24 Februari 2011

TUTTI FRUTTI @ BANGI

"Yang, kat bangi ada Tutti Frutti la.. baru buka", kata cik puan kpp pada aku

"Kedai tu artis yang punya.. nama dia Ainul Aishah.. kalau tak salah", sambung cik puan kpp lagi

Amboi.. kalau pasal kait2 dengan artis bukan main lagi ke-expert-an cik puan kpp ni! Dah macam beautifulnara lah pulak..

***

Aku di fahamkan Tutti Frutti ni adalah kedai menjual Frozen Yogurt dimana sebab ianya frozen.. rupanya pun dah seakan2 ais krim lah. First time aku baca pasal Tutti Frutti ini adalah di Syigim's blog. Tidak lah menarik minat aku sangat sebab errr.. yogurt2 ni aku tak berapa boleh nak gi la.. "not my taste!"

Lokasinya adalah (kasi promo sikit lah..) di Seri Bangi - kawasan sekitar seksyen 8 berhampiran dengan kawasan tasik cempaka bangi. Kedainya tepi jalan. So, kalau ikut jalan yang betul.. sure tak boleh missed.

12 tengahari..

"Jom singgah Tutti Frutti", ajak cik puan kpp yang "kebulur" nak merasa kesejukan frozen yogurt membasahi tekak.

"Belanja ?", aku pancing.. hehe!

"OK", jawab cik puan kpp. Aku : "Yes" (dalam hati je.. hehe!)

Untuk makluman, cik puan kpp ada satu diet yang sudah lama di amalkan nya iaitu tidak minum atau makan ais. Maksudnya, minum air mesti suam/panas - no ais. Manakala, ais krim dah lama cik puan kpp tak makan. Aku pun dah tak ingat sejak bila.. tapi, bertahun2 dahulu lah. Oleh sebab itu, aku agak musykhil kenapa yang cik puan kpp ber iya2 benar nak makan Tutti Frutti ini yang sah2 dah memang lah bercirikan "ais". Tapi, sebab perkataan "belanja", aku ikutkan aje walaupun aku sendiri sebenarnya "cannot go" dengan segala macam yogurt.

OK. Memandangkan kali pertama kami datang tempat2 yang macam gini - agak kelam kabut sikit lah nak memulakan langkah. Mujur jugalah banyak blog yang dah tulis pasal cara2 untuk self-serve di Tutti Frutti ni macam di Syigim's blog. Sangat details dan siap bergambar lagi. Kalau nak tau details, sila lah ke link tersebut.

Ini rupa mesin frozen yogurt tersebut..



So, cik puan kpp mulakan langkah dahulu. Hasilnya, macam dibawah :


 Kemudian, aku menjejak langkah. Dibawah ini lah hasil nya : 


Memandangkan cik puan kpp belanja.. harus lah aku punya terlebih mahal daripada cik puan kpp punya. Haha! Satu amaran kepada yang teringin nak cuba2 : harga di kira berdasarkan berat. Lebih berat, lebih mahal harganya. Oleh itu, berpada2 lah.

Rasa ? Macam rasa ais krim. Cuma, texture nya lebih terasa lebih smooth (kot?). Tak reti lah aku nak describe. By the way, as mention dalam gambar aku ambil strawberi + kiwi flavour. Malangnya, both adalah too sour to my taste. Kalau ada peluang lagi (baca : cik puan kpp nak belanja lagi), aku mungkin akan settle for coklat + vanila je la.

In the end, aku end up kena kongsi dengan cik puan kpp sebab cik puan kpp punya telah di conquered oleh Nurin hana. Wah! bukan main lazat lagi makan frozen yogurt ye! 


Anyway, it is highly recommended to yogurt fans out there. Have a nice Tutti Frutti!

7 ulasan:

IDAZS berkata...

fevret saya juga nie. Kalau ada jcard dapt 10% yea :)

paling suka, guava, apple dan promagranate. Tapi flavor selalu bertukar-tukarkan. Kalau nasib baik baru dapat makan flavor tu. huhuhuhuhuhuh

Siti Noor Aminah berkata...

woii.. tempat aku takdak tutti fruti ni.. kah3x

wahida berkata...

aku suka makan yogurt, tapi x pernah try tutti ni...

nampak sedap lah!! mcm nak ajak si abang je nnt..

Pala Maldini berkata...

idazs : progmagranate..? mak aih.. nak pronounce pun sikit punya susah.. harus cuba nih!

GC : Nko beli je yogurt buah2an dalam botol tu.. letak dalam peti ais.. dah keras, jadi lah.. hehe

wahida : cuba, jangan tak cuba

Hanis Azla berkata...

setiap hari lalu kat depan tutti fritti tu mmg terteleng2 kepala.. tp tak singah2 lg.. hu..hu..

Syigim berkata...

kalo yoghurt biase tu, aku pun xminat. tapi frozen yoghurt ni lain mcm la! sedap sgt! :)

thanks for including my link :) to me, flavor yg sour2 tu la yg plg sedap! haha...

Myra Jay berkata...

Alahai sedapnyer... kat Penang nie tk de lg, huhuu nak jugak :)