15 Ogos 2011

2 MINGGU YANG PENUH KETEGANGAN!

Fuh!! lega...

Lepas azab aku bila dah tamat training 2 minggu. Hari ini, perjalan ke ofis back to normal.

Dua minggu aku attend training kat training centre. Letih! 

Kebiasaan nya, pergi training adalah saat2 yang mengembirakan sebab masa tu lah boleh free from all the works dan bersantai2 sambil mnegikuti training ala2 kadar je :-)

Tapi, tidak training yang satu ini! Sememangnya aku dah memang sedia maklum kalau pergi training yang satu ni akan kena sit for exam for the certs later on. But, least that I expected the training to be sooooooooooo memeningkan kepala!

Memandangkan kawasan training yang agak berjauhan daripada kawasan pengangkutan awam utama (aka LRT), maka aku decide untuk memandu ke tempat tersebut setiap pagi. Bukan tak ada LRT berdekatan.... ada. Tapi, jarak nak menapak tu nak dekat 15 minit... tak kuasa aku weh pagi2 puasa ni nak menapak..

Bila memandu ke arah kuala lumpur di waktu pagi ni faham2 je lah kan. Dia punya jammed memang macam nak muntah aku dibuatnya. Ditambah pula kereta manual dan keadaan ekon nya tak sejuk kalau kereta bergerak perlahan (sebab fan ekon rosak)... terseksa jiwa pakcik weh!

Bila dah sampai dan mula kelas training.... banyak pula benda yang nak di hadam. Lebih2 lagi, trainer tu pulak dok mengajar bukan main laju lagi macam jet supersonik.. terkial2 aku nak mengejarnya. Dah berbelas tahun tinggal zaman study weh.. memang slow pick-up giler (baca: dah tua).

Cuba bayangkan, setiap soalan latihan yang memerlukan kiraan mesti kena siap dalam masa satu minit... haru ke tak haru di buat nya ? Nak buat kiraan tu pulak perlukan step2 tertentu, kalau tidak memang tak dapat jawapan lah jawabnya. Sepanjang training dan latihan soalan... tak pernah nya aku dapat siap dalam masa yang di tetap kan. Itu belum di kira betul salah lagi...

Makin hari, makin berpinau2 kepala otak aku ni... hampir2 nak berjambul dibuatnya. Makin lama, makin susah... makin lama, makin complicated. Pulak tu, semua command2 yang di ajar tu, perlu di hafal... sebab test tidak open-book. Nak hafal ? Aku ? Oh, pelisssssssssssss.... bab hafalan ni memang aku failed!

Sebab apa perlu hafal ? Sebab, masa yang diperuntukkan untuk satu soalan ialah 1 minit... amacam ? boleh ?
Memang kelam kabut dan serabut.

Itu hal masa training. Bila balik pula, satu hal lagi nak menempuh jammed... lagi! Jalan Tun Razak tu memag nightmare la... semua kereta berpusu2 nak balik termasuk lah aku. Ada sekali tu, masa minggu pertama dimana ekon kereta merah tu masih belum repair, masa balik hari hujan agak sederhana lebat. Wah, cabaran!

Aku tanya kawan2 aku kat facebook, "Kereta tanpa ekon, jammed... which one worst ? hari hujan atau hari panas ?". Of course jawapan nya.. HARI HUJAN! and, that's is what had happened to me that day...

Nak buka tingkap tak boleh... ekon pula tak ada. Cermin ber-wap jadi kelabu asap. Tak nampak jalan. Terkial2 aku dalam kereta masa tu. Nak berhenti, dah dok tengah2 jammed di tengah2 jalan pula. Memang havoc lah keadaan aku masa tu. Buka tingkap, tutup.. buka tutup... kejap2 kena lap cermin sebab dah kelabu asap... langsung tak nampak apa2. Dan, bila hujan... tahap jammed naik tahap maksima. Memang lama betul aku terperangkap dalam keadaan yang tidak selesa itu. Bila dapat je masuk highway, aku terus pecut dan buka ekon - lega...

2 minggu, itu lah yang aku tempoh. Mujur lah aku ambil tindakan segera membetulkan ekon masa the 1st weekend. At least, one of the nightmare is resolved.

At the end of the training session, ada post-test. Wajib dapat 80 markah kalau nak layak ke exams yang sebenar. Malam tu, ber-iya2 aku study.. maklum lah, otak dah berkarat. Bila tiba masa exams, keadaan tadi nya yang ekon bilik tu macam rasa tak rasa... tiba2 jadi sejuk. Tangan macam dalam ice room. Macam aku cerita tadi... soalan objectivenya ada 20... masa nya, 20 minit. Dan, soalan simulation ada 2... untuk masa 10 minit. Macam lipas kudung aku menulis. Entah boleh dibaca ke idak.. aku tak pasti.

In the end, aku tak sure samada boleh dapat 80 ke idak... macam sukar je dengan jawapan yang aku berikan. Tambahan pula, yang bab simulation tu... soalan kedua tidak siap sepenuhnya... ada lagi 3 baris je lagi tapi masa dah time.. huhuhu!

Harap2 lepas lah post test tu... tak kuasa aku nak attend revised session (re-attend 5 days part 2) kalau tak lepas...

2 ulasan:

Hanis Azla berkata...

baca pun dah dapat rasa mcm mana keadaan tu.. tp berat mata memandang. surelah lebih berat mata yg memikul kan.. harap2 lulus dalam ujian tu... jdnya tak perlu nak menempuh perkara2 tu sekali lagi..

wahida berkata...

aku harap ko boleh lulus dgn jayanya...aku tau ko boleh..