23 Ogos 2011

APA KATA SURVEY ?!

As part of "Improvement Initiative", aku dan kawan2 telah di minta untuk menelefon selected customers dan buat survey berkenaan dengan "customer experience" mereka dengan produk syarikat.

Aduh! Malas nya aku. Kalau ikutkan hati, memang aku tak nak buat. Tapi, memandangkan setiap orang telah diberikan tugasan serupa (customer berlainan) maka terpaksa lah aku buat juga. Apa pula kata bos nanti kalau aku seorang saja yang tak support aktiviti ini.

Tempoh masa yang diberikan ialah 2 minggu. Tak banyak sangat pun customer yang perlu di hubungi - dalam 12 atau 13 sahaja. Tapi, lazimnya kalau terima call kata nak buat survey... tentu malas nak layan, betul tak ? Aku sendiri pun macam itu juga... dan, aku pun rasa ramai lagi yang malas nak layan.

OK, sebab dah seminggu berlalu dan aku maish belum mula juga... semalam aku keraskan diri untuk call. Lepas satu, satu customer aku call dan mengulangi skrip yang di bekalkan. Malang nya, as expected kebanyak mereka macam bolayan je dengan alasan.. "I am busy"!

10 calls yang aku buat, cuma satu sahaja yang participate. Itupun macam terpaksa dan ala2 kadar sahaja jawapan nya. Sangat pendek dan ringkas. Boleh dikatakan sengat tidak membantu statistik kemudian hari nanti bila kami nak proceed untuk buat further improvement.

Majority customer yang aku call semalam suruh aku call hari ini. So, aku akan cuba lagi hari ini dan tengok hasil nya.

Dalam pada itu, aku cuba juga dapatkan tips2 dan feedback kawan2 lain berkenaan call yang diorang buat. Rata2 lebih kurang macam aku juga. Ada juga yang kena marah dan terima complaint yang macam2. Tak kurang juga yang kena marah sebab buat survey. Kata customer tersebut, sebab sudah beberapa kali orang call untuk buat survey.. "Berapa banyak survey nak buat ?"

Entahlah. This initiative is to improve customer experience... tapi, I doubt it that they got the clear message.

Ok, sat gi jam 10 aku nak mula call semula... wish me luck! huhuhu...

6 ulasan:

Ahkak Geli berkata...

gud luck!

nurkaloi berkata...

hoho gud luck yer !!

YNWA !!!

Maya Mayana berkata...

Good luck,Selamat Hari Raya,maaf zahir batin :D

ctpayong berkata...

Bismillah

Jangan putus asa. Last sekali ucap kat dia org Selamat Hari Raya.

Jangan serius sangat tapi tak boleh jugak lebih2 mesra. Anyway, gud luck.

Pala Maldini berkata...

cik geli, nurkaloi, maya - thanks

ctpayong - nak ucap selamat raya camne ? semuanya non-muslim :-)

Hanis Azla berkata...

mmg kalau survey2 ni org malas nak layan sgt kan.. anyway, semoga semuanya berjalan lancar dan membuahkan hasil yg baik..