18 April 2011

KEMANA PERGI NYA KASUT SAYA ITU ?

Macam hari2 yang lain, selepas tiba dengan keretapi aku akan ke tempat parking kereta berbumbung dimana tempat aku acapkali me-makir kereta. Lepas bayar RM2 di mesin autopay, aku menuju terus ke arah kereta merah aku yang terletak kurang lebih 100 meter daripada mesin auto pay tersebut.

Sampai di kereta, aku starts enjin. Sementara menunggu enjin panas aku buka kasut dan gantikan dengan selipar. Secara lazimnya, aku memang akan memakai selipar untuk memandu.

Sementara menunggu enjin panas tu, aku layan facebook dan surfing.  

Lebih kurang 5 minit kemudian, aku mulakan langkah untuk keluar. Peraturan parking di situ ialah kena keluar dalam masa 15 minit selepas membayar parking di auto pay. Kalau tidak, bayaran tadi nya akan di forfeited. Aku pernah kena beberapa hari yang lepas sebab dok rancak sangat melayan pangilan telepon daripada colleague aku pasal hal kerja.

Masuk gear, tekan minyak dan terus jalan. Sampai palang gate, aku sua kan kad parking dan palang pun terbuka. Terus aku memecut laju balik ke rumah.

Malam..

Memandangkan di rumah tak ada lauk untuk dimasak, akan ajak cik puan kpp gi makan kedai. 

"Naik kereta merah ye", kata aku walaupun Nurin hana sibuk benar nak naik kereta hitam (katanya, kereta Nurin hana)

Masa aku starts enjin, aku terperasan sesuatu yang kurang di sebelah tempat letak kaki penumpang hadapan. Selalunya, ada 2 pasang kasut - Kasut kerja (hitam) & Loafers. Tapi, cuma tinggal sepasang kasut kerja saja. Aku cari pula kat belakang kot2 kalau aku terletak kat belakang - tak ada.

Bila cik puan kpp dan Nurin hana naik kereta, aku terus bagitau cik puan kpp yang kasut loafers aku tak ada. Cik puan kpp cadang gi cari kat tempat parking. Pada mulanya aku malas nak gi - perut pun dah lapar - namun, aku pergi juga kot2 lah kalau2 ada.

On the way, singgah di stesen keretapi dan aku terus ke kawasan tempat aku parking siang tadi. To my disappointment -- tak ada!

Sah lah dah hilang. Aku kembali ke kereta dengan perasan hampa. 

Cik puan kpp tanya,"Ada ke ?"

"Tak ada", jawab aku ringkas

"Dah tanya kaunter ? Tanya guard ?", soal cik puan kpp macam gaya inspector polis

"Tak. Malas la.. consider hilang je la. Dah salah sendiri", jawab aku kecewa. Aku suspek, masa tukar kasut dengan selipar petang tadinya.. loafers aku tinggalkan kat luar kereta.

Aku masuk gear, dan terus memandu ke kedai makan.

Huhuhuhu.. mentang2 lah nak dapat bonus, dia pakat hilang lah pulak! Hanya tinggal gambar sebagai kenangan.

Bye2 loafers..


5 ulasan:

Maya Mayana berkata...

tu antara cukai yang terpaksa ditabungkan la tu...

sitinaminah02 berkata...

beli lah yang baru.. selamat tinggal loafers...

ardinihumaira berkata...

wah bestnye nak dapat bonus ;)

ctpayong berkata...

semoga yang terambil dapat menjaganya dengan baik atau lebih dari pemilik asal.

hati2..elakkan makan kepala ikan selalu, jadi pelupa. kepala ikan bilik takpe...heheheeee

wahida berkata...

weh, aku pun sekarang pelupa yg amat..tak tau la nape...