Alhamdulillah, awal2 lagi aku dah berjaya untuk settlekan bayaran zakat fitrah untuk tahun ini. Untuk kawasan Wilayah Persekutuan, zakat fitrahnya ialah RM7 seorang.
Oleh itu, masa pergi ke pasar ramadhan tempohari aku terus ke kaunter zakat yang dibuka disitu oleh pihak MAIWP untuk menyelesaikan bahagian aku dan tanggungan semua... termasuk lah 'cik Mori sekali.
Aku takut nak lengah2 kan sebab nanti boleh jadi lupa. Lagipun, masa untuk zakat fitrah ini terhad sampai sebelum sembahyang sunat raya. Risau pula bila dah syok2 sangat prepare untuk raya segala bagai, terlupa pula dengan zakat fitrah.
Bukan nak mengata, namun... tiap2 tahun pasti akan ada sahaja yang terkocoh2 ber-kejar2 nak bayar zakat di pagi2 raya. Ok, aku faham yang masa tu lebih afdal.. tapi, mana lebih penting ? wajib atau afdal ? Buatnya, tidur terbabas sikit dan tak sempat.. bukan ke kes naya tu ?
Anyway, kalau anda belum bayar zakat fitrah lagi... sila lah segerakan.
Sekian.
1 ulasan:
alhamdulillah...kitaorang punya pun dah bayar petang semalam..
Catat Ulasan