27 Julai 2010

AKU & CHERATING - 2 (part 1)

PAPA JOM PEGI KOLAM

"Papa, jom kita pegi kolam", anak aku yang umurnya 3 tahun tu mengajak aku gi ke kolam renang hotel yang boleh di lihat daripada bilik hotel kami. Aku tengok jam, dah pukul 6pm. Cuaca pula dah tak berapa panas. Anak aku dok masih mengintai lagi daripada cermin yang besar tu.

"Ok. Gi tukar baju swimming dulu", aku bagi arahan. Tak sabar2 benar dia nak gi mandi kolam tu. Aku ambil dan salin kan baju swimming dia. Aku pun tukar ke 'uniform swimming aku' - seluar pendek sampai lutut dan baju t-shirt putih bercorak.

"Bawa pelampung. Papa kuncikan pintu", sambil aku hulurkan pelampung kat anak aku. Tak sabar benar, siap di tarik2 nya tangan aku ni ke depan suruh cepat. Sampai kolam, aku gi register untuk ambil towel kolam dan terus ke kolam untuk kanak2.

"Gedebush..", air terpercik daripada tepi aku bila budak kecil anak black tu terjun ke dalam kolam. Anak aku turun ikut tangga. Dia mula2nya macam takut2 je. Bukannya tak biasa pergi kolam mandi kat kawasan kompleks kejiranan kitorang tu, tapi budak2 biasa la. Awal2 macam takut2, pastu bila dah best langsung takmo balik.

Aku pun layan la anak aku mandi 'berenang' kat dalam kolam untuk kanak2 tu. Tak dalam - 2 kaki kot, tapi luas. Most of the time aku jadi pemerhati je, takut kalau2 terbalik daripada pelampung.

Wah.. rupa2nya anak aku tu dah pandai 'berenang' mengayuh kaki sendiri untuk bagi bergerak sambil guna pelampung. Rasanya, dia belajar melalui observation bila dia tengok kawan2 sekitar dia tu berenang cara menggerakkan kaki nya. Bagus. Senang sikit kerja aku. Boleh lepaskan dan aku just follow dan monitor kalau2 nak terbalik daripada pelampung je.

Dah boring dengan kolam kanak2 tu, dia ajak pula aku gi ke kolam dewasa sikit. Kiranya, untuk budak2 yang dah besar la dalam 6 tahun keatas. Kat kolam yang ni, memang kaki anak aku tu tak sampai ke dasarnya. So, aku kena lebih alert la. Karang kalau terbalik, mencungap pulak dia.

Kat kolam besar tu dia 'berenang' agak jauh juga bersendirian dengan pelampung nya. Aku pulak follow kat tepi dia dan sekali sekala berikan encouragement untuk dia terus 'berenang' bila kelihatan dia nak berpaut kat aku.

Lama berendam, sampai tangan pun dah kecut2. Tapi, lazim budak2 mana reti nak berhenti bila dia dah seronok. Pulak tu, air kolam tu tak la pulak membuatkan dia jadi sejuk menggigil. Dah berendam lama pun, masih steady lagi.

Lepas kolam kanak2, kolam dewasa, kolam kanak2, kolam dewasa.. silih berganti. Hari dah agak nak gelap. Aku ajak anak aku balik, dia takmo. Puas aku pujuk, dia buat donno je. Lama kelamaan, budak2 yang mandi kat situ semakin beransur balik dan inilah modal aku untuk ajak anak aku balik. "Jom balik. Semua orang dah balik. Nak malam ni", sambil aku tunjuk kat sekitar kolam yang semakin kosong tu. Anak aku perhatikan sekeliling dan mula keluar daripada kolam. "Nanti kita datang mandi kolam lagi ye..", anak aku bagi aku hint untuk esok. "OK", aku jawab ringkas.

Hari ini aku belajar :

1) Budak2 paling cepat belajar melalui observation dan meniru gaya

2) Kalau nak pujuk, kena ada alasan yang boleh diterima dan ada bukti yang anak boleh tengok sendiri


bersambung..


Tiada ulasan: