biji pagi, rasa lega sikit. Selang 4 jam, sakit kepala datang balik, aku telan lagi 2 biji petang nya. Lega.

Malam datang balik membawak sampai ke pagi. Selasa, aku gi klinik kat ofis ni. Doktor check tekanan darah. 110/70, normal katanya. Lega. Maknanya bukan high blood. Doktor suspect migrain. Aku kata tak pernah kena migrain pun. Doktor tanya ada rasa nak muntah2 ? Aku tak rasa pun. Doktor cuma suspect je. Tapi, aku tak caya.

Wikipedia kata :

"Migraine is a neurological syndrome characterized by altered bodily perceptions, severe headaches, and nausea. Physiologically, the migraine headache is a neurological condition more common to women than to men"


Akibatnya, sebeban ubat aku kena makan. Semuanya pil dan besar2 belaka. Aduh.. Kalau aku total kan, sekali hadap ada 5 pil semuanya. Ada satu tu rasa pahit semacam je. Yang lagi buat rasa perasaan terbuku di hati aku ni.. NO MC !

Tambah majerin la otak aku nih..

Tiada ulasan: