08 April 2011

DALAM KENANGAN #15 - DOKTOR PAKAR BEDAH

"Apa cita2 kamu ?", cikgu tanya dalam kelas

Lepas seorang, seorang bangun dan berikan jawapan cita2 masing2.. tiba giliran aku..

"Askar", kata aku dengan penuh confident

Typikal, eh ? Biasa lah budak2 lelaki kalau masa kecik2 zaman aku dulu semuanya nak jadi askar atau polis je. Sebab apa ? sebab depa ada senapang dan pistol - sangat bergaya! (pengaruh filem2 koboi kat tv). Juga mungkin sebab kerap benar main perang2 senapang ceri..

Balik daripada sekolah, macam biasalah.. takkan nak ulangkaji pelajaran pulak ? Tentu lah pergi merayap dan main segala mak nenek mainan yang terlintas dalam kepala masa tu.

Entah apa ke hal hari tu tiba2 aku terasa macam nak jadi pakar bedah pula. Oleh itu, "patient" pun di cari untuk me-realisasi-kan "cita2" terbaru aku tu. Padahal baru je pagi tadi nya aku kata cita2 nak jadi askar. So, "siapa" yang nak jadi "patient" aku ?

"Bok, jom main bedah2 nak ?", aku cadang pada Babuk

"Nak bedah apa ?", tanya Babuk untuk kepastian. Sila ambil maklum yang perkataan yang digunakan adalah "APA" bukan "SIAPA" ye..

"Emm.. jom bedah cicak!", aku teruja sebab kebetulan mata aku terpandang seekor cicak yang dah bergelimpangan mati. Mungkin terkejut dengar aku kata nak 'bedah cicak'.. haha!

Sebagai persediaan, bahan2 pembedahan dicari iaitu :

1) Pisau bedah @ pisau lipat sepuluh sen
2) Patient @ cicak (yang dah mati terkejut tadi)
3) Tempat bedah @ kayu/papan
4) Beberapa batang jarum peniti

Aku pun mula potong... zass! sekali toreh dan terkoyak kulit dada "patient" aku. Then, berhati2 pula supaya tidak mencederakan organ dalaman nya. Aku singkap kulit dada "patient" dan cucuk kan ke "tempat bedah" supaya kekal terbuka. Ooo.. macam2 ada rupanya. Aku agak2 ada jantung, hati dan limpa.. mana lah aku tau actually apa benda yang tersembul tu semua. Habis semua yang boleh dipotong, aku potong. Mana bahagian yang aku boleh godek, aku godek. Pendek kata, lunyai lah "patient" tu aku kerja kan. Maklum lah.. doktor pakar bedah. haha!

Agaknya lah, kalau "patient" tu masih hidup.. tentu dah meraung bergema satu alam!

Bila dah takde benda nak di bedahkan lagi.. "patient" tu pun di semadikan..

RIP "patient" cicak

Maka, sah lah aku sebagai.. PAKAR BEDAH CICAK.

4 ulasan:

Maya Mayana berkata...

haaha...aduyai gelilah nk pegang ape lagi nk bedah...thniah berjaya menjd pakar bedah di usia yg begitu muda...haha

wahida berkata...

kalau aku lah...tak kuasa aku nak pegang cicak mati tu...geli mak nok!!

sitinaminah02 berkata...

ishh..kesian lak aku dengan cicak tu.. dh jadi mayat pun kena seksa lagi.. sob3x

Unknown berkata...

masa kecik saya penah gak main bedah cicak ni. telur dia buat main masak-masak. lawak betul masa kecik dulu.hehehe