26 Julai 2011

KERETA HITAM YANG SUKA BUAT HAL..

Alkisah kereta hitam tu buat hal lagi.. kali ni, air-cond nya rosak. Bunyi ada, tapi haram tak ada angin.. memang betul2 buat angin satu badan!

Sebenarnya, dah dekat sebulan kot rosak nya.. masih tak berbaik2 juga. Sebabnya, malas betul aku nak hantar ke pusat service yang jauh dan lembab itu. Dan lagi, memandangkan kereta merah sudah kembali sihat.. sebab itulah urgency untuk hantar repair kereta hitam tidak ada.

Walaubagaimanapun, dek kerana kereta merah yang tua itu (meminjam istilah yang digunakan oleh Nurin Hana untuk kereta merah aku tu) terlalu di kuda kan kehulu kehilir sejak kebelakangan ini.. maka kereta merah pun sudah mula buat hal. Bila starts enjin, macam2 bunyi yang keluar.. semua tu bunyi duit!

Terbaru, air-cond kereta merah mula buat hal... bila aku pandu perlahan atau tersangkut dalam jammed, langsung tak de rasa air-cond.. angin je yang lebih. Tapi, yang pelik nya.. bila aku pandu laju (jalan clear), elok sejuk nya macam air batu. Itu semuanya tak lain tak bukan... nak makan duit lah tu.

Berbalik kepada cerita kereta hitam. Memandangkan cik puan kpp pergi kursus selama tiga hari bergumbira di PD meninggalkan aku dan Nurin Hana :-(... aku pun ambil keputusan untuk hantra kereta hitam ke workshop. Malas aku nak hantar ke pusat service yang jauh dan slow tu.. aku decide hantar ke kedai Master Cool di Ampang - tempat aku repair air-cond kereta hitam 3 bulan yang lalu.

Di pendekkan cerita, sampai di Master Cool, pomen tu buat test2 segala bagai...

"Api tak sampai..", katanya. Memabawa maksud, tak ada current ke blower yang menyebabkan blower tidak dapat blow.

Di godek2 nya fuse box dan terserlah lah kat mana masalah yang sebenarnya. Satu kaki yang sambungkan relay untuk blower tu betul2 dah blow up - terbakar! no wonder lah blower tak boleh hidup. Dan, memandangkan spare part ori yang mungkin sangat mahal dan mengambil masa.. pomen decide untuk modified je wiring tu guna relay yang lain.

Lebih kurang sejam pomen buat kerja sambil aku perhatikan... akhirnya, semua nya siap. Bila test.. alhamdulillah semuanya dah ok. Hopefully, ok berpanjangan lah.. chargenya = RM95 for relay dan workmanship. OK lah, whatever! As long as smeuanya dah ok.

Balik tu, aku singgah rumah 'cik Mori. Saja nak melayan anak2 buah aku yang ada. Tak sangka pula si Saif dah boleh berjalan. Last time aku jumpa, masih merangkak lagi. Bravo, Saif!

Petang tu juga aku memandu balik ke rumah dengan aman damai dan dalam keadaan yang nyaman..s ebab air-cond dah ok!

Esok, boleh lah aku claim RM95 + RM5 (upah hantar ke workshop) dengan cik puan kpp.

Next to go to workshop.. kereta merah pula! huhuhu...

2 ulasan:

ibunurin berkata...

Heh..Heh..tau takut ye kereta merah asyik kena lanyak je. Kereta hitam tu pun klau lanyak selalu pun pun, sama gak, makan duit jugak tu...

Hanis Azla berkata...

klu kereta mula keluar bunyi lain mcm sikit, selalu rasa mcm nak buat2 tak dengar aje.. he..he..