19 April 2011

TRICK BILA BERADA DALAM MEETING

1) Datang awal
Maksud datang awal ialah.. 15 minit selepas masa meeting sebenar untuk mengelakkan masa ada di bazirkan oleh orang2 yang suka sangat datang meeting lambat. Macam diorang saja lah yang busy dan banyak kerja.

"Sorry, sorry.. I busy lah tadi mengadap bos"

Piiraahhh!

2) Pilih tempat duduk
Kalau meeting bahagian anda, pastikan anda memilih tempat duduk yang terjauh atau lebih baik tersorok daripada chairman. Sebab chairman tu sudah tentu lah ketua bahagian anda. 

Tujuan duduk jauh dan tersembunyi adalah untuk mengelakkan daripada pandangan chairman terhalang sekiranya beliau hendak melihat orang dibelakang anda. Pendek kata, biar pandangan chairman kepada anda terhalang.. jangan anda yang menghalang pandangan chairman kepada orang lain

3) Silent kan handphone
Pastikan handphone anda di silent kan supaya tidak mengganggu kelancaran meeting nanti. Cuba bayangkan kalau tengah rancak chairman berkata2, tiba2 handphone anda yang bernada dering lagu justin bieber tu berbunyi.. tak ke haru nama nya.

Yang lebih penting lagi ialah, anda akan sentiasa boleh berlakon seolah2 ada orang call anda tanpa sesiapa pun tahu. Pandang handphone, tekan button, letak di telinga dan keluar daripada meeting. Sampai di luar, ambil masa sehingga 15 minit sebelum masuk semula. Lebih afdal kalau anda lakukan ketika chairman mula nak berikan assignment2 kepada jemaah meeting.

4) Bawa buku & pen
Pen gunanya untuk tulis nama dalam kertas kehadiran. 

Sekali sekala tulis sesuatu dalam buku anda seolah2 anda sangat fokus dengan apa yang dibincangkan. Tak kisah lah kalau apa yang anda tulis itu sebenarnya ialah senarai wish list bila nak dapat bonus nanti. Yang penting, tulis sesuatu dan pastikan tiada orang yang dapat lihat/baca

5) Bawa laptop
Zaman sekarang kebanyakkan orang mempunyai laptop dan sentiasa bawa laptop ke meeting. Anda pun perlu ada sama. Kalau tidak dibekalkan oleh syarikat, beli lah sendiri. 

Pastikan laptop anda boleh di connect ke internet. Semasa meeting berlangsung, boleh lah anda google2 dan update status facebook.

6) Eye contact
Sentiasa mewujudkan eye contact dengan sesiapa yang sedang bercakap di dalam meeting. Berikan perhatian serius kepada apa yang sedang beliau cakapkan seolah2 anda sangat2 berminat dan point beliau adalah sangat menarik. Sekali sekala, tulis kan sesuatu dalam buku anda seolah2 anda mencatatkan point2 penting sedangkan apa yang anda tulis adalah.. wish list : TV plasma 50 inchi.

7) Be present without being active
Be as passive as possible.Only voice out kalau ada orang specifically mention your name. Itupun, sila limitkan kepada, "Good idea" or "Tiada soalan"

Adat dalam mesyuarat, kalau anda active memberikan pandangan dan pendapat.. maka, anda lah calon paling sesuai untuk melakukan tugasan yang dibincangkan.

8) Don't argue
Agreed to all but argue outside the meeting

9) Don't question 
Lazimnya di hujung meeting akan ada sessi round the table yang bertujuan untuk bertanya soalan atau pendapat setiap seorang ahli meeting.

Diam. Strictly shake your head menandakan anda tiada soalan atau pandangan lain.

10) Leave immediately
Tinggalkan meeting immediately once the chairman kata kita adjourned the meeting. Don't mingle around. Because sometimes you could end up be assigned with some assignment.

Selamat mencuba. Itupun, sekiranya anda hanya mahu menjadi pekerja yang biasa2 sahaja.

Sekian.

6 ulasan:

nurkaloi berkata...

eah yekew tak leyh argue

hmm

Ahkak Geli berkata...

aku selalu buat buat macam ada panggillan..pastu kuar selama 10 min..agak agak sempat updet status tu kira ok ah

Hanis Azla berkata...

nice one.. yg biasa2 pun ok aje.. kurang sikit kerja.. tp bab gaji tu lain citerlah.. he..he...

Siti Noor Aminah berkata...

bang, aku suka part yg nombor 4 dan 10. haha. tapi tempat keja baru, tak penah kena masuk meeting. yeayyyy..

ctpayong berkata...

perhatian penuh pada project sendiri aja sebab waktu lain jadi boring bila lihat 'meeting one to one'

rasa macam mau lastik itu pengerusi.

wahida berkata...

aku pun mengamalkan mcm yg ko tulis ni...especially yg no. 2tu..hehehe....