CERITA 1
Semalam aku ke ofis naik kereta sebab sebelah malamnya nak gi main futsal somewhere di jalan kuchai lama. Secara lazimnya, aku akan keluar pagi2 buta sebab; nak mengelakkan jammed dan yang lebih penting berebut tempat parking.
Keluar daripada highway dan masuk ke simpang taman desa, kereta dah beratur panjang - jammed!
Semua orang berebut2 nak masuk lorong. Ada juga yang hati buruk tu siap halang2 orang daripada masuk. Follow rapat2, ketat2 supaya orang tak boleh celah2. Memang agak chaos sebab sangat jammed. Almaklum sahaja semua orang nak cepat.
Mujur kereta merah aku tu ekon nya sudah baik dan radiator yang bocor dulu dah dibaiki. Oleh itu, aku agak aman dan bersenang2 di dalam kereta sambil melayan celoteh Krill, KE & SY di radio. Sedang dok layan tu, teringat pula aku nak mengutuk team kawan aku Tottenham Hotspurs yang dibelasah oleh real Madrid 4 - 0 dalam perlawanan suku akhir Champions League awal pagi tadinya.
Aku ambil handpone dan mula buka facebook. Sambil ber-facebook sambil mata padang ke depat. Ter-engsot2 kereta sebab sangatlah teruk jammed nya. Sedang aku menaip di facebook.. kereta depan jalan. Aku masuk gear dan tekan minyak. Tapi, kereta aku macam tersengkang tak boleh jalan. Nak kata gear tak masuk, aku dah make sure yang betul2 dah masuk. Aku tekan minyak sikit lagi...
SKRREEEEEEETTT.... sayup2 bunyi daripada belakang.
Bila aku toleh, aku nampak ada dua biji kereta yang memang sangat2 rapat dengan kereta merah aku. Satu rapat di belakang , satu lagi rapat ditepi - sangat2 rapat. Eh, takkan kena kot ? aku misteri. Aku buat donno je. Pemandu kereta hitam (yang rapat ditepi) - perempuan - maju ke sebelah kereta merah aku. Dia buka tingkap dan menoleh ke sisi depan kereta. Rupa2nya, dek kerana terlalu rapat dengan kereta aku.. kereta honda city nya dah tersagat dengan kereta merah aku. Habis cat tertanggal lebih kurang satu kaki panjang diantara fender dan bumper depan. Mujur kereta merah aku ada garnish, so tak lah kena body kereta.
Haha! padan muka! siapa suruh rapat sangat!! sendiri salah la.. aku buat donno dan teruskan memandu tanpa rasa bersalah. Dah memang bukan salah aku pun!
Aku di depan, dia dibelakang.. dah sah2 dia yang salah..
***
CERITA 2
Tadi bila ke toilet, aku bawa handphone sekali, sambil2 aku buka facebook nengok status kawan2.Bila dah selesai urusan, aku keluar ke kedai serbaneka untuk beli air - haus.
Balik ke tempat duduk, makan. Tak sempat makan tengahari lagi sebab ada urusan di luar. Habis makan aku check email yang melambak2 tu. Sambil2 baca surat khabar online - tak abih2 lagi cerita orang2 kastam nih! Sedang dok leka, tiba2 teringat nak check sms.. kot2 ada yang di hantar oleh cik puan kpp berkenaan birthday Nurin hana. Aku seluk poket kanan - takde. Eh!! mana pulak perginya ?
AKU PANIK!!
Bergegas aku berlari ke toilet untuk check - TAK ADA!
Cari pula atas meja, kot2 tertutup dengan segala sampah sarap kat atas meja - TAK ADA!
"Aisey! takkan hilang pulak!", aku merungut dalam hati. Aku capai telepon ofis dan call. Seorang minah angkat. Aku tanya siapa, dia cakap sambil gelak2. Aku cakap lah yang handphone aku ni hilang. Dia gelak2 dan tak nak bagitau nama. Rupa2nya, handphone aku tu ada orang jumpa di toilet dan serahkan kat beliau.
FUH!! lega.. tau lah hujung bulan nak dapat bonus.. takkan semua nak pakat rosak dan hilang pulak kot!
Tapi, apa kan daya.. dah sendiri salah.. pasrah saja lah. Lesson learned.
DO NOT FACEBOOKING IN THE TOILET!!
5 ulasan:
masa dok penang dulu, kalo nak lalu bridge, mmg akan bawak keta rapat2, takut org len mencelah.
* bonus??
ujung bulan ni ko dpt bonus? apa kata ko buat GA...hehehe..
mana menghilang?
dalam toilet jangan.. dalam kereta lg jangan.. he..he.. wah ada org nak dapat bonus.. masyukk..
tiap2 hujung 'bulan' dpt bonus yo... kayo pakcik pala hehe.
seb baik org jumpa hp tu. kalau jumpa taik dlm lobang keramat tu tak sanggup org jumpa tu nak seluk hehehe.
GC : kalau nak rapat2 untuk tujuan mencelah, carilah kereta mahal2 dan cantik2.. sure diorang bagi jalan. Kereta buruk macam aku, itu lah akibatnya..
wahida : tak hilang.. konon2nya terlampau busy.. Err, GA ? emm.. takde orang masuk blog aku ni.. berapa kerat je yang join nanti..
hanis : hehe! tengah senyum sampai telinga
khairi : kalau kena taik, sure takde yang nak ambil..
Catat Ulasan