02 Februari 2011

CUAI... NYARIS ACCIDENT

Nurin hana merengek2 kata telinga nya sakit. Macam dejavu la pulak sebab dulu Nurin hana pernah mengadu masalah yang sama. Kebetulan pula Nurin hana batuk2 dan sedikit selsema. Bila Nurin hana dah mula merengek2 pasal telinga nya yang sakit tu.. aku pun dah tak boleh tahan dah..

"Yang, jom lah pergi klinik", aku ajak cik puan kpp

"Klinik mana ?", tanya cik puan kpp

"Klinik panel la.. free"

Dalam bulan januari tahun ini sahaja dah beberepa kali Nurin hana ke klinik panel. Risau juga aku kalau2 panel kampeni aku nanti query kenapa kerap sangat ke klinik. Tapi, tak kisah lah.. kalau buat perkara yang betul kenapa nak takut - berani kerana benar.

Aku starts enjin dan terus meluncur laju ke klinik yang tak jauh pun daripada rumah FIL.

Sampai2 je, terus register dan tunggu giliran. Sekejap lepas tu, nama Nurin hana dipanggil. Kami pun masuk

Doktor check2 dan kata sakit telinga Nurin hana tu bukan sebab ada masalah atau apa2. Cuma mungkin dusebabkan tahi telinga yang keras dan menyumbat lubang telinga. Aku syak, selsema tu juga menyumbang kepada isu sakit telinga Nurin hana sebab mungkin build up pressure dalam telinga bila Nurin hana asyik2 sedut hingus nya. Selesai jumpa doktor, tunggu luar untuk ambil ubat. Sekejap lepas tu nama Nurin hana dipanggil lagi untuk ambil ubat2 yang di preskripsi kan oleh doktor - free.

Hati aku sebenarnya agak kurang tenteram malam tu entah sebab apa aku tak berapa pasti. Most probably sebab bosan dengar Nurin hana asyik merengek2 semenjak petang sebab masalah sakit telinga nya itu.

Aku starts enjin dan jalan. Keadaan simpang keluar tu gelap. Beberapa kereta meluncur depan aku daripada arah kanan ke kiri. Aku siap sedia untuk membelok ke kanan. Hati tak sabar.. entah apa hal gamaknya. Bila aku nampak ruang untuk jalan, aku terus jalan (untuk membelok ke kanan). Tiba2..

Sebuah motosikal mem-brek keras daripada arah kiri ke kanan dan motornya "membuang" dek kerana jalan licin akibat hujan. Brader motor tu tak dapat mengawal motor nya yang sudah "membuang" itu lalu terhempas ke jalan - menyungkur brader motor tu ke depan!

Mujur semua kereata sedang berhenti sebab lampu merah. Walaupun terkejut dan rasa sedikit bersalah.. aku cuba untuk tidak panik. Aku parking kereta di tepi jalan (tanpa menghalang lalu lintas) dan turun untuk check keadaan brader motor  tersebut. Muka nya aku tak nampak sebab malam gelap. Beliau sedang mengurut2 tapak tangan dan lututnya yang terhentak sebabaksi stunt tadi. Mujur tak berapa teruk keadaan nya.

Aku bantu menegakkan motornya...

"Sorry bang.. sorry. Saya tak perasan tadi", cepat2 aku minta maaf untuk tenangkan keadaan.

"Teruk ke ?", aku tanya lagi

Brader motor tu tunjukkan tangan dan kakinya sambil meng-adoi (meng-adoi = berkata aduh2 sebab sakit). Aku tengok tak de luka2 teruk pun. 

"Sorry, sorry.. saya betul2 tak perasan tadi. Nak pergi klinik tak ?", aku bagi cadangan sambil menunjukkan ke arah klinik yang kebetulan aku baru je lepas keluar tadi.
"Takpe.. tak payah", kata brader motor tu sambil pergi kearah motornya yang aku dah tegakkan tadi.

Aku tak sampai hati nak blah begitu saja, aku buka wallet dan ambil note 50.

"Sorry bang.. ni saya bagi duit ubat ye", aku hulur ke tangan nya dan berlalu daripada situ

Masuk kereta.....

"Nasib baik lah tak accident tadi. Kalau tak, dah satu hal lah pulak!", aku merungut pada cik puan kpp
dan aku terus memecut ke destinasi seterusnya..

2 ulasan:

Hanis Azla berkata...

Alhamdulillah.. nasib baik takde apa2..

*Miss Geli^ berkata...

masyaallah...lenkali hati hati..

macam laki aku jugak lah..dia kalu dia tengah runsing, dia memang tak leh bwak keta..langgar lubang la, huyung hayang je bawak...
lenkali bawak bawak bertenang..ni libatkan nyawa..anak n isteri!