23 Februari 2011

BELASUNGKAWA - LONG HAMZAH..

Innalillahi wa inna ilaihirojiuun..


image : mazaaida.blogspot.com

Semalam Long Hamzah meninggal dunia. Long Hamzah ialah pakcik aku sebelah En Omar. Beliau disahkan doktor telah meninggal dunia lebih kurang jam 11:50 pagi, 22/02/2011.

Aku tau pun setelah di maklumkan oleh As. Terus call bos dan minta balik awal untuk menziarah.

Jenazah dah dibawa ke masjid semasa aku sampai dan dalam proses untuk di mandi dan di kafankan. Waktu tu baru solat Zohor.

Babuk : "Along nak tungu sini ke ?"

Aku : "Entah lah. Katanya nak kebumi lepas asar. Lama lagi tu"

Babuk : "Macamana ?"

Aku : "Balik rumah emak dulu la.. petang nanti datang balik"

Babuk : "Jom"

So, petang tu aku lepak kat rumah 'cik Mori yang jaraknya dengan rumah arwah Long Hamzah selang 3 buah rumah. Lama lagi nak asar, aku pun pakat tido.. zzzZzzZzzzzZzz..

Petang, 5pm..

"Nak gi kubur terus ke gi masjid dulu ?", Babuk tanya aku

"Gi masjid dulu la.. pastu follow gi kubur", aku jawab. Dongak ke langit hari macam nak hujan. Awan gelap!

Lepas sembahyang asar dan sembahyang jenazah, semua menyusul ke kubur pula. Sebab aku dengan Babuk naik motor je, kami yang pertama sampai kat tanah kubur. Ada dua tiga orang masjid yang menguruskan kerja korek kubur dah siap sedia menunggu. Sekejap lepas tu, van jenazah pun sampai.

Disebabkan tak ramai orang lagi yang dah sampai masa pak imam sampai.. aku pun sama2 bantu untuk usung keranda ke lubang kubur. Di letakkan di posisi siap sedia untuk di turunkan ke dalam kubur dan seterusnya ke liang lahad. 

Bila ahli keluarga Long Hamzah dah sampai, jenazah pun di turunkan ke dalam kubur perlahan2. 

"Haa.. masuk dalam tu", tok imam bagi arahan pada anak2 Long Hamzah untuk bersedia menurunkan jenazah - yang masuk dalam - Mamat, Kenneth & Shidee.

"Tangan kanan seluk bawah jenazah, tangan kiri peluk daripada atas. Dua orang tolong jaga sangga keranda. Bila jenazah diangkat, terus alihkan ke tepi ye", tok imam bagi arahana cara2 untuk menurukkan jenazah

1.. 2.. 3..

Jenazah diangkat, sangga keranda di alihkan. Posisi jenazah diletakkan di dalam kubur dan kemudian nya dalam liang. Bahagian belakang disendalkan dengan kepal2 tanah supaya jenazah kekal posisi mengiring. Ikatan dibuka untuk mengenakan bahagian muka jenazah ke tanah. Bila semuanya sudah selesai, papan liang lanhad di letakkan dan tanah mula di kambuskan ke dalam kubur perlahan2. Bergilir2 menyangkul dan menyodok. Kalau tak gilir2, memang pancit la. Memandangkan kebanyakkan yang ada di situ sudah biasa dengan kerja2 perkuburan ini, proses tukar2 orang tu jadi senagat smooth dimana sesiapa yang kelihatan letih akan cepat2 diganti oleh orang lain pula. Begitulah seterusnya sehingga selesai.

Sebaik sahaja selesai, hujan mula turun dengan sangat lebat! siap dengan angin2 yang kuat sampaikan air hujan tadi bukan lagi tempias, tetapi seolah2 datang daripada arah tepi! lebat gila! So, orang2 yang berada di sisi2 khemah memang basah kuyup lah.. termasuk aku.

Mujur jugalah pihak masjid menyediakan khemah besar (saiz khemah ornag kahwin) untuk 'memayungi' kuburan tadi, kalau tidak.. memang susahlah imam nak bacakan talkin.

Hujan bertambah lebat, tapi imam tetap terus dengan bacaan talkin nya. Aku pulak, dok menahan sejuk kat sisi khemah dan sudah basah kuyup! "Aku basah takpe, janji henpon tak basah!". Kalau basah masuk air.. harus aku terpaksa beli blackberry lah pulak!!

Selesai semuanya, selepas doa dan di aminkan.. aku dengan Babuk mula bergerak semula ke rumah 'cik Mori - meredah hujan yang masih ada renyai2 lagi.

***

SEMOGA ROH LONG HAMZAH DI TEMPATKAN DIKALANGAN ORANG2 YANG BERIMAN.. AAAMMMIINNN..

AL-FATIHAH