09 Februari 2011

AKIKAH & CUKUR JAMBUL

Cuti tahun baru cina yang lepas, As & Zila buat majlis akikah & cukur jambul anak masing2 - Dalilah, 2 bulan & Saif, 6 bulan.

Kebiasaan kalau majlis akikah menu utamanya adalah kambing kerana mewakili satu bahagian. Namun, sebab harga 3 ekor kambing pun dah dekat2 dengan harga se-ekor lembu.. makanya,  mereka decide untuk tumbangkan se-ekor lembu. Wah! dah macam kenduri kahwin..

Sehari sebelum majlis adalah acara memasak. Aku petang2 baru sampai ke rumah 'cik Mori daripada rumah FIL. So, bila aku sampai tu kebanyakkan kerja hari tu dah siap lah iaitu masak rendang dan sup tulang. Sup tulang tu sebenarnya lebih kepada untuk dimakan oleh orang2 yang buat kerja pada hari tersebut. 

Aku agak terkejut juga lah bila Mizi kata, kalau nak lembutkan daging (dalam sup tulang) campurkan dengan air coke sebotol. Biar betul??!

Tapi, resepi sup hari tu tidaklah di tambah dengan coke sebotol sebab daging nya sudah agak lembut sebab dah di masak lama.

Rumah 'cik Mori pada malam tu memang agak havoc dan sesak lah sebab semua anak2 'cik Mori campur dengan bisan 'cik Mori berkumpul kat situ. Nurin hana memang seronok lah sebab ramai sepupu sepapat sekali berkumpul - Wawa, Mimin, Tisha, Shakir. Macam nak terbalik lah juga rumah dibuatnya.

Malam tu, semua bergelimpangan tidur di ruang tamu sebab bilik2 dah penuh. Biasa lah tu..

Pagi2 buta aku dah bangun sebab nak masak air dan memanaskan sup tulang yang dimasak semalam nya. Makin dipanaskan makin sedap pula rasanya. Sambil menunggu air dimasak (dalam periuk besar), aku pakat susun kerusi dan meja untuk jamuan makan majlis nanti.

Lama juga lah aku dok menunggu air dalam periuk tu nak menggelegak. In the end, baru aku sedar.. salah teknik rupanya. Sepatunya, daripada awal2 lagi aku patut tudungkan periuk tersebut supaya air akan lebih cepat mengelegak. Tapi, malangnya.. aku tak buat.. sebab tu lah lama air tu nak masak. Takpe lah, next time aku dah tau the trick - Tudung kan (tutup) periuk bila masak air dalam periuk supaya cepat masak.

Around 10am, kumpulan marhaban datang - group wanita. Bila team diorang dah lengkap, marhaban pun dimulakan di dalam rumah. Sementara menunggu untuk cukur jambul, aku join menyusun makanan dan buat air minuman di luar.

Tengok lah gambar2 sekitar majlis cukur jambul ni.. 






Makin tengahari, makin ramai tetamu yang datang. Seharian berdiri ke hulu kehilir.. naik lenguh kaki aku dibuatnya.

Sampai ke petang, aku dah flat habis. Ambil bantal dan terus tidur!

Di anggarkan lebih kurang 200-250 tetamu yang hadir. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan makanan pun just nice untuk tetamu yang datang. Siap boleh bungkus bawa balik lagi.

Dan, cakap2 tetamu yang datang mostly memuji sup tulang yang sangat sedap itu.. ehem2x! mungkin sebab aku yang panaskan pagi tadi... haha!

8 ulasan:

Hanis Azla berkata...

org yg tolong panaskan sup pun dpt kredit juga yer.. air yg lambat mendidih tu dia org tak puji juga ke?? he..he..

wahida berkata...

tambah ngan air coke sebotol? biar betul neh?

Pala Maldini berkata...

hanis : diorang tak jadi puji lebih2.. sebab nengok aku dah kembang semangkuk.. haha!

wahida : wallahu'alam.. tapi, itulah "tips" yang diberikan..

Siti Noor Aminah berkata...

ok2, stuju! sup tu sedap sebab org tu tolong panaskan. hmmm.. ada tuang coke tak masa panaskan tu?

Pala Maldini berkata...

GC : tak.. sebab aku pun was2 dengan kebenaran "tips" tersebut..

Tanpa Nama berkata...

mmg betul coke tu nak bagi daging cepat lembut..

lagi satu kalau mangkuk tandas kotor tuang je coke sure bersih..

Liza @ Adzriel AB berkata...

training buat kenduri kawin anak bila dah nak terima menantu nanti..

boleh bayangkan betapa 'flat'nya...
boelh le niaga sup..

Pala Maldini berkata...

cheq tun : kalau masuk perut..? huh, tak leh bayangkan effect nye.. :-)

Adzriel : hehe.. sup tu, aku tolong panas je.. orang lain (expert) yang masak..