28 Februari 2011

BIHUN LALAT

dang!!

Malam.. dah kebulur. Siang nya aku dah kata kat cik puan kpp nak gi ke Tupai2 cawangan Bangi. Tapi, terpaksa di batalkan sebab aku rasa macam  jauh sangat. Bukannya apa, kalau balik lewat sangat.. macam tak best lah pulak.

So, aku dengan family gi makan di sebuah kedai "Dapur-something2" (nama sebenar dirahsiakan) di sekitar Putrajaya. Bukan nya aku tak pernah gi makan kat situ selama ni.. dah biasa dah

Aku order mee goreng + telur mata. Cik puan kpp order kuew tiaw goreng dan Nurin hana pula di order kan bihun goreng.

Tapi, mungkin langkah kiri gamaknya.

Macam biasa aku makan dengan senang hati nya dan sebagai isteri mithali, cik puan kpp yang menyuapkan Nurin hana bihun goreng tu. Bila aku dah selesai makan, aku pulak take turn untk menyuapkan Nurin hana. Kalau tak disuapkan, memang sangat liat lah Nurin hana tu nak makan. Sibuk sangat "Nak makan pisang, Nak makan pisang" semenjak daripada kami dok melabuhkan punggung kat kedai tu.

Tiga empat suap, Nurin hana dah takmo lagi.. dan, macam biasa, aku lah yang kena jadi "tong sampah" untuk menyelesaikan semua bihun Nurin hana tu.

Sudah resam aku kalau makan makanan aku akan 'kitai2' kan makanan tu dengan tujuan untuk bagi cepat sejuk. Sesuap masuk mulut, sesuap masuk mulut. Sedang aku dok belek2 tiba2..

dang!!

ADA LALAT !!!

Potong betul lah. 

Aku panggil budak yang ambil order tadi dan tunjukkan pada dia. Hampir2 aku nak suruh dia makan.. tapi, aku sabar. Masa gi bayar di kaunter, hampir2 aku nak sound minah kaunter tu yang aku rasa2 anak tokey (dah dewasa dalam 30an) kedai kot. Tapi, memandangkan ada customer lain yang dok beratur untuk bayar juga.. tak sampai hati pulak aku nak buat kecoh!

TENSION !!!

Natijahnya kepada kedai "Dapur something2" ialah.. minta maaf lah aku nak gi lagi!!!

5 ulasan:

*Miss Geli^ berkata...

lal ala lalal...dapur mas...

Hanis Azla berkata...

aduhai.. nasib baik nampak.. klu tak kirai mahunya dah selamat masuk perut..

aneesz berkata...

tu perisa tambahan yg original tu..hehe..

hello tuan blog, sudi2 la mnjenguk ke blog sy,, :)

Pala Maldini berkata...

cik geli : lalalalalala.. lalala

hanis : entah2 ada yang dah ter'ngap' agaknya.. huhuhu

aneesz : kat dalam menu takde pula tulis "Bihun lalat"

ok, aku terjah sekarang...

ctpayong berkata...

tabiat yang baik tu walau pun sebahagian akan kata kita ini berkira dan cerewet.

kalau dah lalat tu boleh biakkan cacing kerawit...yg susah siapa?

kita dan keluarga kita juga.