Masa : Darjah 5
Masa sekolah rendah dulu aku ada seorang kawan rapat, namanya Shed. Dia ni anak orang kaya lah kiranya di kawasan "kampung" aku tu sebab rumah nya banglo batu dua tingkat dan ada ekon. Aku mula satu kelas dengan Shed masa darjah 5 Raya - kelas terpandai dalam hirarki kelas di sekolah aku tu.. ehem! ehem!
Kami memang sangat rapat dan sama2 meminati P. Ramlee!
Kerap juga aku singgah ke rumah Shed dulu bila balik daripada sekolah. Kebetulan pula, jalan balik daripada sekolah tu pasti akan menempuh rumah Shed dulu. Mak bapak Shed dua2 kerja. Oleh itu, yang ada di rumah hanya lah orang gaji mereka sahaja. Dan, bila aku melepak di rumah Shed.. tak de lah pulak orang gaji dia tu nak banyak songeh tanya macam2. Bila dah puas melepak, aku balik ke rumah 'cik Yah sementara menunggu kedua orang tua aku balik. Bila 'cik Yah tanya mana aku pergi... aku akan jawab,"Pergi rumah Shed" dan biasanya 'cik Yah takde tanya2 lagi..
Kalau dah namanya anak orang kaya, tentulah duitnya banyak. Satu hari..
Shed : "Rul, jom gi main game" (maksudnya gi main game arked kat shopping complex)
Aku : "Aku mana ada duit.."
Aku : "Aku mana ada duit.."
Shed : "Takpe, aku belanja"
Bila sebut perkataan "belanja" je.. harus lah aku setuju, "Jom!"
Tempat yang kami tujui ialah - "Ampang Park : Keluarga Ria"
image : curiositieschamber.com
Tempat ni letaknya di shopping complex Ampang Park di Kuala Lumpur (sekarang masih wujud) iaitu shopping complex tertua sekali di Kuala Lumpur! Kalau nak pergi ke sana.. harus lah naik bas len seng sebab kalau jalan kaki, pasti akan lenguh dan berpeluh2 - mungkin ambil masa 2 jam. Tambang bas nya 40 sen.
Di Ampang Park : Keluarga Ria, ada banyak video game arked yang memerlukan syilling 20 sen untuk main game. Memang seronok! ada macam2 game kat situ. Ada game lawan2, game kapal terbang tembak2, game perang2, game gaduh2, game bola dan macam2 lagi lah. Hendak2 pula budak macam aku ni yang segalanya di sponsor oleh Shed. Memang seronok giler!!
Secara dasarnya, Ampang Park : Keluarga Ria ini adalah tempat larangan untuk budak2 dibawah umur macam aku. Namun, sebab tokey tempat tu nak untung.. mereka biarkan saja aku dan Shed ber-maharajalela kat situ. Syaratnya, kena pakai baju biasa.. tak boleh baju sekolah.
Bila dah puas main (bace : duit dah habis), aku dan Shed akan balik semula ke rumah Shed dengan menaiki bas. Kemudiannya, aku akan balik ke rumah 'cik Yah untuk makan sebab dah kebulur tak makan tengahari.
Sejak daripada itu, pada bila2 masa Shed nak ajak aku lagi.. dia akan kata : "Rul, APKR!"
Dan, haruslah jawapan aku ialah, "JOM!"
4 ulasan:
emm bebudak lelaki ni memang tertarik benda cam gini yer..samalah anak saya tu
masa tu kalau tak dapat pergi macam termimpi-mimpi.
tapi budak pompan tak tertarik sangat dengan bende2 macam gini.
confuse jap.. games lawan2 & gaduh2 tu lain ke? he..he.. tak pernah main games.. sbb tu tak tahu..
Maya : betul.. takkan nak main anak patung dan masak2 pula kan? tak rock la..
ctpayong : seronok.. boleh "bunuh2" dan "tembak2"
Hanis : lawan2 = pakai senjata, gaduh2 = pakai tangan... kot? hehehe
Catat Ulasan