Dua hari lepas aku ada menonton sebuah drama bersiri bertajuk Hilang yang di lakon kan oleh dua orang adik beradik hot iaitu Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah. Bukan sebab aku memang follow siri drama tersebut, hanya sekadar suka2 menonton memandangkan channel2 lain yang banyak itu tidak ada apa yang dapat menarik minat aku.
Sebenarnya, aku bukan lah nak cerita pasal drama tersebut. Tapi, pasal soalan maut daripada cik puan kpp yang sedang menyidai baju di luar rumah apabila beliau melihat aku sedang kusyuk menonton drama tersebut.
Sedang aku menonton, cik puan kpp bertanya..
"SIAPA LEBIH CANTIK ? KAKAK KE ADIK ?"
image : google
Sikit punya maut soalan nya, kan ? Aku diam je... sebab kalau aku jawab nanti, ada pula yang merajuk.. haha!
Ok, mari menilai daripada pandangan kaca mata aku...
Rambut : Seri. Kedua2nya mempunyai rambut panjang, hitam, lebat dan ikal. Memang favourite aku lah jenis yang macam itu - sedap untuk di belai2 manja.. hehe
Mata : Rozita. Matanya galak dan menusuk kalbu. Aduh!! macam ada panahan asmara kalau melihat tenungan matanya..
Hidung : Seri. No komen
Mulut dan senyuman : Rozita. Senyuman nya manis ala2 penggoda. Mungkin sebab ditambah effect matanya yang galak itu.
Bentuk muka : Ayu. Muka melayu yang asli dan terserlah keayuan nya. Sesuai dengan nama.
Suara : Ayu. Lemak merdu walaupun agak sedikit high pitch bunyi nya bila berkata2. berbanding dengan Rozita yang tutur kata nya macam bunyi lidah tak cukup panjang... tak tau kenapa.
Kematangan : Rozita. Of course sebab beliau ialah kakak. Ayu kelihatan seperti keanak2kan lagaknya.
Saiz : Rozita. Serba serbi kelihatan kena pada tempatnya. Manakala Ayu pula, sesekali kelihatan agak sedikit chubby terutamanya apabila beliau mengikat rambutnya ke belakang
Watak bertudung : Ayu. Macam penerangan di atas, beliau memang kelihatan ayu macam wanita melayu terakhir lagaknya kalau bertudung. Mungkin sebab Rozita lebih kelihatan sofisticated dan ke"bandar"an
Cukup lah tu... so, pilihan aku ialah... ROZITA CHE WAN !
Ada sesuatu pada beliau yang sangat2 menarik minat aku.... entah apa lah agaknya..
Ye, daripada kaca mata aku... Rozita Che Wan lebih cantik daripada Ayu Raudhah..
Sekian, terima kasih (sambil kenyit mata pada cik puan kpp).
4 ulasan:
wah...siap size semua ko perincikan ye...
cik puan kpp ko tu baca tak blog ko ni? hehe..
aku pun selalu tanya kat laki aku...siapa lagi cantik, ayang ke Tiz Zaqyah...pas tu bila dia ckp aku, aku sentap sbb aku tau dia cuma nak amek hati aku jer...tapi bila dia kata Tiz lagi cantik, laaagi aku sentap...
kahkah...aku pun pelik ngan emosi aku ni..
perempuan mmg suka tanya soalan yg klu hubby jwb pun sentap.. tak jawab pun sentap juga.. ha..ha..
bukan main terperinci lagi dia.. klu en.asben saya buat gini mmg confirm saya sentap.. he..he.. tp selalu juga nak tahu pendapat dia..
amboi..detail bebenor....
cik puan kpp tanya simple je tu...
wahida - hehe! aku faham benar perasaan laki nko itu...
hanis - sebab tu la tak boleh jawab on the spot...
Catat Ulasan