27 April 2011

AKU LIHAT ORANG DIHUKUM GANTUNG

Aku pergi ke hospital atas sebab2 yang tertentu dan dalam perjalanan pulang tu aku lalu di satu kawasan yang merupakan kawasan untuk orang2 yang dihukum gantung. Masa tu waktu subuh dan azan baru sahaja berkumandang.

Terlihat aku dalam bilik hukuman tu ada 8 orang sedang menanti nasib untuk di hukum gantung. Sambil di perhatikan oleh orang2 yang bertanggungjawab untuk tujuan perlaksaan hukuman tersebut. Aku lihat dengan tekun muka mereka2 yang sedang menanti ajal tersebut. Ada yang muda, ada yang agak berumur. Atas kesalahan apa mereka di jatuhi hukuman gantung, aku tak pasti.

Pesalah pertama sedang disediakan untuk menjalani hukuman. Setelah semuanya sedia, doa dibaca dan hukuman di laksana kan. Sekali sentap, aku dapat rasakan yang ianya satu kematian yang pantas - Tanpa bunyi, tanpa suara. Semuanya hanya diam dan kemudian doa dibacakan. Mayat di uruskan oleh petugas2 yang sudah sedia ada di dalam bilik tersebut.

Aku perhatikan lagi mereka2 yang sedang berdiri. Satu2 aku amati muka mereka. Tiba2, aku tersentak! sebab ada dua muka yang aku kenal betul. 

Satu : Sam - kawan sekolah asrama aku dulu; 
Kedua : Busu - pakcik aku (adik sebelah emak)

Aku terkejut dan tersedar daripada mimpi. Terus aku mengadu pada cik puan yang sedang lena di ulit mimpi.

Arghh.. aku bermimpi rupanya. Saspen betul lah!
 
Aku search "Tafsir mimpi" dalam internet untuk saja suka2. Amaran : Tidak dibenarkan untuk percaya!

Berikut antara yang aku jumpa :
 
Mimpi melihat orang digantung
Maka orang yang diimpikan itu akan menerima ganjaran Tuhan serta kurnia.

Mimpi melihat orang yang dihukum mati
Pertanda harus waspada terhadap perkataan dan perbuatan dalam pekerjaan


Wallahu'alam.

4 ulasan:

Maya Mayana berkata...

percaya jgn...cuma perbanyakkan amalan kalau membawa mksud buruk..setiap yg baik tu dtg dr Allah...ada syarat dan wktu kalau mimpi itu petanda kalau tk silap saya

Hanis Azla berkata...

tentu suspend bila wajah itu wajah yg kita kenali.. tp mmg tak boleh percaya pada tafsir mimpi kan.. minta dijauhkan dari segala perkara yg buruk..

Ieda Al-Habsyi berkata...

hishh..takut betoi memula baca tau..seram ieda..
Perghhh...macam tak caye je aku taip macam ni

wahida berkata...

ish...harap bukanlah petanda yg buruk2..kalau betul nak dpt kurnia ok lah kan...