29 Julai 2010

AKU & CHERATING - 4 (part 2)

PERJALANAN PULANG YANG PANJANG (2)

Berdasarkan kelaziman memandu menggunakan LPT, kita boleh sampai ke KL dari Cherating dalam 4-5 jam mengikut had laju persekutuan (110km/j). Tapi, perjalanan kami kali ni memang lah sangat panjang dan meletihkan.

3:00pm bertolak daripada Cherating. Hujan dah mula turun renyai2. Semakin lama semakin lebat. Bila dah keluar daripada kawasan Cherating, lagilah bertambah lebat. Kereta tak berapa banyak sangat kat atas jalanraya. Yang banyaknya air hujan. Sampai tak nampak jalan.

Sekali sekala ada la kereta yang lalu jalan yang sama. Masing2 menyalakan lampu untuk membolehkan kenderaan lain nampak antara satu sama lain.

Apa yang kita tak perlu buat bila hujan lebat ?
Jangan menyalakan lampu 'hazard'. Lampu signal klip klap yang dua tu. Itu sebenarnya untuk emergency, bukan untuk dinyalakan semasa hujan lebat bagi orang nampak. Ini lah kelaziman yang pemandu selalu buat, termasuk la aku.. dulu. Sekarang aku tak buat lagi dah. Cuma pasangkan lampu sahaja.

Kesian pulak aku nengok bila ada satu couple (mungkin suami/isteri - bersangka baik), yang naik motor tengah2 hujan lebat tu. Basah kuyup. Plaza tol atau tempat berteduh pula jauh lagi, mungkin dalam 2 kilometer. Kesian.

Sampai tol.. aku touch-n-go. So, bermula lah perjalanan aku dan family di atas LPT.

Mamandangkan perut dah kenyang, aku tak lah plan untuk stop banyak sangat macam selalu. Dan lagi, esok nya kan ke kerja dan aku pulak tak la minta cuti. Takut nanti sampai lambat, esok nya liat pulak nak gi kerja.

Dah 2 jam aku memandu dan aku berhenti kat R&R Temerloh. Sebabnya, (1) nak bagi kereta rehat, (2) nak bagi badan aku rehat, (3) nak bagi kepala aku yang tengah pening rehat. Aku baring2 ayam sebab nak clearkan pening kepala dan stress kat bahu. "Tak boleh jadi, nak kena yoko2 ni", aku bisik dalam otak aku yang tengah berpinau tu. Aku cari kat sisi kereta, takde. Aku buka bonet, cari dalam beg, tak jumpa. Tension. Pening. Aku cari lagi, tak jumpa. Tension.

Pastu, aku teringat ada minyak cap kapak dalam beg aku yang memang aku sparekan untuk guna masa kat ofis. Aku ambil, dan sapu kat bahu, tengkuk, kepala & hidung. Lega. Berangin. Tambah berangin bila kena ekon kereta. Lega sikit, aku mulakan semula perjalanan.

2 jam kemudian, aku berhenti lagi. Kali kat R&R Lanchang. Kali ni sebab nak off kan enjin bagi rehat. Masa berhenti kat Temerloh tadi, tak off enjin.. so, serupa macam jalan juga la.

R&R Lanchang ni kecil je. Ada dalam 4 buah kedai yang jual makanan ringan dan buah2an serta air. Tapi, surau nya besar dan proper.

Rehat dalam 30 minit, sembahyang dan beli sikit buah2an.. aku pun teruskan perjalanan lagi.

Tiba2.. jalan jadi jammed. Banyak kereta. Bersusun. Wah, panjangnya jammed! Semua tengah 'beratur' untuk masuk ke tol Bentong.

Lepas tol Bentong, jammed lagi! sepanjang2 perjalanan untuk ke tol Gombak jammed. Ada la dalam 500 meter stretch yang tak jammed. Pastu, semua jadi jammed balik.

"Panjang jammed ni. Kita makan dulu la kat Genting Sempah. Situ besar sikit. Surau pun ok", aku berikan cadangan pada wife aku. "OK", pendek je jawabnya. Sampai kat simpang ke Genting Sempah aku terus belok. Hujan masih lebat. Kereta banyak berhenti. Mungkin sama tujuan dengan aku. Makan & sembahyang.

Sekali lagi, kami gi ke McDonalds. Sebab, anak aku ni kalau bubur McD tu memang dia akan makan banyak. Kalau makan nasi kat kedai, silap2 haribulan memang dia tak nak makan. "Set big mac satu, set GCB satu, Bubur besar satu. Air set GCB tukar dengan milo ye", aku order kat kaunter McD. Cashier tu tekan2 butang kat mesin order nya. "31 ringgit, Encik", dia berikan jumlah cost yang aku kena bayar. Aku hulur note RM50 dan dia pulangkan bakinya.

Kat McD Genting Sempah ni ada tempat mainan kanak2 - gelongsor. Anak aku pun terkinja2 la dia nak main. Tapi, tempat main tu dah di kuasai oleh sekumpulan budak2 yang aku rasa relatives. Parents diorang tengah makan kat sudut satu lagi. Sebab diorang ramai, anak aku tak jadi la main sangat. Malu2 kucing.

Aku dengan lajunya makan big mac aku. Jam dah pukul 8pm. Nak mengejarkan waktu. Lepas makan aku gi sembahyang kat surau di R&R tu. Hujan masih lebat lagi. Lepas sembahyang aku redah hujan dan ambil kereta dan bawa parking betul2 depan pintu masuk McD tu. So, wife dengan anak aku tak de la kena hujan. Especially, anak aku. Dia tak berapa baik dari batuk/selsema lagi.

Kami teruskan perjalanan. Agak terhegeh2 la juga. Sebab banyak kereta yang nak masuk bayar tol (Gombak). Touch-n-go, dan aku terus susur kiri ke MRR2.

Nak kena singgah ke rumah mentua dan mak aku untuk bagi bekalan sata, keropok & otak2 yang kami dah tapaw untuk diorang 'rasa'. Sampai rumah mentua aku dalam jam 9:45pm. Wife aku je turun hantar sata, keropok & otak2. Pastu, kami gi ke destinasi seterusnya, rumah mak aku (yang duduk sekali dengan adik bongsu aku). Aku pulak yang jadi tukang despatch. Selesai.

Jam dah pukul 10:15pm, aku terus pandu kereta untuk pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan tu agak smooth dan kurang jammed. So, around 11pm kami sampai ke rumah. Angkat2 barang dan berkemas mana yang patut je.

Bayangkan perjalanan yang sepatutnya 4-5 jam, menjadi 8 jam disebabkan jammed. Memang jenuh. Pening & keletihan

Aku mandi2 dan terus salin uniform tido. Esok nak keje.

Seronok.. tapi letih.

Orang kata :

"Jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman..
dan banyak habis duit !"


Memang betul lah tu.. tak de dakwa-dakwi lagi..

Tiada ulasan: