14 Februari 2011

OOOOTTAAAAAKKKKKK..

Haha! dah macam Zombi Kampung Pisang pulak..


Menyelerakan, eh ?

Kalau nasi putih berlaukkan masak lemak cili padi dan ditambah pula dengan sambal belacan mangga dan juga sambal tumis petai.. perghh, memang terliur habis lah!

Orang kata, kalau macam gini punya menu.. pak mentua lalu belakang pun tak perasan..

Masih ingat lagi tak aku tulis pasal akikah & cukur jambul last week ? Adik2 aku tumbangkan seekor lembu..

So, ini kiranya lanjutan daripada kisah itu lah.

***

"Masak apa hari ni ?", aku menyibuk kat dapur

"Otak", As jawab selamba dengan tanpa was2

"Alamak", dah terbayang2 kat dalam kepala otak aku ni dengan rupa bentuk otak tu macam yang pernah aku nengok dalam rancangan "fear factor" satu masa dahulu..

"Si Mizi sibuk benar nak suruh masak. Daripada hari kenduri lagi dia dah kenen2 suruh masakkan", sambung 'cik Mori pula

Oleh itu, menu hari tu ialah.. Otak lembu masak lemak + belimbing!


 otak masak lemak belimbing

Walaupun aku agak "seram" juga nak makan.. tapi, atas semangat waja ingin mencuba, aku ambil juga dua potong lauk otak masak lemak belimbing tu..

Ok, ok.. rasanya.. emmm..

Macam... macam tofu je.. atau macam tauhu.. lembut, agak spongy dan lemak2 otak.. haha!

In the end, habis licin sepinggan nasi aku balun.. bersama2 dengan 2 potong otak masak lemak belimbing.. Nyam! Nyam!

Lazat.

Oooootttaaaaakkkkkk...

8 ulasan:

wahida berkata...

ok....aku sgt2 terliur...masakan kampung mmg feveret aku...mak mertua aku tegur pun, x kuasa aku nak pandang..hahahaha..
nak wish hepi belated birthday 2 ur cik puan kpp...semoga pjg umur dan sentiasa diberi kesihatan yg baik utk bersama2 yg tersayang....amin....

Ieda Al-Habsyi berkata...

tak pernah rasa otak lembu tu, ada abg ipar kat kg tu, makan 'batu' lembu goreng, erkkk...memula pelik dan sampai sudai ieda tak cuba, hehehhe :)

Hanis Azla berkata...

tak pernah try juga otak ni.. tp klu masak lemak cili padi dengan belimbing + sambal mangga + sambal petai tu mmg feveretlah.. warna masak lemak tu sungguh menyelerakan lah..

ardinihumaira berkata...

lom penah rasa otak lembu.. hehe..

Pala Maldini berkata...

wahida : betul3x

ieda : kalau 'batu'.. mungkin tak tergamak lah aku..

hanis : guna lah kunyit cap adabi

ardini : hehe.. 'harus' cuba!

- GC - berkata...

serius aku tak lalu.haha

azana berkata...

uishh...ko btol2 bikin gua terliur..
makan otak ni x jadi zombi ker? keh..keh..

sahromnasrudin berkata...

alamak..saya tak reti la nak makan otak lembu huhuhhhh