04 Julai 2011

PERJALANAN KE SUNGKAI..

Beriya2 'cik Mori telepon aku mengajak pergi ke kenduri kahwin ex-jiran yang kini dah berpindah ke Sungkai. Macam biasa, sebagai anak mithali aku pun kata "OK".

Pagi2 lagi aku dah datang ke rumah 'cik Mori. Anak2 buah aku semua tengah bergelimpangan kat depan tv - Wawa, Mimin, Icha, Shakir dan Saif.. dah macam askar kena tembak dalam medan perang lagaknya. Janji bergerak jam 11am, berkonvoi dengan kereta Ngah Sudin. Sementara menunggu tu, aku layan kanak2 ribena semua yang macam2 ragamnya. Oh ye, cik pun kpp & Nurin hana tak ikut.. kata cik puan kpp, "Saya jaga rumah", hahaha.. ok, aku tipu. Tak ada pun dialog macam itu.

Jam 11am..

Siap2 untuk bertolak. Masuk Duke dan kemudian nya masuk ke PLUS hala utara. Dalam perjalanan berhampiran tol di Duke, ada sebuah kerata terbakar (arah bertentangan) - Satria.. agaknya. Memang kejadian kereta terbakar tu baru sangat lagi sebab api nya masih marak dan bomba belum tiba di tempat kejadian. Apa lah nasib pemandu agaknya.. hmm..

Masuk tol PLUS, sampai sekitar Rawang.. jammed giler! memang sangkut habis. Aku syak ada accident kat depan. Takkan polis nak buat road blok pula ? Perhimpunan haram bersih tu minggu depan... so, memang sah aku syak ada accident teruk.

Memang sah pun! Sebuah lori yang bawa bahan liquid oksigen telah accident dan time tu tengah dalam proses memindahkan liquid oksigen tersebut ke dalam tangki sebuah lori yang lain. No wonder jammed panjang giler! Lepas je daripada kawasan tu.. line clear, dan harus aku memecut laju (mengikut had laju kebangsaan).

Dipendekkan cerita, sampai ke sungkai lebih kurang jam 1:30pm. Kami berkonvoi sekali dengan pengantin sebab terserempak dengan mereka di persimpangan menuju ke rumah kenduri. Kiranya kami jadi "orang sebelah" lah. Special thing about this konvoi ialah ada escort by polis tu..

Lupa aku nak bagitau, sebenarnya bapa pengantin adalah bekas ex-boss2 besar di dalam PDRM. No wonder lah ada escort segala bagai. Pengantin pula adalah anak beliau yang no 3 - Ikram. Kiranya, teman2 main masa aku kecil2 dulu di rumah 'cik Yah.. of course lah aku lebih umur daripada beliau, sebab beliau tu baya2 Babuk kalau tak silap aku...

Sebab sampai rumah pengantin beriringan dengan pengantin, kami pun tunmpang sekali jadi "orang sebelah" berarak bersama2 pengantin. Kawasan kampung, yang berkompang pun kebanyakkan nya orang2 tua dengan kompang saiz kecil diorang tu. Kelepak, kelempung, kelepak, kelempung aje lah..

Walaupun kami follow pengantin, tak bermakna dapat makan lauk pengantin :-(

Duduk bawah kemah ambil aje lah lauk buffet atas meja. Lauk pauk yang di sediakan antaranya ialah, nasi tomato (kot?), nasi putih, rendang daging, kari daging, ayam goreng, pajeri nenas, jantung pisang/umbut rebus, sambal belacan dan air sirap. Pencuci mulut tembikai dan cendol - perghh.. cendol ni memang best!

Aku nak puji lauk kari daging nya - sedap, lembut. Juga jantung pisang/umbut rebus cicah dengan sambal belacan.. pergghh.. terangkat sih!!

Anyway, macam yang aku bagitau tadi yang bapa pengantin ialah ex-orang besar2 PDRM.. makanya, tetamu istimewa pada hari tersebut ialah tak lain tak bukan.. Tan Sri KPN dan isteri. Memang sporting lah! Tak caya, tengok gambar dibawah..

 Bapa pengantin (baju melayu cream), Tan Sri KPN (batik purple), Pengantin

Bila majlis dan selesai, Tan Sri KPN dahberangkat balik.. kami pun menyusur kemudian nya. Salam2 kosong je dengan bapa pengantin.. hehe... dan bergerak ke arah kereta.

Walaupun, pergi berkonvoi.. tapi, balik hanya tinggal kereta aku je sebab Ngah Sudin singgah ke kampung untuk melawat bapa mentua beliau. Ijal pula, singgah ke kampung isteri beliau untuk "menaikkan" batu nesan arwah anak beliau.

Sepanjang perjalanan tu, aku dengan 'cik Mori asyik bergossip je kerja nya.. hahaha..

Sampai rumah 'cik Mori dalam jam 5 lebih. Kepala pening, badan sakit2... Lepas makan, aku pun landing menidurkan diri... letih wooo...

Tiada ulasan: