08 Julai 2011

DALAM KENANGAN #24 - BATANG AIS KRIM

Ini memang famous masa aku sekolah rendah. Sebenarnya, batang ais krim tu adalah spesis "sampah" yang dibuang ke dalam tong sampah (baca : merata2) setelah ais krim nya habis di mamah. Batang ais krim pula ada macam2 jenis.. ada yang panjang, ada yang pendek dan ada yang "kurus". Tapi, "sudu" ais krim kotak tidak di terima pakai ye..

image : bicarasigadisdesa.blogspot.com

Waktu paling sesuai untuk bermain batang ais krim ini ialah selepas waktu sekolah (baca : bila2 masa terluang di sekolah). Manakala, tempat terbaik ialah meja makan di kantin sebab saiznya yang besar. Dalam permainan batang ais krim ini, perlu ada dua pemain.

Asas permainan adalah siapa kalah beliau kena "bayar" menggunakan batang ais krim yang beliau ada dimana jumlah "bayaran" telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum mula bermain - contohnya : 5 batang ais krim ("bayaran" lazim ialah 1 batang ais krim). Di samping itu, ada beberapa peraturan2 tertentu juga ditetapkan di awal permainan seperti hanya boleh guna batang aiskrim yang original sahaja atau yang sudah di "modified".

Kaedah permainan nya mudah sahaja. Kedua2 pemain akan berkedudukan bertentangan antara satu sama lain dan batang ais krim di letakkan di atas meja di depan masing2. Pemain pertama akan menghembus batang ais krim beliau ke arah pihak lawan dengan tujuan untuk menimpa batang ais krim pihak lawan. Seandainya beliau berjaya menimpa batang ais krim pihak lawan, beliau di kira menang dan akan mendapat "bayaran" daripada pihak lawan sepertimana yang telah di tetapkan sebelum permulaan permainan.

Permainan ini memerlukan strategi sebab bukan sentiasa kita boleh menimpa batang ais krim pihak lawan dengan sekali hembus. Oleh itu, susunan strategi yang betul adalah sangat penting (kecil2 dah pandai fikir pasal strategi... bagus betul lah permainan ini).Boleh hembus sikit2 atau perlahan2. Apa yang penting, objektif nya ialah untuk menimpa batang ais krim pihak lawan dengan batang ais krim kita.

Aku ni boleh lah di katakan agak2 dalam kategori pro dalam permainan batang ais krim ini. Tidak kira lah samada menggunakan batang ais krim original atau yang sudah di "modified". Waktu permainan aku biasanya selepas waktu sekolah di meja kantin sekolah. Orang sibuk balik rumah, aku pula sibuk dok bermain batang ais krim. 

Bila nak main, aku akan cari lawan yang ada segenggam batang ais krim. Kalau setakat yang ada 2 atau 3 tu baik tak payah.. buat perabih air liur je. 

Adat permainan, ada menang ada kalah.. tapi, yang terbaik nya ialah.. keseronokkan menghembus batang ais krim tersebut.. PUH! PUH!

'cik Omar kata, "tu lah! masa sekolah dulu dok puh! puh! batang ais krim.. sekarang dah kena semput!"

Itu lah perkataan yang di ulang2nya bila dengar aku batuk kokol yang giler2 punya kuat. Entah betul ke idak, tidak pasti pula aku. Apa yang penting... SERONOK!!!

3 ulasan:

Unknown berkata...

hehehhehe! semputttt :) adik ieda pon kumpul batang eskrem tu dulu :)

ctpayong berkata...

wah...nko dah maju sket dari kakCT. kakCT bende tu buat kira2...hehehe..

sekarang dah maju...guna sempuoa (ntah betol eja ke tidak)

Hanis Azla berkata...

anak2 saya pun main batang ais krim ni sekarang.. dpt tepuk dgn tangan kat lantai untuk gerakkan.. seronok juga tgk dia orag main..