Aduh! sukarnya...
Alkisah, aku mengatal nak arrange for berbuka puasa dengan kawan2 di unit yang lama dulu. Memandangkan buffet sekarang ni mencekik darah tahap harganya, aku cadangkan kami buat di kedai seafood di Bagan Lalang.
Tak ramai mana pun... namun, kami ada tag line.. "It's not really about the food"..
Maksudnya ialah, bukan nya kami berkumpul untuk mentekedarah... tapi, lebih kepada mengenang masa lalu, memperkukuhkan persahabatan dan bertukar2 cerita kepada mereka yang sudah bertukar ke unit lain termasuk lah aku.
Minggu pertama puasa lagi aku dah plan dan pukul canang untuk program buka puasa bersama2 ini. Dengan harapan ramai yang dapat join sebab dah pre-planned. Sambutan agak menggalakkan, cuma tidak lah sampai seramai yang di harap2kan... ok lah, kita semua ada komitmen masing2, kan ?
Masa memilih tarikh pun, sudah di ambil kira perancangan awal masing2. Oleh sebab semangat teruja berbuka puasa bersama keluarga... weekend pertama dan kedua telah di reserved kan untuk perancangan kekeluargaan seperti balik kampung, berbuka bersama keluarga dan sebagainya.
Di sebabkan itu, weekend ketiga telah dipilih untuk program yang kami rancang.
Ok, esok adalah harinya. Dan, sebagai "event planner" aku lah yang banyak kena buat kerja nya. First sekali, booking tempat. Done. Ini kerja mudah, sebab aku cuma perlu telepon ke kedai sahaja dan minta reservedkan tempat. Semuanya 13 dewasa, 13 kanak2. Selesai satu bab.
So, hari ini adalah D-day (Decision Day) untuk finalised menu. Perbincangan melalui email dah dibuat lebih awal. Macam2 lah menu yang di cadangkan dan kuantiti yang selayaknya untuk memenuhi nafsu. Bila dah finalised semuanya, aku dengan segera sms ke kedai untuk booking dan sekaligus bertanyakan harga.
Panjang jugalah list aku tu, sampai terpaksa di pecahkan jadi 3 sms. Dan, setiap sms itu pula sebenarnya adalah 3 sms kalau di ikutkan jumlah character yang digunakan. Tak apa lah, "event planner" memang begitu.
Selesai aku sms, aku telepon untuk pastikan sudah diterima. En Ayie (wakil kedai) confirmed dah terima dan janji akan feedback semula anggaran harganya.
2 minit lepas itu beliau reply. "Estimate harga RM700", kata sms nya. Hah?!! over-budget tu!!
Setelah beberapa kali berbalas sms dan telepon call, akhirnya aku pun revised menu tersebut kepada yang lebih reasonable berpandukan senarai harga yang En Ayie bagi pada aku tadinya. Dan, aku sms semula di bawah pembuka kata "Menu (revised)".
Habis terbengkalai semua kerja yang aku plan nak buat pagi ini hanya semata2 kerana nak menguruskan "event" tersebut. Kalau tak diuruskan, caca marba pula nanti.
Sekarang, aku tengah tunggu confirmation harga daripada kedai... dan, harap2nya dalam lingkungan budget lah hendak nya. Adoyaiiii!!
***
Memang sukar menjadi "event planner" bila diri terbelenggu dengan sumber kewangan terhad. Lebih2 lagi bila ianya melibatkan sebilangan orang yang lain juga kanak2. Bila cerita bab duit ni.. manusia selalu berkira. Bila soal duit, tak kira kawan lagi... hatta saudara mara pun boleh berpatah arang berkerat rotan.
Ini baru jadi "event planner" yang kecil skala nya... dah nak pening lalat kepala otak aku dibuatnya. Apatah lagi, kalau kena jadi "event planner" yang besar2... tentu lebih haru.
Aduh! Letih!
1 ulasan:
mmg letih jd event planner ni.. sbb tu saya selalu tolak.. ha..ha.. setuju bab duit tu.. ada org jenis tak berkira.. ada pula yg terlalu berkira.. itu yg susah tu.. tp iyelahkan semua org ada budget dan comitment mereka sendiri.. kita tak boleh ckp apa..
Catat Ulasan