27 Julai 2011

BERCINTA DI FACEBOOK

Masa berlalu dengan pantas... cara bercinta pun sudah semakin maju. Sekarang tidak ada lagi surat menyurat dan bergayut di public phone. Mungkin sebab itu, public phone pun banyak yang sudah jahanam. Yang aku hairan tu, diorang pergi cabut ganggang nya untuk buat apa tah ? 

Dulu2 aku pernah dengar kawan2 bercinta melalui chat room.. especially semasa zaman MiRC tengah sangat2 top. Sampaikan ada yang dapat jam tangan tag heuer pemberian daripada anak bekas menteri yang nak minta clash. Ada juga kawan2 aku yang berjaya memikat melalui chat room dan kemudian nya berkahwin. Tak kurang juga yang bertunang dan kemudian nya memperlakukan tunang nya macam hamba abdi siap dengan lempang sepak terajang sampai terkehel rahang minah tu. Ini semua kisah benar yang infonya aku dapat first hand. Dan, ada juga yang aku terlibat secara langsung sebagai "pakar kaunseling" bila kawan2 perempuan tu minta nasihat dan pandangan aku. Jangan salah sangka, bukan aku pelaku nya ye..

Sekarang, sudah lebih advance. Dengan teknologi canggih dan siap bergambar.. facebook dah jadi pilihan untuk bercinta dan mencari jodoh anak muda zaman sekarang. Kenapa lah zaman aku bercinta tak ada facebook2 segala bagai.. kalau idak, sure luas zon pencarian.. hahaha!

Ok, aku nak ambil contoh seorang kawan yang bertemu jodoh melalui facebook.

Kawan aku ni sudah lama mencari.. mungkin dulu tidak berapa serius kerana merasakan diri beliau tidak se-hensem mana. Ditambah pula hobi memancing nya yang sangat aktif, perempuan mana yang boleh tahan bercinta dengan lelaki macam gitu ? Kecuali lah perempuan itu juga kaki pancing. Dan, "cinta pertama" beliau ialah kereta!

Beberapa orang kawan pernah cuba untuk kenen2 kan (kenen2 = pasang2kan, kenalkan) beliau dengan beberapa orang perempuan yang mereka kenal. Tapi, kebanyakkan nya tidak berapa nak menjadi. Mungkin they have different taste lah kot.

Dipendekkan cerita, suatu hari sedang beliau dok melayan facebook dan tiba2 ter-jatuh cinta dengan salah seorang friend of friends yang ada dalam list friend beliau. Bak kata orang, "Cinta pandangan facebook". Dalam realiti, mungkin ramai lelaki yang takut dengan "fear of rejection" - this is reality. Man fear of failure. Jatuh lah ego bila kena reject. Dan, kalau perempuan yang beliau approach tu pula adalah kenalan2 rapat.. tentu akan ada rasa kurang selesa kemudian nya nanti bila dah kena reject.

Berbalik kepada cerita kawan aku tadi. Bila beliau dah berkenan, beliau pun ambil the first step untuk spy minah yang dia dah terjatuh cinta tersebut. Riki2 dengan kawan beliau yang menjadi friend kepada minah tersebut. Bila dah tau yang minah tu masih single and available, he made his move. Oh ye, dalam facebook ni bukan boleh percaya sangat status "relationship" tu.. kadang2 ada yang saja2 nak test market.

First thing he did was, send a message. Malu lah kalau nak approach di wall minah tu. Luckily, minah tu beri respond yang baik. Mungkin sama2 sedang mencari agaknya. Beberapa lama ber-message di facebook, akhirnya berjangkit ke telefon pula. Things become more serious dan after a few months they had decided to move to the next level.

Alhamdulillah, mereka berkahwin yang mana aku berkesempatan pergi ke majlis mereka walaupun sangat jauh di negeri pantai timur sana. Jenuh memandu dekat 7 jam sih! Walaupun jauh, aku gagahkan juga sebab aku nak sangat nengok wanita yang akhirnya berjaya menawan hati kawan aku tu..

Well, aku rasa ini lah contoh when good intentions met each others - it turn out to be positive.

Atas alasan kejayaan kawan aku itu, aku pun telah suggest kepada Ed untuk mengikuti langkah yang sama.. 

Teringin benar aku nak nengok pengapit aku ni kahwin satu hari nanti.. I hope it will be soon. Amminn..

6 ulasan:

Ahkak Geli berkata...

aku jumpa hubby aku kat internet jugak..kat satu forum..sekian!

tieha ismail berkata...

tieha kenal mr pingu pon through fb gak...heeeee harap berkekalan....

ILA HonEyBuNNy berkata...

cinta dunia internet ada baik ada buruknya kan..

andai bertemu jodoh tu...alhamdulillah...tapi ada jugak tak boleh di percayai..ehhe

wahida berkata...

ada baik buruknya fesbuk ni kan...

Hanis Azla berkata...

jodoh itu ada di mana2 kan.. mungkin FB tu salah satu mediumnya..

Pala Maldini berkata...

baik buruk, sendiri nak kena timbang la.. jangan main sebat aje..

:-)