05 Ogos 2011

DAN SEBENARNYA.. (DRAMA)

Beriya2 benar aku berjegil biji mata lepas sahur tadi menonton drama Dan Sebenarnya... lakonan pasangan suami isteri Sazzy Falak & Nazril Idrus.

Actually, aku pernah tengok gitu2 je drama ini satu masa dulu.. tapi, pagi tadi memang betul2 punya fokus siap dengan feeling2 sambil suasana macam dalam wayang (with 42" and Lights-off).


image : abepapale.blogspot.com

Kisah ceritanya mengenai Maira (Sazzy) & Harris (Nazril) yang bercinta di dalam mimpi sedangkan kedua2 mereka tidak pun saling mengetahui akan kewujudan masing2. Harris seorang doktor, Maira tu aku tak pasti sangat apa kerjanya.. ala2 advertising company kot. Kedua2 mereka sudah mempunyai kekasih di alam yang nyata namum adat resam bercinta, banyak sahaja masalah nya. Maira ditinggalkan oleh kekasihnya Olly (aku tak tau nama pelakonnya) manakala Harris pula menghadapi masalah dengan desakan keluarga tunang beliau, Zora (lupa pulak nama pelakon wanita drama susuk tu).

Namun, bila mereka berdua bertemu di alam mimpi.. mereka menjadi mesra diantara satu sama lain dan sering berkongsi cerita dan bertukar2 pendapat. Hubungan mimpi tersebut menjadi semakin mesra sehingga akhirnya menerbitkan bibit2 cinta diantara Maira dan Harris.

Harris telah di pilih untuk ke Ireland oleh pihak hospital dan semenjak daripada pemergian Harris itu, beliau sudah tidak hadir lagi dalam mimpi2 Maira.

Diakhir cerita, setelah beberapa kali Maira tidak berjumpa Harris di dalam mimpinya.. beliau meninggalkan sepucuk surat (di dalam mimpi tersebut) untuk dibaca oleh Harris di tempat pertemuan mereka. Nak dijadikan cerita, Harris telah terjumpa surat tersebut (dalam mimpi) apabila beliau ke tempat tersebut dan membacanya. Pesanan dalam surat Maira, "Harris, sekiranya engkau benar2 wujud... halang lah aku daripada bertunang". Harris telah datang ke rumah Maira untuk bertemu beliau yang kebetulannya sedang melangsungkan majlis pertunangan.

Disitu lah Maira & Harris bertemu di alam nyata buat pertama kalinya.. the end.

Sinopsis aku mungkin tak berapa menarik.. tapi, percayalah.. kalau anda menonton with open heart with a bit of love, you will get touched by the drama. Dengan dibantu oleh lagu2 yang best dan juga lagu Dan Sebenarnya.. daripada Yuna. Memang touching habis.

Aku betul2 enjoy the drama pagi tadi sampaikan hilang semua rasa nak tidur aku. Siap tergelak2 lagi bila kena bab2 yang berkenaan. And, to be honest.. a moment away to cry (because of their love & affection towards each other). Memang best!

Mungkin itulah bayangan nya kalau mimpi jadi realiti... who knows!

Ewah, jiwang pula aku pagi2 Ramadhan ni.. 

7 ulasan:

IDAZS berkata...

dah beberapa kali nak tgk, tp x tertengok. baca sinopsis mcm best je, harap astro ulang lagi lps nie

ctpayong berkata...

owh! ye ke? kakCT nak tengok jugak nnt. mesti akan diulang atas permintaan ramai.

sebagai hiburan...apa salahnya kan.

Pala Maldini berkata...

Idazs & kakCT : highly recommended..

Hanis Azla berkata...

pernah tgk sikit.. itu pun dah rasa best.. rasanya pernah tgk cerita korea or thailand yg lebih krg mcm ni juga jalan ceritanya..

wahida berkata...

eh, pagi tadi aku pun ada tgk jugak..tapi tak berapa fokus..sbb sibuk siapkan hidangan sahur...

oo, rupanya dorang bercinta dlm mimpi yer...ok, baru aku faham, aku ingatkan dorang pernah bercinta masa zaman U ke..ekekekek..buat kesimpulan sendiri je..yelah, tgk pun loncat2...

Syigim berkata...

gile lama xtgk drama2 melayu ni. tp sbb aku pun suka sgt tgk couple husb-wife ni, rase mcm best plak.

u wrote the review very well. esp when u express ur feelings watching the drama. bertuah cik puan wife ;)

Irfa berkata...

saya tengok citer ni..rasa mcm best je.tempat pun menarik je.rasa nak terbang gi sana gak

salam kenal yer