25 Julai 2010

SPEK MATA SEBAGAI SENJATA

Rujukan : Satu adegan dalam cerita The GodFather III IMDb


Di akhir cerita, ada seorang mafia yang menjadi pengikut kepada Family Mafia Corleone ditugaskan untuk membunuh salah seorang Bos pesaing mereka. Bos mafia pesaing ni dikawal ketat oleh pengawal2 nya. Sesiapa yang nak berjumpa dengan beliau dikehendaki melucutkan senjata atau barangan yang boleh dijadikan senjata diluar bilik pertemuan.

Setelah melalui tapisan yang ketat, mafia tu pun dapat masuk dan berjumpa dengan Bos mafia pesaing tersebut. Mafia tu berborak2 dengan Bos mafia pesaing tu dan mengatakan yang dia ada membawa pesan daripada bosnya iaitu Bos Mafia Corleone.

Bila dia disuruh sampaikan pesanan tersebut, mafia tu kata ianya terlalu rahsia dan perlu di bisikkan ke telinga Bos mafia pesaing tu. Setelah mendapat isyarat daripada pengawal2nya yang mafia tu 'clean', Bos mafia pesaing pun berikan kebenaran untuk mafia tu bisikkan pesanan tersebut.

Mafia tu bergerak dan berpura2 untuk berbisik. Tiba2..

Dengan pantas mafia tu ambil spek mata Bos mafia pesaing yang berbingkai ala2 stail 70an tu dan di tikam kan dengan kuat ke leher Bos mafia pesaing tersebut. Darah memancut2 keluar dan Bos mafia pesaing tu mati akibat kehilangan darah yang banyak (sebab dia dah tua sangat). Manakala mafia tu pula mati di tembak oleh pengawal2 Bos mafia pesaing tu..

***

Kalau dah jahat tu, semua benda boleh dijadikan senjata.

Moral story nya :

Jangan ambil mudah dengan benda2 di sekeliling kita. Bila sudah terdesak, semuanya boleh dijadikan senjata.

Hati2..

Tiada ulasan: