12 April 2011

LAUK PATIN RM13 RIBU!

Malam tadi kecoh isu sekumpulan orang makan di restoran ikan patin di Termerloh yang di charge RM13 ribu!

Memang sudah menjadi mimpi ngeri untuk pengunjung2 restoran ikan patin di Temerloh berkenaan dengan harganya yang tersangat lah melampaui batasan akal fikiran itu. Aku tak sure sejauh mana kebenaran nya dan mungkin juga cerita tersebut di exaggerate lebih2 oleh geng yang kena charge melampau tersebut supaya boleh kecoh satu malaya. Tapi, pagi ni aku cari berita online tu dah tak jumpa lah pulak!

Mitos pasal harga melampau ikan patin masak tempoyak di Temrloh ni memang dah lama. Cuma, yang menjadi kemusykilan aku ialah.. kenapa masih ramai yang nak cuba sembelih diri sendiri dan gi makan kat sana ? Adakah harga mahal tu sebenarnya hanya satu mitos sahaja ? Dan, yang paling penting sekali.. sedap benar ke masakan ikan patin masak tempoyak kat restoran di Temerloh tu ?

Bila beberapa kali perkara ini terjadi, menjadi satu misteri pula dalam  diri aku nak tau akan kisah sebenar apa yang terjadi. Mostly, cerita2 di surat khabar tu dah di tambah sedikit ajinomoto. 

Bebalik kepada cerita charge RM13 ribu. Menurut cerita nya, sekumpulan orang seramai 50 orang telah pergi makan di sebuah restoran ikan patin di Temerloh. Dan, tukang bayar menjadi terkejut badak bila harga yang dikenakan semuanya berjumlah RM13 ribu! Tak pasti pula cara mana bayaran tersebut di jelaskan. Mana ada orang bawa duit dalam brief-case untuk pergi makan di restoran, kan ?

Dengan kaedah simple matematik, kira2 RM260 satu kepala. Mak aih, makan ke mentekedarah ? Makan kat hotel 5 bintang pun tak se-grand itu harganya...

Teringin pula aku nak try... apa nama restoran tu eh ? Ada sesiapa (orang pahang) yang tau ?

9 ulasan:

Maya Mayana berkata...

peh nk dpt berbelas ribu pn berapa tahun keje lum dpt lagi...rasanya tk jejak kot kaki kat ctu... =P

wahida berkata...

giler ar...tak terjangkau dek akal aku...

hepi belated birthday to nurin hana...semoga nurin hana menjadi anak yg solehah dan menjadi kebanggaan keluarga...amin...

Hanis Azla berkata...

mak aiii.. tp mcm pelik plk.. nak belanja orang makan sampai 50 org takkan tak survey dulu harga makanan.. tak termimpi pulak nak makan restoran yg mahal bebenor mcm tu.. duit bukan kena dihabiskan utk makan saja..

c-far berkata...

kedai tu kat Bukit Angin,Temerloh. Jalan menghala ke mentakab(jalan lama).Lepas jer jambatan temerloh dari arah kuantan,awak akan jumpa satu hentian makan sebelah kiri. banyak kedai kat situ tapi yg mencekik darah RM13 K satu jer. Nama kedai tu Kedai Abang. dulu org pggl kedai tu kedai abg tan. cubalah....

Siti Noor Aminah berkata...

13 ribu tu agak2 boleh beli terus tak kedai makan tu? haha

Pala Maldini berkata...

Maya : aku pun seram dengan kena charge RM13ribu! mau pengsan!

Wahida : sedap sangat gamaknya smapai termimpi2

Hanis : yang lebih pelik... macamana dia bayar ? kad kredit platinum kot

c-far : serius eh ? kalau sampai sana, teringin juga aku nak try

GC : hehe.. bukan takat kedai, dengan anak tokey kedai pun boleh dipinang!!

nurkaloi berkata...

yahuuuu YNWA !!!!!
hehehe

da lamae tak renang ke sini
ri tu kaloi tak pat renang ke sini sbb bro bela alien ngehehe

13 000 baik g renang-renang bercuti ke china ke ape hehehe

hanim berkata...

Pernah dengar berita harga gulai patin di pahang mencecah ratusan setakat sekali hidang, kali ini makin mengejut cecah belasan ribu,!!!!Peniaga harap2 berpatutan la kalau letak harga ni. Sebab itu kalau saya singgah makan di gerai patin Temerloh saya pastikan dahulu berapa harga seketul gulai tu sebelum makan,,,takut terpengsan bila kena harga patin liar ni.Walau pon ikan patin sangkar atau liar rasanya lebih kurang je, asal hidupan dari sungai tu jugak..

amirul mukmin berkata...

Dapat penjelasan dari status FB ni:
http://www.facebook.com/jamaluddin.bahari/posts/1335816172582

"Tadi baru pulang dari Temerloh, sempat saya membeli seekor ikan patin di tepi jalan. Saya tanya dulu, berapakah harganya? "RM13 ribu ke kak?" Gelak akak tu. Dan terbongkar kisah dari mulut akak tu yang kes ikan patin RM13k tu. Dia kata sebenarnya, pelanggan tu tempah hidangan ikan patin untuk 300 orang, tapi yang hadir 50 orang sahaja."