Dulu2 memang famous ais krim jenis ini.. Ais krim Malaysia - harganya sepuluh sen sebatang. Ais krim Malaysia ini lazimnya di jual di rumah2 orang. Cara membuatnya mudah sahaja..
Bahan2 yang diperlukan :
1) Plastik ais krim Malaysia
2) Air berperisa
Kalau di rumah sendiri, perisa yang paling mudah ialah sirap ataupun milo. Bancuh air sirap, masukkan ke dalam plastik ais krim Malaysia, simpulkan hujungnya yang terbuka itu dan simpan di dalam peti ais tempat beku.. dah siap. Mudah aje, kan ?
image : google
Ais krim Malaysia yang paling aku suka ialah ais krim Kacang Merah. Jenis perisa yang ini memang sukar nak jumpa. Hanya rumah2 tertentu yang menjualnya.. dan yang lebih penting - sedap. Macam2 perisa yang boleh di buat untuk ais krim Malaysia ni.. semuanya bergantung kepada kreativiti si pembuatnya. Ada jagung, durian, kacang merah, kacang hijau, laici, sirap, oren, milo dan macam2 lagi lah..
Antara rumah menjual ais krim yang popular di kawasan rumah aku dulu ialah.. Nek Sudin iaitu kawan baik 'cik Yah. Jarak rumah Nek Sudin dengan rumah 'cik Yah lebih kurang perjalanan sejauh 1 kilometer berjalan kaki. Namun, dek kerana ais krim Malaysia yang sedap, aku dan konco2 gagahkan juga.
Selalunya tugasan membeli ais krim Malaysia ni diberikan kepada yang berbasikal supaya tidaklah penat sangat nak pergi membelinya. Dan, kadang2 tukang beli boleh dapat upah sebatang ais krim Malaysia kalau yang tukang suruh beli tu ada duit lebih.
Aku paling gemar makan ais krim Malaysia dengan cara menumbuk ais krim tu supaya sedikit hancur dan mudah "dikunyah". Kalau nak "kunyah" time ais krim tu keras.. mau ngilu gigi dibuat nya. Next, kalau duit cuma ada seposen dan perlu berkongsi sebatang ais krim dengan Babuk, aku akan "patah" kan ais krim jadi dua bahagian dengan kaedah "patah-dan-pulas". So, dapat lah seorang separuh untuk enjoy makan ais krim sama2...
Dek kemaruk makan ais krim Malaysia, dan asyik menghabiskan telur dok buat ais krim ala-oshin, sekali sekala 'cik Omar akan belikan se-beban plastik ais krim tersebut untuk membolehkan aku adik beradik buat sendiri ais krim Malaysia di rumah. Tapi, perisa nya terhad kepada apa yang ada di rumah lah.. contoh nya macam sirap, oren sunkist dan milo. Lebih daripada itu, kena bergantung kepada kreativiti masing2.
Cuma, yang tak bestnya.. tukang buat orang lain.. tapi, yang tukang bedal.. bukan main lagi ramainya! Sebagai abang mithali, selalunya aku lah yang kena mengalah...
Makan ais krim Malaysia ni memang seronok.. sejuk dan menyegarkan. Nyam, Nyam!
Mana nak cari sekarang ni ye ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan