01 Ogos 2011

SALAM RAMADHAN..

Alhamdulillah, berkesempatan lagi menjalani ibadah berpuasa di bulan ramadhan.

Beriya2 bangun sahur jam 4:30 pagi tadi.. haha! Harap2 semangat bersahur akan berterusan (*jeling pada cik puan kpp).

Cerita pasal ramadhan ni teringat pula masa berpuasa di perantauan dulu2. Watak utama insiden tersebut ialah Aku & Taufik - kawan serumah aku. Seperti hari2 puasa yang lain, Taufik lah selalunya yang akan menjadi jam loceng kepada aku dan kawan2 lain di rumah. Almaklum lah, tidur dalam kedinginan dan di selubungi dengan duvet.. memang lah tak ingat dunia dibuatnya. 

Pagi itu, Taufik macam biasa kejutkan aku... "Bangun Pala, sahuurr..", aku pun bangun lah dnegan mata yang terkebil2 menahan mengantuk dicampur dengan ke-syok-an berselimut dengan duvet.

Adat rumah student yang bujang trang-tang-tang.. sahur adalah lebihan lauk malam tadi nya yang sememang nya di masak lebih sedikit untuk tujuan yang di sebutkan. Lepas basuh muka segala bagai.. aku dengan Taufik pun mengadap lah pinggan masing2 untuk makan.. kawan2 yang lain belum bangun lagi, mungkin masih di ulit mimpi agaknya.

Baru nak suap, TAP! tiba2 semuanya jadi gelap gelita. Rupa2nya elektrik rumah habis!
Untuk makluman, letrik rumah kami menggunakan sistem kupon dimana kupon yang bernilai sekian-sekian banyak di masukkan ke dalam meter dan letrik pun berjalan berdasarkan nilai yang telah di masukkan. Ini ala2 prepaid lah.. Nak dijadikan cerita, Raeis yang di tugaskan untuk menjaga/membeli kupon telah terlupa nak top-up kupon letrik pada hari tersebut. 

Maka, natijahnya... bergelap-gelita lah aku dengan Taufik bersahur pada pagi tersebut. Mujur juga lah heater dirumah kami tu salah satunya menggunakan gas. Jadi, Taufik pun nyalakan heater tersebut untuk memberikan sedikit cahaya ke ruang tamu. 

"Wey, kenapa makan depan heater nih ?", tanya Raeis yang baru bangun untuk bersahur.

"Letrik habis la.. nko tak top-up ke tadi ?", tanya Taufik

"Alamak! sorry lah.. aku lupa!", kata Raeis sambil menepuk dahi

Aku kusyuk je teruskan makan dalam kesamaran tu... kalau tercekik tulang, tak ke kes naya!

Berpuasa di tempat orang seronok juga... tapi, kena lah pada masa dan musim nya. Kalau tak kena musim, memang jenuh lah berpuasa sampai jam 9 malam! Aduh!!

5 ulasan:

Mak Su berkata...

best ek memori tu :)

Citarasa Rinduan berkata...

salam ramadhan utk pala dan family

PS:memory yang lepas2 mmg menyeronokkan..
mujur lah boleh bersahur.. ingatkan tak puasa masa tu.. hehehe

Hanis Azla berkata...

boleh pula letrik mati time tu yer.. klu time berbuka lagi haru.. he..he.. Selamat berpuasa..

wahida berkata...

weh, festaim aku dgr letrik guna sistem topup mcm tu...jakun sungguh aku...huhu..

selamat berpuasa!!

Pala Maldini berkata...

mak su & citarasa rinduan : betul.. setuju

hanis : itulah pasal.. kalau makan terubuk masin, maunya tercekik

wahida : hehe.. aku pun masa tu lah baru jumpa... bila dah jumpa, tak lah jakun lagi..