01 April 2011

DALAM KENANGAN #14 - NINJA TUDUNG OREN

image : faizaladanan.blogspot.com


Teruja nak jadi ninja ?

Zaman kanak2 permainan adalah bermusim. Bila tiba musim guli, semua orang akan main guli. Kedai2 apek kat pasar pun akan sibuk jual macam2 guli. Bila tiba musim main gambar, pun sama. Begitu lah juga lagaknya bila tiba musim main gasing, main layang2, main basikal dan macam2 lagi lah.

Ada juga kadang2 bentuk permainan di zaman kanak2 aku ni di pengaruhi oleh unsur2 daripada cerita2 di tv. Contohnya, cerita ninja. Bila ada cerita ninja yang best, sure budak2 macam aku akan terpengaruh habis sampai kan semua nya pakat nak jadi ninja. Sebab apa ? sebab ninja itu COOL.. dia ada macam2 gadjet yang digunakan untuk pertarungan. Dan, yang paling famous ialah... "Bintang Ninja"

Tapi, apa pula kena mengenanya "Bintang Ninja" tersebut dengan "Tudung Oren" ?

Ini lah yang aku nak cerita ni...

Tudung oren atau tudung penutup botol air berkarbonat ini boleh di dapati dengan mudah terutamanya di kedai2 runcit di kejiranan setinggan aku. Biasanya, orang kalau beli air oren (kata ganti nama untuk air berkarbonat dalam botol) tudung nya akan dibuka di kedai tersebut yang selalunya ada menyediakan pembuka tudung botol kepada pelanggan2 mereka (yang digantungkan dengan tali pada fridge kedai). Tudung2 oren ini akan aku kumpulkan dan bawa balik ke rumah untuk di proses menjadi "Bintang Ninja".

Caranya mudah saja. Antara peralatan yang diperlukan untuk tujuan ini ialah seperti berikut :

1) Tukul
2) Gunting besi (bukan gunting baju atau kertas ye)
3) Pen atau marker
4) And, of course, tudung oren


Peralatan2 ini biasanya mudah di dapati dalam box pertukangan yang memang ada kat rumah aku. Macam2 ada dalam box tu.. apa yang perlu ialah sedikit creativity dan improvisation semasa proses penggunaan nya.

Mula2 sekali, ketuk tudung oren tersebut dengan tukul sampai menjadi leper atau rata. Buangkan getah yang biasanya ada terlekat pada penutup tersebut.


Bila dah puas hati dengan tahap ke-leper-an atau ke-rata-an tudung oren tu, lukiskan bentuk "Bintang Ninja" pada tudung oren tersebut. Ambil gunting besi dan potong mengikut lukisan tadi. Lepas potong biasanya akan bengkok2 sikit... so, ambil tukul dan ketuk bagi rata semula.

Kalau nak lebih gempak, asahkan bucu2 tajam tu dengan pengasah pisau supaya lebih uummppphhh!

Tara.. dah siap!

Maka nya, cara main "Bintang Ninja" ini ialah :

1) Baling ke arah dinding papan rumah (biasanya rumah setinggan majoritynya adalah papan)
2) Baling ke arah pokok (mangsa paling obvious ialah pokok pisang & pokok kelapa)

Terpulang lah cara mana nak main nya. Boleh lukis bulatan sebagai target.. atau apa2 sahaja berdasarkan kreativiti masing2. Kalau ndak, boleh letakkan gambar orang yang kita benci sebagai target! Kiranya, kalau siapa yang berjaya baling melekat dan dalam kawasan target tu kira "Ninja" yang hebat la.

Jadi "Ninja" memang asyik dan terasa macam hebat sebab mempunyai senjata yang sangat COOL!


Tapi, AWAS!! permainan ini sangat merbahaya kepada penyalahgunaan. Oleh itu, "Ninja2" hendaklah mempunyai tahap disiplin yang maha tinggi kalau nak main permainan ini iaitu - TIDAK BOLEH BALING KE ARAH MAKHLUK HIDUP!!!

Hait!! Arigato gozaimasu.. genki deska ?

5 ulasan:

ardinihumaira berkata...

hehehe sian pokok pisan tu nanti..

Hanis Azla berkata...

ogengi des.. sgt bahaya... klu bawak pergi sekolah mahunya cikgu rampas.. klu kat tempat saya tudung botol tu di panggil ceper..

IDAZS berkata...

pernah main tudung botol tu, jentik2. kalau ninja pernah pula.

kesian pokok pisang tu jadi mangsa. :P

ctpayong berkata...

kalau kena tangan yang tak bedong tu asyiklah terkena jantung pisang.

tunggu ajelah pekikan halilintar dari dapur mak leha (mak kakct). reuter BBC sentiasa di sebelah update berita..geram (sebab kena jaga dia).

wahida berkata...

aku tak tau plak ada permainan sebegini rupa...huhu...