18 Julai 2011

INI CERITA OFFER DARIPADA "SYARIKAT-TV-BERBAYAR-YANG-ASYIK-NAK-NAIKKAN-HARGA"

Go on, go on... with hope in your heart.. and you'll never walk alone..

Pepagi lagi handphone aku dah berdering. Bila aku tengok nombor yang tertera.. 77-something-something.. not in my record.

Aku : "Hallo"

Gadis di talian : "Boleh saya bercakap dengan Encik-nama-penuh-aku-yang-dirahsiakan :-)"

Aku : "Ye.. speaking"

Gadis di talian : "Boleh bercakap sebentar ?"

Aku : "Berkenaan apa ?"

Gadis di talian : "Syarikat-tv-berbayar-yang-asyik-nak-naikkan-harga nak menawarkan encik untuk upgrade ke package syarikat-tv-berbayar-yang-asyik-nak-naikkan-harga beyond"

Aku : "Maaf. Tak berminat"

Aku jawab straight to the point!

Gadis di talian : "Boleh saya tahu kenapa ?"

Aku : "Tak berminat!"

Gadis di talian : "Cuma tambah sepuluh ringgit je encik.."

Dia usaha lagi..

Aku : "Pakai duit awak boleh ?"

Gadis di talian : "Tambah sikit je encik.."

Aku : "Pakai duit awak boleh, tak ?

Gadis di talian : "Tak boleh lah encik"

Aku : "Kalau tak boleh, saya tak berminat"

Gadis di talian : "OK la.. terima kasih"

Haha.. kesian budak tu kena buli dengan aku pagi2 buta. Dah lah asyik nak naikkan harga... ada hati pulak nak "OFFER" untuk upgrade dan suruh aku tambah bayar RM10. Cheh!!

Tiada ulasan: