22 Disember 2011

MANDI @ AL RAWSHA

Ok, beberapa kali aku dok baca entry2 pasal Mandi Rice di sini, contohnya entry ini. So, tengahari semalam  Azli ajak aku ke Al Rawsha sempena event membelanja staff yang akan berpindah unit. Mungkin ada sedikit perbezaan antara Mandi @ Dubai against Mandi @ Al Rawsha (which is a Labanese-based). Anyway, dua2 pun namanya Mandi.. ok lah tu.

Masa Azli dok pukul canang nak ke Al Rawsha, aku dah set kan nak try Mandi Rice disana (ejaan pada buku menu nya Mandy Rice). Al Rawsha ni sangat popular lah di KL ni. Letak nya di sekitar bulatan kg pandan yang mana kalau tak salah aku... dulu2 area tu adalah lot2 banglo lama. Masa kami sampai, sudah ada agak ramai orang disana sedang menikmati makanan masing2... 

Meja kami betul2 bersebelahan dengan kaunter manisan. Oleh itu, baru nak duduk semerbak harum manisan2 tu memang sangat memikat. Antaranya Baklava, Basbosa, Shoaybayet dan macam2 lagi. Jangan tanya aku apa benda tu.. aku syak semua tu kueh-mueh yang manis2 belaka berdasarkan bau nya yang harum.

Menu aku - Lamb Mandy & Ice Lemon Tea

 image : atuk-phd.blogspot.com


Perghh.... dengan nasi mandi yang panjang berderai dan lamb yang sangat lembut.. mana boleh tahan!

Ini pertama kali aku try something called Mandy. Bukan aku tak pernah makan nasi arab di tempat lain... tapi, nama nya bukan lah Mandy. Contohnya kat Saba' aku selalu pesan Lamb Hanith atau Chicken Grill with rice. So, this is considered new territory for me although my guts feeling was saying that... "it should taste the same"... ala, nasi arab.. what else to expect, right ?

Ok, my verdict. The food is a little bit dry. The "sambal" (tomato + cili padi blended together) is a must have item kalau makan Mandy rice ini. Kalau tidak, memang sangat kesat lah nak masuk dalam tekak. Nasi memang lembut, begitu juga dengan Lamb nya... I wonder how did they do it. Teringin nak try kat rumah!

Agak malang bila aku dapat some part daging yang tebal (macam dada ayam punya stail daging) yang mana dagingnya tidak lah se-juicy atau se-tender kalau dibandingkan dengan daging2 di bahagian bertulang.

Overall, aku makan licin sepinggan dan siap makan kan separuh pinggan orang lain punya yang dalam proses diet (konon).

To be honest, kalau serah pada aku.. aku lebih prefer nasi arab @ Saba' Cyberjaya compared to Al-Rawsha Kg Pandan. But, it taste equally good.

Sekian.

20 Disember 2011

SONGLAP (MOVIE)

Akhirnya, berpeluang juga aku curi2 masa untuk menonton Songlap di pawagam.

image : songlapmovie.com


Aku ter-berkenan dengan cerita ni bila mana trailer nya di mainkan masa aku gi menonton filem Gangster di pawagam. Nampak macam sangat menarik, tambahan pula ada hero malaya Shaheizy Sam untuk watak utama. Tentu lah lebih teruja..

Ok. Macam biasa aku beli online.. senang, tak yah nak beratur. Kalau lambat pun masih boleh masuk lagi sebab tiket tu sebenarnya sudah dibayar. Gi tengok sorang2 sebab curi2 masa. Sampai dah lambat, tercungap2 memanjat tangga escalator klcc untuk sampai ke tgv. 

Bila masuk dan duduk, aku dah ready untuk menonton. Tapi, agak suram sikit suasana nya sebab tak sampai pun 30 orang dalam pawagan. Pendek kata, kalau susun semua orang.. tak sampai pun 2 baris penuh! Takpe, lantak lah..


Sinopsis Songlap :

Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.
Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.
AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. selanjutnya

Basically, ini adalah satu cerita yang heavy drama. Memang heavy dan sangat memberatkan kepala. Memang different from filem2 lakonan Shaheizy Sam yang terdahulu. Ada lah gelak sikit2... tapi, tak lah gelak pecah perut. Dan, dengan crowd yang tak seberapa.. aku gelak pun kena lah control macho. Kang over2, marah pula orang lain yang tak faham apa pasal aku gelak.

To be honest, cerita ini sangat2 berlainan daripada apa yang aku expect bila menonton trailer nya satu masa dulu... lain sangat2. Mungkin sebab aku expect something in the line of filem Gangster macam yang Samsul arah kan itu. Tobat, memang lain.

The whole time memang macam tense je menonton.. sangat stress! Sebab ini heavy drama! Dah macam menonton Shawshank Redemption pulak aku rasa.

Anyway, aku puji lakonan pelakon2 dalam filem ini. Lagipun, diorang tu semua memang hebat2 belaka.. macam Shaheizy Sam, Syafie Naswip, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi. Dalam cerita ni, Fauzi Nawawi main watak yang kecil tapi ada sense of humour, itu yang mahal tu.. susah nak jumpa watak humour Fauzi Nawawi dalam cerita2 lain...

Dari segi penceritaan pula memang sarat dengan isu2 berat macam... pemerdagangan orang, pelacuran, sumbang mahram, jual bayi.. dadah, judi... macam2 lah..

Tapi, seriously aku benci betul nengok modus operandi yang digunakan oleh syndicate2 dalam filem ini untuk memerangkap gadis2 terlanjur untuk aktivity jual bayi. Buat2 baik dan konon2nya caring kepada masalah remaja2 bermasalah ketelanjuran dan cuba membantu mereka. Padahal ada muslihat jahat disebaliknya. Bukan setakat bayi diorang jual (lepas lahir), dengan ibu2nya sekali jadi bahan dagangan! Siap ada klinik (dan, doktor) yang berpakat dengan syndicate2 ini untuk tujuan tersebut. Memang licik!

Kesimpulannya, kalau minat dengan heavy drama dan mahu menonton lakonan hebat... ini memang boleh layan. Tapi, kalau nak fun2 gelak2 dan enjoy your watching.. you may want to opt for other movie.

Sekian 

12 Disember 2011

McD NAIKKAN HARGA SET SARAPAN!

This entry is written without prejudice.

Aku dah kata, aku dah kata... sila baca entry terdahulu disini

Sistem SENang kira yang diperkenalkan kerajaan sudah mula di manipulasi oleh McD semula untuk mengaut keuntungan tersembunyi daripada pelanggan2 mereka (sila baca entry terdahulu dalam link diatas untuk faham sebab disitu ada sedikit kira2 math yang berkaitan).

Tadi pagi, aku tergerak hati nak mentekedarah Sausage McMuffin with Egg di McD. Lepas turun keretapi, aku terus ke McD untuk gi beli. Macam biasa, aku hanya akan sebut "W1, take away". Bila cashier tanya air, "Coffee".

Bila tiba masa nak bayar, aku terperasan yang amount tertera ialah RM4.98, berbeza 21 sen daripada harga biasa yang tertera iaitu RN4.77.

Apa maksud nya ? Ya! maksudnya ialah... harga set tersebut sudah dinaikkan sebanyak 20 sen daripada harga 2 minggu lepas. Aku tak pasti samada McD ada buat pengumumman dimana2. Dengan harga RM4.98 (termasuk cukai 6% kerajaan) dicampur dengan sistem SENang kira.. maka, harga tersebut dibundarkan menjadi RM5.00!

Kenapa dinaikkan 20 sen ? Aku suspect supaya sistem SENang kira menyebelahi mereka. Contoh kiraan seperti dibawah :

Harga = RM4.60
6% cukai = 0.276 sen
Harga Total = RM4.876

Dengan harga RM4.876.. mungkin agak sukar untuk dibundarkan menjadi RM4.88 supaya sistem SENang kira menyebelahi mereka. Mungkin kalau dibundarkan ianya hanya akan menjadi RM4.87, dimana bila digunakan sistem SENang kira... maka jadilah ia RM4.85. McD 'terpaksa' menderma 2 sen!

Apabila harga dinaikkan ke RM4.70, matematiknya :
Harga = RM4.70
6% cukai = 0.282 sen
Harga Total = RM4.982

Maka, dibundarkan menjadi RM4.98. Diapplykan sistem SENang kira, maka jadilah ia RM5.00! dimana pelanggan 'menderma' 2 sen kepada McD. 

2 sen kali 1 juta hidangan sarapan sausage McMuffin = RM20k per day! perghhhhh.... 




Begitu lah alkisah apa yang aku nak ngomelkan petang ini.

Sekian.

01 Disember 2011

PUDING KARAMEL BY MISTERCHEF

Entah apa gila aku hari tu tiba2 nak try buat Puding Caramel.. emmm..

Resepinya aku cilok di internet (TQx1000).

Ok, tak yah cakap banyak... dibawah ini lah hasilnya (jangan terpedaya dengan teknik gambar ye)


So, whats your verdict. Sila bagi markah 1-10 (10 being the best). Haha!

Oh ye, ini penilaian Puan Chef & Masterchef jr kat rumah..

Masterchef jr : 
Uwekk.. tak sedap! (terus takmo makan lagi...)

Puan Chef :
1) Terlalu manis
2) Ok lah, ada rupa
3) Tak cukup 'pukul' bahan

Sekian

30 November 2011

WW : MUSIM






Cuti Sekolah = Musim Tunang, Kahwin & Sunat

25 November 2011

CHESS

Checkmate!

Perkataan paling mahal dalam permainan chess.


 image : google

Aku minat game ini sebab ianya game taktikal. Tapi, malangnya agak sukar untuk mencari kawan2 yang minat bermain chess untuk jadi partner dalam permainan tersebut.

Aku bukanlah hebat sangat dalam permainan chess ini. Tak pernah ada formal training pun. Aku cuma belajar daripada kawan2 dan pengalaman bermain dengan mereka. Kalau aku rajin, aku akan selak surat khabar yang ada teka step chess to checkmate dalam pergerakan ter-ringkas macam ala2 teka silang kata.

Tak banyak pergerakkan yang aku tahu... tapi, the basic tactical move tu adalah macam move2 "4-steps", "King Indian Defense" & "Queen Gambit". Selebihnya, aku hanya follow guts feeling sahaja.. ikut sedap hati bila nak buat movement.

Selain daripada permainan chess cara biasa, ada beberapa jenis permainan chess yang aku pernah main sekadar suka2 sahaja. Belum tergamak nak masuk tournament sebab memang cetek ilmu di dada. 

Speed Chess

Ini main chess cara laju one-to-one. Setiap pergerakkan kena buat dengan cepat within one or two seconds. Tak ada masa nak fikir2 sebab namanya pun dah speed chess. Tentulah semuanya kena pantas. 

Basically, speed chess ni menguji kecekapan dan kecepatan berfikir dalam membuat move.Di samping itu, mata pun kena cekap juga memerhatikan setiap pergerakan dan positional buah2 chess kita dan pihak musuh. Sebabnya kalau terleka, tentu akan membawa padah.

Personally, aku tak berapa gemar sangat speed chess ini sebab tak sempat nak fikir. Dan, permainan ini akan cepat bosan sebab cepat sangat habis. Pergerakkan pantas permainan speed chess ini sudah tentu akan membuatkan permainan cepat habis. Tapi, baik untuk adrenaline rush. 

Double Chess

Ini main chess secara berpasangan, two-against-two. Setiap pasangan akan menggunakan buah chess berlainan warna. Contoh : Ali dan Abu geng. Ali akan guna buah chess putih, makala Abu akan guna buah chess hitam. Kaedah permainannya ialah setiap buah chess yang di "makan" oleh Ali, akan di serahkan kepada Abu untuk digunakan di atas papar chess beliau (dimana2 petak sekalipun. Kecuali bidak@pawn tidak boleh diletakkan di petak paling bawah dan paling atas). Begitu jugalah sebaliknya kalau Abu me"makan" buah chess pihak lawan.

Permainan double chess ini menguji tahap kerjasama di samping kepantas bertindak dalam mengatur gerak dan strategi. Lazim yang terjadi, salah satu pasangan akan menggunakan teknik speed chess. Setiap buah chess yang di"makan" akan segera diberikan kepada pasangan beliau untuk menyerang pasukan lawan.

Aku suka game ini sebab ianya fun dan menguji kecepatan berfikir dan kerjasama berpasukan. Pemain tak boleh focus semata2 kepada papan chess beliau sahaja sebab beliau sebenarnya kena membantu pasangannya juga untuk menyerang atau bertahan dengan memberikan bantuan buah chess yang di"makan".

It's fun, and of course every player get really excited!

Normal Chess

Ini permainan chess yang biasa dan digunakan oleh semua lapisan pemain samada amatur mahupun professional. Normally, ianya dimainkan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. Bila pergerakkan sudah dibuat, pemain akan menekan jam beliau untuk memberhentikan nya dan jam pihak lawan pula akan bergerak. Begitulah sehingga tamat permainan. 

Siapa kena checkmate atau kehabisan masa, akan kalah.

To be honest, bila main chess aku memang tak suka guna jam masa tu. Sebab terasa sangat pressure. Tapi, kalau tak ada jam masa... lama sangat pula lah berfikir untuk buat move.

Sungguhpun aku minat dengan permianan chess ini, namun satu kelemahan ketara aku ialah... tidak suka berfikir panjang dan lama. Pemain chess yang baik ialah pemain yang dapat memikirkan 10 pergerakkan kehadapan di samping mengagak pergerakan yang bakal di lakukan oleh pihak musuh. In normal circumstances, aku paling maksima hanya fikir 3 steps ahead sahaja. Itu pun dah pening lalat aku dibuatnya!

Sebenarnya, dah lama aku tak sentuh chess. Antara sebab paling ketara ialah cik puan kpp tak reti nak main dan faktor sukar nak cari kawan untuk main. Tapi, baru2 ini aku telah ter-download satu chess game dalam handphone aku. And, the burning desire now in flame again!

Aku baru try level "Beginner". So far, ada lah beberapa kali aku menang... 3 kali to be exact. It is a good fun and time to polish my skill semula (yang tidak lah sehebat mana pun). Beberapa kali juga lah hampir2 terlepas stesen keretapi yang aku patut turun di sebabkan dok leka  dan fokus melampau pada game tersebut.

Legend yang aku tahu dahulu adalah Grandmaster Kasparov & Grandmaster Karpov. Both of them are equally good. But, Kasparov won a bit more over Karpov over the years. Sekarang aku tak tau siapa Grandmaster terhebat.. sebab lama tak follow.

Dalam cerita2 orang putih kadang2 ada diorang tunjuk a group of people playing chess di open space... I wonder if there is such place somewhere nearby...
Teringin nak try tournament (yang kecil2 la..) tapi, skill nak kena polish dulu, kot? 

24 November 2011

CUTI HALF DAY... NKO ADA ?

Alkisah, pagi2 semalam Nurin hana punya suhu bukan main lagi panas. Actually, sudah tiga empat malam keadaan nya begitu. Bila tengah2 malam je suhu badan akan naik sangat panas yang kemudian nya kembali reda bila dah menjelang subuh. Entah apahal, aku pun tak pasti.

Pagi2 bila aku celik mata, cik puan kpp baik punya masih menarik selimut... aii.. minah ni tak kerja ke ? Selalunya cik puan kpp pagi2 sebelum subuh dah bangun. Maklum la, nak bersolek tentu makan masa.. ye tak ?

Aku : "Yang, tak kerja ke ? Dah kol berapa dah ni?"
cik puan : "Cuti"
Aku : "Apsal ?"
cik puan : "Badan Nurin hana kan panas tu. Kalau tak ok juga, petang karang bawa gi jumpa doktor"

nota : maksud "jumpa doktor" = jumpa doktor pakar. doktor panel dah pergi dah

Rupa2nya, cik puan kpp "ponteng" dengan alasan anak demam. Bila sebut "gi jumpa doktor", harus lah aku yang kena bawa nanti. Alang2... aku pun "ponteng" sekali. Tapi, "ponteng" berhemah lah.. ambil cuti "Half day".

Dah bertahun2 aku kerja, inilah pertama kali kampeni yang aku kerja offer staff untuk mohon cuti "half day" secara official di dalam system. Tak caya, nengok gambar dibawah :


Ini screen shot original daripada system cuti kampeni tempat aku mencurahkan bakti ini.

Aku terus masuk dalam sistem yang boleh di akses online.. dan, apply cuti "Half Day Leave (morning)". Yang best nya pasal cuti "Hal day" ini ialah.. ia tidak pula jadi cuti "Emergency" yang membawa maksud sedikit negative itu. Sebaliknya, dalam sistem seolah2 cuti2 yang biasa saja walaupun hakikatnya permohonan dan cuti adalah pada waktu yang sama. 

Dan, bila aku dah ambil cuti "Half day", tentu lah baki cuti aku akan jadi... 


Ok, next week boleh ambil separuh lagi...

Sekian.

22 November 2011

AKIBAT LUPA TUTUP LAMPU...

Ye, bateri kereta merah aku 'kong'!

Alkisah, weekend lepas kami sekeluarga ke Melaka untuk jemputan majlis kahwin merangkap cuti2 1Malaysia. Cuaca sekarang pula asal  petang je hujan... asal petang je hujan. So, aku syak lepas ambil Nurin hana kat school tempohari.. pintu sebelah penumpang tidak di tutup rapat. Lampu kabin (yang kat atas bumbung tu) memang aku set kan untuk menyala kalau ada pintu yang tidak di tutup rapat. Namun, nak di jadikan cerita... mungkin aku tak perasan yang lampu tu terpasang masa parking kat rumah.

Bila sabtu kami ke Melaka... maka, dua hari lah lampu tu terpasang!

Hari isnin (semalam) memang aku purposedly minta cuti sebab konon2nya nak rehat. Kebetulan pula cuti aku masih berbaki 12 hari lagi... ala2 nak mengurangkan carry-forward lah ni. Macam2 yang aku plan nak buat semalam. Ke sana, ke sini... beli itu, beli ini.. macam2 lah.

Dalam jam 11am, aku kononnya nak gi kedai... ambil kunci kereta dan cuba starts enjin. Haram! langsung takde bunyi apa2. Arghh.. mesti bateri. Memang totally put sebab tak ada satu lampu pun yang menyala termasuk lah jam digital yang kat depan tu. Kaput!

Dengan perasaan kecewa, aku pun masuk balik ke rumah dan mengadu kat cik puan kpp.. huhuhu!

Malam tadi, baru aku perasan pasal kes pintu tak tutup rapat tu. So, aku memang syak yang bateri kong sebab lampu kabin terpasang 2 hari 2 malam tanpa henti.. tension!!

16 November 2011

FAMILY DAY 2011... WITHOUT CIK PUAN

Last sunday ofis aku buat family day di Impian Resort, Sg Semungkis Hulu Langat. So, layan gambar aje lah ye...

 Main course = BBQ (Lamb, Ayam, Udang & Sotong)

Sukaneka = Tiup belon paling besar

Sukaneka = Belon kasih berpasangan (baling dan sambut)


Sukaneka = Masuk air dalam botol

Sukaneka = Minum coke, makan pisang


Sukaneka = Musical chair

Nurin hana @ Pulau batu

Gambar beramai2... All the "ofis family"

 Seronok!

10 November 2011

DOUBLE ZINGER @ KFC

Nyam! Nyam!

Tengahari semalam bukan main lagi Azli mentekedarah double zinger burger yang baru di KFC tu. Aku pulak dok menahan air liur sebab konon2nya berdiet.. ehem! ehem!

Bila balik sebelah petangnya, aku dah atur strategi. First, aku hantar sms ajak cik puan kpp untuk gi shopping sikit barang2 dapur merangkap bershopping barang2 untuk family day ofis aku hari ahad ni. Bila sampai rumah je, aku terus buka cerita..

Aku : "Karang kita makan KFC nak ? Terliur pula tengok Azli dok makan double zinger burger tengahari tadi"

Cik puan : "Suka hati la.." <-- maksud tersembunyi nya ialah "asalkan you belanja, ok je.. "
Sebaik sampai, terus ke KFC... lapar sih! 

image : facebook kfc

2 x Double Zinger burger, 1 set X-meal untuk Nurin hana yang sibuk benar nak burger dan ayam. 

Perghhhh!! saiz nya memang marvellous. tengok gambar pun dah terliur... cuma, sayang nya keadaan sebenar tidak lah secantik dalam gambar. Macam gambar yang aku snap kat bawah ni... 



Sungguhpun begitu, tetap mengiurkan!

Cik puan kpp makan dulu. Aku pula sibuk nak snap masuk dalam facebook tapi connection slow melampau. Last2 aku just snap gambar yang seperti di atas je la. 

Isi dalam nya ialah 2 keping daging zinger dan satu slice nenas. Cik puan kpp yang tengah syok mentekedarah sampai tak perasan ada nenas dalam tu. Untuk makluman, cik puan kpp self-impose-allergy pada nenas sebab beliau claim... kalau makan, bibir jadi macam anjelina jolie.. ok what ? :-)

Aku dengan kusyuk menghabiskan portion aku. Cik puan kpp pula masih terkulat2 nak habis kan... aku syak mesti sebab kes nenas tadi. By the way, portion satu Double Zinger burger tu memang banyak. Sudah nya, aku lah yang kena jadi DBKL untuk cik puan kpp... menghabiskan suku bahagian yang masih tak habis. Tak baik membazir. Ngap!

Bila dah makan banyak sangat, aku mula terasa geli geleman macam nak muntah. Mungkin sebab terasa mual dan muak makan terlalu banyak. Mujur tak terbelahak kat situ juga.

Kesimpulannya, double zinger burger memang super duper big in size and super duper kenyang... terutama bila aku kena jadi DBKL untuk menyelesaikan portion cik puan kpp. Burp! Excuse me!

Try it if you dare...

09 November 2011

RUMAH BARU, SMILE, SERI-SERI-SERI, TUTTI FRUTTI RAYA HAJI, JERANTUT & WJX YANG MARAH

Salam.

Panjang betul himpunan tajuk entry aku kali ni. Lama betul tak menaip semnjak berpindah ke rumah baru.

RUMAH BARU


Alkisah, kami sudah berpindah ke rumah baru... yey! Seronok dapat duduk rumah yang sedikit besar dengan design yang sedikit lebih baik berbanding dengan rumah yang lama. Dan, rumah baru ini ada halaman yang sangat luas - sebagaimana yang aku idam2kan. Yey!

Sudah kurang lebih 7 tahun kami menetap di rumah yang lama tu. Mula2 masuk dulu masa 'taman' tersebut baru dibuka. Rumah pun masih belum dipasang grill. Tapi, sekarang dah macam2 ada dalam kawasan 'taman' tersebut. Sedih juga nak tinggalkan kawasan tersebut sebab sudah agak selesa dengan persekitaran dan apatah lagi aku adalah Timbalan Pengerusi KRT kawasan.. ehem, ehem!

Tapi, rumah baru lebih baik... dan lebih baik lah kami pindah.

Proses pindah rumah memang memenatkan. Mujur juga kami dah gagahkan bawa sikit2 barang2 yang boleh di angkut dengan kereta. Tinggal barang2 yang besar sahaja untuk diangkut dengan lori. Walaupun macam tu, 3 trip juga lah nak settle semuanya. Memang letih. Mujur kaum kerabat ramai yang datang membantu. Thanks All!

Semua dijamu dengan mee kari cik puan kpp yang best dan mendapat pujian itu... ehem, ehem!

Kini dah masuk minggu kedua berpindah secara rasmi. Kunci rumah lama pun sudah di serahkan. Namun, barang2 kesan pindah tempohari masih lagi bersepah2 dan belum habis di punggah dan susun. huhu!

The most thing yang aku akan miss ialah... jiran kiri kanan yang sangat baik. Terutamanya Syahmi-Ana. Memang jiran yang terbaik lah!


SMILE

Smile ini bukan senyum ye... ianya singkatan kepada nama kursus (ofis hantar & wajib) yang aku attend - seminggu di Semua house. So, the whole of last week memang kerja aku berulang alik ke Semua house je. 

Kursus ini actually ialah salah satu 'Certification course' yang mana at the end of each segment akan ada test. All in all ada 3 phases semuanya. Yang aku attend ni adalah phase 1.

Kursus nya boleh tahan la...being handle with some activities and a bit of fun. But, when come the time for the test.. emmm.. agak tense juga sebab test nya bukan open book.  But, the trainer sometime give us tips and purposesly leave the room during the test session. Sure depa tau yang kami tka sabar2 nak meniru dan open book!

The best part pergi training ialah... kita boleh ignore other thing that happened at the office.. hehe! Awal2 lagi aku dah assign one of the staff to be the team leader. So, apa2 hal they will refer to him lah... smart eh ?


SERI-SERI-SERI

Sudah tiga weekend jiwa aku terbakar sebab Liverpool asyik2 seri je. Those game sepatutnya boleh menang sebab The Reds yang menguasai permain. First game with ManU. Lawan tempat endiri. Control game gila2... tapi, last 10 minutes lacked of concentration membuatkan Liverpool hanya seri dengan musuh ketat nya ManU. Baru ingat nak berlagak dan 'membakar' peminat2 ManU di facebook... hampeh!

The next week lawan dengan Norwich pun seri - frustrating 1-1 draw. Liverpool control most part of the game but the Canaries got their luck when a mixed up and confusion in front of Liverpool's goal granted them their goal. Too bad.

The other game was last saturday, bila Liverpool seri dengan Swansea - frustrating goaless draw. terkebil2 mata aku dok menahan mengantuk malam2 raya haji tu sebab nak nengok Liverpool menang. But, to my dissappointment... seri lagi di tempat sendiri pulak tu!

Next 2 games will be the toughest around.. away to Chelsea and at home to high flying Man City... fingers-cross.

TUTTI FRUTTI RAYA HAJI

  
Petang sebelum raya, sempat lagi gi 'makan' Tutti Fruity di Putrajaya. Baru buka outlet di situ. Sebabnya, Nurin hana yang dah lama 'mengidam' nak 'makan' Tutti Fruiti.. tapi disebabkan batuk yang masih belum baik maka nya terpaksa di tangguh2 sehinggalah petang sabtu yang lalu.

Tahun ini beraya di rumah 'cik Mori. Oleh itu, kami sekeluarga berangkat ke rumah 'cik Mori pada petang sabtu tersebut. 

Sampai di rumah 'cik Mori, nengok di dapur sedang sibuk memasak mee kari. Kata 'cik Mori, tahun ni malas nak masak2 rendang segala bagai... hanya ada mee kari, nasi impit dan kuah kacang sahaja. Oleh itu, my favourite asam pedas daging tetel... TAK ADA! huaaaa!!

Alasan 'cik Mori sebab Raya Haji tahun ini 'cik Mori join korban di Gombak (kawasan bisan beliau) dan semua kenalah pergi sana untuk makan. 

Tapi udahnya, aku tak pergi pun. Secara lazimnya, kalau pagi di rumah 'cik Mori... petang pula kami sekeluarga akan ke rumah 'cik Ro pula. Kena lah pergi dua2 side baru adil. Petang tu memang mengantuk gila dan ditambah pula dengan hujan sepoi2 bahasa... juga selepas melantak berpinggan2 mee kari, aku pakat tidur je kat rumah 'cik Ro. Entah apa benda yang 'cik Mori bubuh dalam kari beliau sampaikan semua orang mengantuk gila2 hari tu...

Dok sibuk melantak mee kari, kubur pun aku tak gi melawat hari tu... emmm..


JERANTUT

Isnin, raya kedua. Sepupu aku, Idan, bertunang dnegan orang Jengka 17. Asalnya majlis tersebut nak dibuat pada hari raya haji. Tapi, setelah puas aku dan Busu Hashim 'bersilat'... akhirnya, kedua2 pihak telah bersetuju untuk buat pada hari raya kedua yang kebetulan nya adalah cuti umum. Ada ke patut nak buat majlis bertunang masa hari raya haji ? emm...

Perjalanan ke Jengka 17 ambil masa lebih kurang 3 jam. Tapi, adat berkonvoi.. tunggu punya tunggu semua jadi lambat. Janji jam 12 tengahari.. alih2 lewat 30 minit sebab dok tunggu-menunggu punya hal.

Majlis bertunang nya serba ringkas. Kami serombongan sahaja dah dekat sepuluh buat kenderaan (kereta dan van). Mujur lah rumah ornag felda sekarang ni besar2 belaka... sumbat punya sumbat, penuh satu rumah. Hampir2 nak ke dapur!

Wakil kedua2 pihak berbicara dan menetapkan dan memperjelaskan janji2 yang telah di persetujui. Bila dengarkan jumlah hantaran nya, emm... lumayan - RM10 ribu ko.. Mujur sekarang ni orang dah tak pakai dah 'serba-satu' atau 'serba-tegak' lagi. Kalau idak, memang kes naya la. Bank Rakyat, boleh bantu ?

Selesai majlis aku sekeluarga meneuskan agenda kami ke Jerantut - rumah keluarga angkat cik puan kpp. Kurang lebih perjalanan mengambil masa dalam 1 jam - tanpa sesat.

Masa sampai tu, ramai juga yang ada kat rumah tersebut. Aku tak kena semua nya. yang aku pernah jumpa hanya mak, kak long dan abang long sahaja. Lebih2 tu, cik puan kpp lah layan...

lebih kurang lepas maghrib kami bertolak balik ke KL. Orang kata, sengaja nak mencari nahas dok pakat balik petang tu sebab it is expected yang jalan akan jammed sebab semua orang dok pakat berebut nak balik kerana esok nya kerja - untuk rekod, aku dan cik puan kpp dah mohon cuti awal2 dah untuk esok hari nya.


WJX YANG MARAH

As expected jammed bermula di sekitar Bentong menghala ke tol Gombak. Bila dari jauh aku dah nampak lampu merah berderetan.. memang sah, jammed!

Lazim bila jammed, barisan ke arah tol memang tidak jelas. Semua kereta berhimpit2 nak masuk - termasuklah aku. Mujur juga aku dah top up touch-n-go. Kalau nak harapkan lorong tunai, tentu lagi parah. Bila kenderaan bersesak2 macam itu, tentulah memerlukan skit menghimpit dan mencelah tahap dewa.

Selalunya, bila aku bawa kereta hitam.. aku akan mengalah supaya dapat mengelakkan kejadian kemek-cara-tak-sengaja dalam berhimpit2 tu. Tapi, masa tu perasaan ego jadi lain macam. Orang himpit, aku lagi himpit. Dua barisan nak jadi satu, tentu lah akan haru. Sepatutnya, bila dua barisan converge menjadi satu ke arah tol... sudah tentulah kenderaan akan masuk dengan kaedah berselang seli. Tapi, kereta WJX di sebelah aku tu nak tunjuk skill dia mencelah... dia follow rapat kereta kenari di depan. Aku apa lagi... "Oh, ok... nak tengok siapa punya skill lebih hebat ye..", aku tak bagi chance.. di maju, aku maju.. sampaikan hampir2 nak tergesel side mirror.

Aku tak nak mengalah... bila kereta depan bergerak, aku terus bergerak... WJX pun sama. Tapi, aku tahu aku akan menang sebab aku dah masuk lane utama. Manakala WJX pula, datang dari aranh sisi. Sama2 masih bersaing nak berebut kedepan. Dia maju, aku maju... dia maju, aku maju.. tak bagi chance. Aku senyum je, sebab aku tahu.. kalau dia maju lagi bersaing dengan aku, dia akan sangkut kat tembok tol!

Sudahnya, WJX terpaksa mengalah dengan skill aku yang lebih hebat. Maka, dapat lah aku bayar tol dulu.. hehe! bukan boleh laju pun, sebab selepas tol tu... jammed lagi teruk!

sebaik aku bayar dan maju, tiba2 ada sebuah kereta bergerak laju je pergi sebelah kerata aku... rupa2nya mamat WJX tadi. Mungkin nak tunjukkan gangster dia kot. Tapi, aku gelak dalam hati sebab aku tahu yang ego beliau betul2 tercalar tadi sebab kalah dengan aku di tol.. haha!

Dia pandang, aku buat bodoh je... lalalalala.. lalalalalala..

Malam tu, kami sampai rumah jam 12 tengah malam.. 

***

Ok, ini kiranya aku buat entry balas dendam sebab lama tak buat entry kat sini... lepas ni, entah bila lagi lah entry baru.. 

Sekian.

27 Oktober 2011

IF YOU REALLY WANT TO LEARN... DIY!

The best way to learn... and learn fast is thru DIY.

Haha! ye ye orr.. je aku nak menaip dalam English eh ? hehe! Ok...

***  

Lesson learned #1 :

Masa : 1996
Pelajaran : Memasak (apa2 lauk secara basic)

Masa aku nak sambung belajar suatu masa dahulu... berbuih2 mulut 'cik Mori suruh aku belajar memasak. Katanya, di tempat orang.. kalau memasak sendiri tentu lah lebih jimat. Apa yang aku jawab ? "Eleh.. senang je... panas kuali, tuang minyak, campak bawang, campak ayam.. kacau2.. siap la". 'cik Mori pakat jeling kat aku.. "Sukahati nko lah.. emak nasihatkan aje"

Tiba masanya aku berangkat, namun... skill memasak aku yang "hebat-secara-teori" tu sebenarnya.. tidak pernah di praktik kan lagi!

Di perantauan, kawan2 serumah pakat buat giliran memasak. Sampai giliran aku memang jenuh la aku "bertukang" sorang2 kat dapur tu.. kononnya nak masak "Kurma". Kletang, kletung, kletang, kletung sorang2. Bila tiba masa, aku pun hidang atas meja.

Taufik : "Nko masak apa ni Pala ?"
Aku : "Kurma"
Taufik : "Apsal cair sangat ?"
Aku : "Err... Kurma Sup"

Haha! Malu weh! Melekat nama resepi tu kat aku sepanjang aku dok serumah dengan kawan2 yang sama. 

Lesson learned #2 :

Masa : 1995
Pelajaran : Menunggang motosikal kapcai (gear-auto)

Pendedahan aku terhadap aktiviti menunggang motosikal adalah sangat terhad sebab aku asyik2 keluar- masuk asrama. Jadi, peluang untuk "belajar" naik motosikal adalah sangat tipis. Walaumacamanapun, bila aku tengok orang bawa, senang je... bukan susah mana pun. Naik, starts enjin guna kick-start, masuk gear, pulas minyak dan jalan.... untuk imbangan, skill naik basikal aku memang dah mahir - so no issue there.

Aku : "Ayah, pinjam motor kejap"
Ayah aku : "Nak pergi mana ?"
Aku : "Kedai" <-- alasan tipu, sebenarnya aku baru nak try belajar bawa motor
Ayah : "Nko tau bawa ke ?"
Aku : "Tahu" <-- tipu lagi, tak pernah bawa pun (itu first time)

Aku pun starts, masuk gear... nak jalan, enjin mati. Haha! Starts lagi, masuk gear dan boleh jalan. Memandangkan alasan aku tadi tipu semata2, aku sebenarnya pergi ke kawasan lorong tak banyak kereta dan belajar bawa motor kat situ dengan menggunakan gear satu!! all the way - macam nak terbakar ekzos motor tu!

Siap terbabas masuk kawasan rumah orang. Mujur tak masuk longkang je! Huhu!

Bertitik tolak daripada peristiwa itu, aku pergi register kelas memandu (motor) senyap2 tanpa pengetahuan family aku. Pergi belajar pun senyap2.... sanggup naik bas dua kali tukar nak ke tempat belajar memandu. Bila dah dapat lesen, baru lah aku bagitau...

Lesson learned #3 :

Masa : 1988
Pelajaran : Menjahit (guna mesin jahit)

Gedek, gedek, gedek... macam tu lah bunyi mesin jahit sedang bekerja. Rumah 'cik Yah ada sebuah mesin jahit lama jenama singer yang guna kaki untuk ayun mata mesin jahit tu. Bila tengok 'cik Yah atau 'cik Mori menjahit... punya lah senang! Letak kain, goyang2kan kaki pada pelantar, pastu mesin tu pun menjahit lah dengan "sendiri" nya. Senang je, kan ?

Tahun 80an ni zaman rock kapak. Kawan2 semua pakai seluar fit... aku seorang je yang masih lagi dengan seluar cutting besar/lebar - tak rock la! Nak hantar kedai untuk "alter", mana pula aku nak cekau kan duit. Alternative terbaik ialah... jahit sendiri. Nak jahit tangan ? Ya ampun! dah la kain jeans keras...

Berbekal kan semangat berkobar2 dan semangat waja... serta ilmu-teori mudah yang aku capture, aku gagahkan menggunakan mesin jahit 'cik Yah masa 'cik Yah tiada di rumah.

Perghhh! berpeluh2 aku menjahit dan sepuluh kali aku jahit, buka, jahit, buka...sebab tak betul serta senget benget! Itu tak termasuk jarum yang bengkok atau lebih kritikal.. patah. Memang agak sukar kalau kita tak tau apa yang kita buat. Itu belum masuk lagi kalau benang bawah habis... camne nak buat ?

Bila aku dah buat sendiri, then I know how hard it is when you only know the theory. Daripada sessi menjahit seluar jeans itu lah aku belajar dan.. I proud to say that now I know how to handle basic menjahit guna mesin. And, proud to say... semua langsir kat rumah,  aku lah tukang jahit nya!

Lesson learned #4 :

Masa : 2004
Pelajaran : Buka, pasang dan cari siaran Astro disc

Masa untuk pindah rumah. Bila aku telefon Astro, mereka nak charge RM100 untuk buka & pasang. RM100! $#@&! Padahal aku tengok cina tu pasang sebelum tu... bukan nya susah sangat - mencekik darah!

Aku decide untuk buka & pasang sendiri. 

Memandangkan itu first time aku menceburkan diri dalam kerja2 buka & pasang Astro disc... aku tak berani nak tanggalkan any screw yang related dengan cable.. especially the receiver. So, apa yang aku buat.. aku bawa disc & cable as is ke rumah yang baru.

Luckily, beberapa rumah lain (di rumah baru) sudah memasang Astro. Maka, dapatlah aku thau arah yang perlu di tujukan disc tersebut. Bila pasang dan ada bunyi toot, toot, toot dan dapat signal >64.. it should be good enough. The stronger, the better. Kalau setakat 64, hujan sikit.. confirmed terus hilang gambar!

Yang lebih penting, aku telah jimat RM100.. yey!

Bertitik tolak daripada pengalaman aku itu, aku sekarang sudah berjaya menjayakan pemasangan 2 kali lagi Astro disc.. yey!

***

Itu lah orang kata.. tak buat, tak tahu. Dah buat, baru tahu senang ke susah nya..

So guys, don't just lay down and pretending that you know how to do it.

You knows nothing until you DIY!!

Good luck!

14 Oktober 2011

BEREBUT TV

 
Kalau dulu2 aku dok berebut dengan cik puan kpp... la ni aku dah ada saingan yang baru iaitu  Nurin Hana.

Bila Nurin Hana dah besar dan pandai menonton tv juga menukar channel sendiri... aku jadi serba salah. Bila Nurin Hana balik daripada school sure beliau akan buka tv dan channel six-one-three. Dulu hanya six-one-three je yang Nurin Hana tahu... tapi, sekarang hasil didikan cik puan kpp... beliau dah tahu six-one-six, six-one-five dan six-one-one.

Secara lazim nya Nurin Hana akan sampai rumah dahulu daripada aku. Dan, bila aku sampai beliau biasa nya sedang menonton tv. Program waktu petang kira ok lah... nothing much yang aku nak tengok.

Yang menjadi issue ialah Nurin Hana akan mengadap channel2 kegemaran beliau tu sampai ke malam. Bila beliau dah mengadap tv, jangan harap lah aku nak dapat tukar channel. Biar lah merayu mcamana pun... umpan apa2 pun memang tak laku.

Waktu tidur cik puan kpp dah tetapkan pada jam 9:30 malam.. oleh itu, sehingga waktu itu lah aku kena sama2 terpaksa-rela melayan channel2 Nurin Hana juga.

Pernah satu ketika, dek kerana tak nak bagi aku tukar channel.. Nurin Hana akan sorok kan remote tv selepas beliau tukar channel kegemaran nya. Kadang2 tu dia dok pujuk aku "please.. please.. please.." sampai aku cair. Dan, ada juga alasan nya.. "Papa kan suka tengok cerita princess, kan ?"... bztt, bzztt, bzzttt...

Walaupun tv sebenar nya ada 2 (satu di tingkat bawah, satu di tingkat atas) dengan subscription yang hanpir2 sama... namun, tak sampai hati pula aku nak biarkan Nurin Hana tengok sorang2 kat bawah. 

Mungkinkah aku perlu pindahkan tv dan subscription nya sekalike bawah ? Huh? Dilema...

12 Oktober 2011

YEY!! SAYA DAPAT VACUUM PERCUMA!!

Mukadimah..

Sungguhpun aku sudah agak lama menggunakan kad kredit.. aku bukan lah pengguna yang sangat tegar. Sesekali aku guna lah... bila mana terasa nak berlagak macam orang ada-ada. Namun, sepanjang penglibatan aku dengan kad kredit tersebut.. tidak pernah pula terlintas di hati nurani aku ini untuk ambil kisah pasal treatpoints atau ganjaran mata yang di tawarkan hasil penggunaan kad kredit tersebut.

Kesedaran awal aku pasal kegunaan treatpoints atau mata ganjaran ini ialah bila mana aku pertama kali meng-cash-out ganjaran mata pada kad mesra petronas aku tu dengan pembelian minyak menggunakan mata kad mesra petronas. Sejak itu, aku berkira2 juga untuk menggambil kesempatan atas ganjaran mata yang diberikan oleh kad kredit...

Cerita suatu masa dahulu..

Aku bukan lah penguna tegar kad kredit, namun hasil daripada jumlah mata yang terkumpul membolehkan aku hampir2 menebus beberapa "hadiah treatpoints" yang praktikal dan menarik. Masa tu treatpoints aku sudah mencecah hampir 21000 - hanya memerlukan lagi 400 treatpoints untuk membolehkan aku menebus "hadiah treatpoints" sebuah beg galas komputer berjenama pierre cardin... jenama favourite aku.

Dalam hati, aku cukup yakin by next month aku dah ada treatpoints yang cukup untuk tebus "hadiah treatpoints" tersebut!

Ada juga hadiah2 lain macam wallet dan sterika yang treatpoints aku dah cukup untuk tebus... namun, dek kerana pierre cardin punya pasal... sanggup aku terus mengumpul mata lagi. Gigih aku menggunakan kredit kad aku sepanjang bulan tersebut untuk men-ninggi-kan kutipan treatpoints aku.

Cukup bulan, aku bersungguh2 nengok jumlah treatpoints aku dengan harapan ianya sudah cukup untuk menebus hadiah yang aku idam2kan. Tapi...

Agak malang, bila semua treatpoints aku tu sudah expired!! cuma yang tinggal ialah sejumlah lebih kurang 1000 treatpoints yang aku kumpul pada bulan tersebut sahaja! huaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Cerita bulan lepas..

Treatpoints aku sudah mencecah 30000.. sudah boleh tebus beg galas komputer berjenama pierre cardin tersebut. Namun, dasar orang yang sudah tamak.. aku up-kan target kepada benda lain --> DVD player "hotdeal" (maksudnya treatpoints + sedikit cash) atau Jam tangan.

Kebetulan pula, bank bermurah hati menggandakan treatpoints aku dengan tambahan 30000 treatpoints lagi. Wow! sebab sebenar kenapa bank tambah... aku pun tak pasti. Bila aku ragu2, aku tanya pada card centre dan mereka kata tiada apa2 problem. Maka, treatpoints aku sudah menjadi 60000! Best nya!

Cerita selingan..

Penyedut hampagas (vacuum cleaner) rumah kami meletup masa Choi membersihkan rumah. Oleh itu, kerja2 membersih menjadi lebih mencabar selepas itu (sebab tak boleh sedut habuk lagi).

Dah berbulan juga cik puan kpp dok sibuk2 suruh survey harga vacuum cleaner kat Carrefour. Memang aku dah pergi, tapi hanya setakat survey harga je la... nama nak membelinya.. belum sampai seru! haha!

Kerja tertangguh dari sehari ke sehari... sudah memakan berbulan. Setiap kali, cik puan kpp suruh aku pergi survey lagi... aku pergi.. tapi, tidak juga beli. Nak tunggu bonus tahun depan, kot?

Cerita semalam..

Bila cik puan kpp asyik2 dok tanya pasal vacuum cleaner, aku mula cari alternative lain. Teringat aku pada treatpoints aku yang sudah berjumlah 60000++. Aku buka website Maybank2u dan cari katalog berkenaan hadiah treatpoints. Cari punya cari... terjumpa dengan hadiah ini ...



Wah! ini sudah cukup menarik!

Jenama pula Electrolux.. yang memang terkenal dengan barang2 keperluan rumah. Atas nasihat Azli, aku call dulu participating outlet untuk make sure yang mereka memang ada stock baru. Outlet pertama aku call, kata ada yang display sahaja - Reject! Outlet kedua pula, takde jawapan (tak angkat call)

Outlet ketiga, ada! Yes! Mamat kedai tu kata boelh datang ambil bila2 masa. Terus aku sms cik puan kpp untuk ambil di sebelah malam nya (malam tadi lah..)

Cerita malam tadi lepas balik kerja...

Masuk waktu, terus sembahyang dan siap2 untuk ke outlet Senheng berkenaan. Kebetulan pula, memang aku pernah pergi outlet tersebut... so, takde lah sesat2 mencarinya. Dari luar kedai dah ada banner kata "Treatpoints Outlet" or something like that la...

Aku masuk dan terus bagitau amoi kat situ nak tebus hadiah guna treatpoints. Amoi tu masuk dalam sistem... keletap, keletup, keletap, keletup... dan terus bagi aku satu kotak stock baru.. Electrolux Vacuum Cleaner (ELE-Z1950).

Bila semua urusan selesai.. kami terus pergi makan dengan hati gembira terutamanya aku. Sebab dapat vacuum free! Yey!!


Electrolux Vacuum Cleaner (ELE-Z1950)

image : maybank2u

THANK YOU MAYBANKARD!!

Kalau aku tau macam tu punya senang nak tebus hadiah treatpoints, dari dulu lagi aku bersungguh2 menggunakan kad kredit tu... hohohoho (mood untuk menambahkan hutang!)

10 Oktober 2011

MELIBAS SEORANG DIRI

Ada satu hari last week, aku book-off natijah daripada sessi paksa rela ke workshop yang tidak best itu. Hari tersebut ialah rabu.. ok, confirm cerita dah basi.

So, memandangkan aku cuti sorang2... selepas selesai urusan pagi dengan cik puan kpp, aku terus ke destinasi dituju..

Panggung wayang GSC untuk menonton cerita LIBAS

***

image : google


LIBAS merupakan sebuah kisah perebutan bola raga pusaka dari zaman Kesultanan Melayu Melaka yang telah jatuh ke tangan negara jiran, Thailand. Raja Libas berusaha bagi mendapatkan semula bola raga pusaka dipertandingan “Libas" yang merupakan satu pertandingan/pertarungan sepak takraw yang diadakan secara unik dan bersifat brutal serta menggabungkan kepakaran seni mempertahankan diri dan skil sepak takraw itu sendiri.

Lantaran itu Raja Libas terpaksa mencari muka-muka baru untuk dilatih bagi menentang pasukan lawan dan seterusnya memastikan supaya maruah negara dapat ditebus semula. Pencarian Raja Libas membawa kepada penemuan Hamidi seorang pemuda bandar yang mempunyai skil menimbang bola dan Ku Mok seorang lelaki gemuk yang mempunyai tandukan tajam dan berbisa. Bagi melengkapkan 3 pemain, maka Megat telah menawarkan diri.

Dalam masa yang amat singkat Raja Libas terpaksa menurunkan segala ilmu tentang LIBAS kepada Hamidi dan Ku Mok yang masing-masing tidak tahu langsung bermain sepak takraw.
Menjelang perlawanan pelbagai kejadian menimpa pasukan negara didalam memastikan kemenangan. Pasukan negara terpaksa bermain dengan 2 pemain apabila salah seorang dari pemain mereka tersingkir. Pasukan negara jiran menggunakan teknik berbisa sehingga pasukan negara mengalami kecederaan parah sewaktu perlawanan akhir.

Disamping sedang menghadapi masalah tentang pertarungan sepak takraw, Raja Libas juga terpaksa memikirkan konflik percintaannya dengan Ratna. Apakah yang bakal terjadi kepada Raja Libas dan pemain-pemainnya? Bagaimanakah kesudahan konflik percintaan diantara Raja Libas dan Ratna? Saksikan semuanya di dalam "LIBAS"......

***


OK, masa aku sampai tu... memang tak ada orang. Nak tengok show terawal iaitu jam 12:15pm. Bila nak beli tiket, hati terasa berbelah bahagi... samada nak nengok LIBAS atau pun nak nengok JOHNNY ENGLISH yang ramai dok kata pecah perut kelakar tahap gaban. But, typically.. lawak "Mr Bean" aku mungkin dah boleh agak2 kelakarnya macamana... emmm.

Memandangkan dah lama aku tak nengok lakonan Rosyam Nor di layar perak, akhirnya aku pilih untuk tengok cerita LIBAS. Yes! menyokong industri filem tanah air..

Masa masuk panggung, memang orang nya sangat sedikit. Mungkin jari tangan dan kaki dah cukup untuk kira jumlah orang yang menonton. Tak kisah lah...

Konsep ceritanya agak menarik dengan sedikit unsur lawak jenaka yang di terajui oleh Johan Raja Lawak dan Kumok. Seriously memang kelakar ! Namun, disebabkan panggung yang tak berapa kerat orang itu.. memang agak sukar lah nak gelak terbahak2... sekali sekala aku bantai gelak juga demi melepas geram. Tapi, memang tak ada sambutan pun...

Pendapat aku :

1) Konsep cerita menarik, tapi kurang unsur2 dramatik yang boleh membuatkan ornag melekat kat kerusi. Beberapa scene macam terpotong tak kena waktu... baru nak feel the moment dah di tukar ke scene yang lain.

2) Cerita ala2 Shaolin soccer dengan effect2 cgi yang sepatutnya boleh lebih baik. Contohnya macam libasan2 berbisa dan juga servis kuda yang deras. Agak pelik bila orang Iraq dan ornag Amerika macam sepesen je warna kulit dan iras2 muka nya.

3) Unsur2 loving couple antara Rosyam dan Scha macam tak ada connection la... tak sampai kot feeling2 nya... 

4) Aku puji watak Johan & Kumok yang majoritynya menanpilkan sisi lawak dalam filem ini. Memang menjadi. Namun, scene tersebut haya di tengah2 dan tidak bersambung lagi selepas ini. So, kalau menonoton dan nak gelak..kena gelak puas2 masa di pertengahan cerita... bila mereka dah starts tournament.. tak berapa lawak dah

5) Aku kurang faham dengan watak lembut2 mak nyah pemain takraw apit kiri Thailand tu... ntah apa motif nya dan lawak2nya macam tak kena dan tak menjadi.

6) Watak Rosyam memang serius dalam cerita ni. Dah ala2 mentor la...

Overall, aku rate as 6/10. Banyak improvement yang boleh dibuat untuk memantapkan lagi cerita ini. By the way, kalau pengarah ambil perhatian kepada details dan expand watak serta camera angle shot... mungkin lebih menarik.

Sekian.

07 Oktober 2011

CERITA WORKSHOP DI PD (YANG SUDAH BASI)

Weekend lepas bermula Jumaat pagi sampai ke Isnin petang aku terperangkap dalam workshop untuk process flow di Selesa Beach Resort PD.

Tujuan utama workshop tersebut ialah untuk produce documented process for new product on offering. Sebenarnya product2 itu sudah pun di pasaran cuma process nya tidak di documented kan properly. As of the day, the process being used is the caca marba one dependent on the anyone's interpretation.

Sadly, the my part was a bit-part one - sangat sedikit that it does not warrant me to be there. Anyhow, orang dah jemput.. aku attend saja la and try to contribute as much as possible but top be honest half-heartedly. Come on la... workshop over the weekend starts from Friday until Monday!

Worst still, agenda yang di sediakan were all about work, work, work! not a single session in the whole 4 days there be any off-work activity being planned. Given that our session was 150++ km away from the office and resided at a resort with a saujana mata memandang beach plus a huge pool in front of the hotel... it is a "sin" not to have a riadah kind of activity!

Believed it or not, the whole 4 days... aku tak keluar langsung daripada compound hotel tersebut dan not even touch the pool nor the beach. Shoooot!! Memang tension!

Ditambah pula, non of the colleague yang attend that day that I know well and had limited access to their conversation apart from things related to the workshop-process flow. Sad.

Dengan half-hearted and determined not to really get involved in the workshop that was not really related to my jurisdiction... session tu pada aku memang sangat bosan dan masa2 aku banyak di penuhi dengan aktiviti makan, makan, makan! Thankgod,  the kueh were delicious!!

Since aku dah mumble macam2 pasal workshop ini and the "boring-ness" of it... aku cerita sikit perjalanan nya. On Friday morning, the day we come and register for the workshop... straightaway starts with the workshop. Ok, fine... masih fresh lagi.. ok la to proceed. The session starts with briefing of what is expected out of the workshop dan juga briefing on the current process. At that time pun dah banyak sangat soalan yang more towards perlaksaanan rather that the process itself. That took half a day!

Petang starts the first draft --> this is the easy part. Baru terhegeh2 buat dah nak ada challenge session pula sebelah malam nya. Process yang baru half-cooked dah nak kena challenge ?!

During challenge session macam2 idea yang  ntahapehapetah keluar dan sometimes it become so intense that make the session less enjoyable dan pening kepala. As the challenge is to many, only 2 presenter out of 8 able to show their fisrt draft -- 11pm all back to our respective room. Ready for tomorow's morning challenge pula. The activity repeated on and on... and sometimes to the point that arguing had lead to more confusion on the process and it become more complicated.

That was saturday. Malam nya, ada bolasepak derby Liverpool vs Everton -- the fiercest rivalry in Merseyside! Thankgod, there was a live telecast on ESPN dan made available dalam tv channel. 

Ahad, challenge session again by the bosses. Malas nak described some more. More or less the same as described above.

Monday, challenge session lagi. This is the final one. All the big guns (bosses) came in to challenge the processes established. Memang tension. Most of us just sit there without taking part in the conversation. I believed it is a total waste of time and energy listening to all the argument.

Arghh.. memang tension bila kerja di luar pejabat, tapi tak dapat enjoy the facilities provided. Work! work! and more work!

Tension!!

28 September 2011

FIRST TIMER ASTRO FIRST

Last Saturday aku buat makan2 di rumah untuk family sempena Aidilfitri yang dah sampai penghujung. Kalau aku tak buat macam gitu, jawabnya memang tak ada lah orang yang datang beraya ke rumah aku yang "terpencil" daripada family2 yang lain tu semua.

Faham2 saja lah bila chef (cik puan kpp) dan pembantu chef (aku lah tu) bekerja berdua2an sahaja di dapur... dan, makanan yang nak dimasak pulak pelbagai jenis, memang lah tidak menang tangan dibuat nya. 

Janji mula jamuan pada jam 7 petang. Siap dalam sms aku sebut supaya jangan datang awal, takut nanti makanan belum siap. Tapi, hakikatnya... memang tak siap juga. Around 8:30 malam baru semua juadah betul2 complete. Menu kami hari itu ialah... Nasi butter, Ayam Rendang, Udang sambal, Sayur campur, nasi impit, kuah kacang (beli), tauhu sumbat, spegetthi, tempe goreng, Nugget tempura, Air punch buah2an dan baki kueh2 raya. Memang meriah, dan yang lebih penting memang penat dan lenguh berdiri.. huhu!

Ok, actually aku nak tulis pasal Astro first yang first time aku "beli" tempohari.

Mudah je rupa2nya. SMS dan 5 minit kemudian dah boleh tengok cerita sampai muntah. Every 2 hours cerita akan repeat semula di channel yang sama. Mungkin lebih menjimatkan. Ditambah pula ramai ahli keluarga yang datang ke rumah aku malam tu... so, sekali harung lah depa pakat menonton sama.

Simple matematik, kalau aku sekeluarga ke panggung wayang... Aku, cik puan kpp & Nurin hana... tiket wayang nya je dah RM25 (Nurin hana half price). Campur lagi dengan pop corn, air dan segala bagai... easily jadi RM40 - 50 per sessi menonton. 

Tapi, dengan Astro first... walaupun skrin nya hanya lah 42" saiznya... kosnya baru RM15. Boleh makan dan minum sesuka hati buat sendiri dalam keselesaan rumah sendiri. Oh ye, viewing pulak for 48hours.

Aiyoo.. dah macam promo Astro first lah pulak entry bi!

Ceritanya : Hantu Bonceng 

image : google

Sinopsis :

Kisah dimulakan dengan adengan seorang mat rempit, Amran (Zizan Razak) yang menang pertarungan merempit dan menerima "habuan" seorang perempuan yang baru datang dari kampung, Maya (Juliana Evans). Sebaik sahaja Amran keluar simpang sambil di bonceng oleh Maya, motosikal beliau terlibat dengan kemalangan dilanggar oleh sebuah lori. Amran sempat melompat menyelamatkan dirinya dan membiarkan Maya diatas motor dilanggar lori.

Sejak daripada peristiwa itu, Amran sering diganggu oleh "hantu bonceng" Maya yang meminta bantuan beliau sepuya membantu menyempurnakan mayat beliau (dikuburkan) yang tidak di tuntut oleh sesiapa. Beberapa peristiwa seram dan lucu terjadi apabila "hantu bonceng" acapkali muncul dalam kehidupan Amran. Kawan Amran, Kunyit (Sallehuddin) pada mula nya tidak percaya dengan cerita2 Amran... namun, akhirnya membantu beliau setelah melihat sendiri kelibat "hantu bonceng" tersebut.

Kekasih Amran, Halimaton (Jue Aziz) yang bekerja sebagai jururawat juga membantu Amran untuk mengesan keluarga Maya dengan tujuan supaya mayat Maya dapat dituntut dan disempurnakan. Setelah di sempurnakan, "hantu bonceng" tidak mengganggu Amran lagi.

Cerita beralih pula kepada konflik percintaan diantara Amran, Halimaton dan Ayu - adik kembar Maya (Juliana Evas) dan masalah2 sosial seperti kelab malam, pergaulan bebas dan gangsterism.

Di akhir cerita, terbongkar lah kegiatan haram abang Halimaton, Dani (Azlan Kami) dan juga peranan jahat Ayu dalam memerangkap kakak kembarnya sendiri iaitu Maya untuk dijadikan habuan pertaruhan perlumbaan mat rempit.

Tamat.

Pandangan aku :

1) Cerita ini memang kelakar dan aku sangat kagum dengan watak yang dibawakan oleh Sallehuddin sebagai Kunyit. Memang kelakar habis dengan gaya poyo nya! No wonder boleh kutip sampai RM8 juta! Syabas Ahmad Idham!

2)  Unsur2 kelakar nya baik dan aku tak rasa bosan walaupun menonton berulang2 kali... 

3) Babak pergaduhan diantara Ayu & Halimaton ada sedikit kureng real. Nampak macam nor well choreograph dimana masing2 macam menanti2 apa nak di buat seterusnya. Dan, it is obvious (in the ending scene) yang penumbuk Halimaton memang tak kena pun. Possibly, angle kamera yang kurang baik.

4) Beberapa blog mempertikaikan perkataan "Apa celup" yang berulang kali digunakan dalam dialog filem tersebut kerana menyamakan nya dengan "wtf" atau yang se-maksud dengan nya. Tapi, personally aku tidak lah nampak isu disitu kerana perkataan itu tidak lah directly melambangkan the 4-letter-words meaning

5) Lakonan pelakon2 agak baik terutamanya Sallehuddin yang membawakan watak Kunyit. Aku tak pernah nampak mamat ni berlakon sebelum ini. Tapi, watak dan lakonan nya memang sempoi. Ketawa terbahak2 weh! Walaupun Zizan di potray kan sebagai pelakon utama... namun, pelawak utama pada aku dalam filem ini ialah Sallehuddin (watak Kunyit) - Tak hensem tapi, kelakar gila!

In the end, aku rasa sangat puas hati dengan cerita ini walaupun beberapa shot angle kamera dan scene2 tertentu macam di cedok daripada himpunan cerita2 yang lain seperti scene depan bilik mayat (Khurafat) dan scene gaduh dalam kelab (KL Gangster).

Highly recommended to those yang suka cerita2 komedi-tapi-seram-sikit2

Thumb up to Ahmad Idham! Finally, beliau dapat juga filem yang meletop yang dikeluarkan oleh syarikat nya sendiri! TAHNIAH!

27 September 2011

KISAH JUMAAT YANG LALU - RAYA MERDEKA

Jumaat, 23/09/2011

Raya! Raya! Raya! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ofis aku buat jamuan Merdeka Raya. Kali ini, setiap unit sudah diberikan tugasan untuk menyediakan jenis makanan dan minuman yang telah di agih2kan tugasan nya. Contoh macam unit aku di tugaskan untuk bahagian dessert. Tak kisah apa yang nak disediakan, janji berunsurkan dessert.

The catch ialah... setiap unit diminta membuat gerai dan ada pertandingan Best Gerai yang mana hadiah yang telah disediakan berupa hamper setinggi 1 meter (lebih kurang). Selain daripada Best Gerai, ada dua lagi kategori iaitu... Best Dress Man & Best Dress Woman.

Memandangkan sambutan Hari Raya... aku dah berkira2 untuk berbaju melayu lengkap dengan samping dan songkok segala bagai. Cadang di hati nak pakai yang kaler oren... tapi, last minit aku tukar ke warna coklat. Malu pulak lah rasanya nak berbaju melayu orang yang sangat striking itu!

Seminggu sebelum unit kami sudah berbincang tentang persiapan dan yang paling penting... tentang gerai. Alang2 masuk bertanding.. biar sampai grand!

Ketua gerai dilantik... iaitu Ju dan sehari sebelum kami sudah mula menghias gerai sebagai persiapan awal supaya tidak kelam kabut keesokkan harinya. Makanan pun sudah dibahagi2kan kepada person in charge masing2. Tinggal untuk di susun di atas meja untuk di perabihkan.

Antara dessert yang unit aku sediakan.. tembikai, pisang (cara presentation nya tu yang kelas!), thriffle, puding roti, kek batik, dodol, kerepek jawa, kueh mueh moden dan roti jala. Memang mengancam lah! Tengok aje gambar model2 dibawah ni...


Makanan main course (disediakan oleh gerai lain) termasuk lah... Nasi Dagang, Nasi Tomato, Lemak Wak Hassan, Rendang Kak Limah (sukahati je bagi nama) dan Satey. Manakala air pula... Sirap Bandung Soda & Teh Tarik... memang mengancam sih!
Semuanya sedap2 belaka..

Dipendekkan cerita, setelah masing kenyang makan macam2 makanan di semua gerai yang ada... tiba lah masa pengumumman untuk pemenang Best Gerai, Best Dress Man & Best Dress Woman.

Tanpa dakwa-dakwi, unit aku bolot semua hadiah! Dan, yang terbaik tentulah BEST GERAI! tak sia2 menghias dengan segala kreativiti bagai... dibantu oleh kehadiran lampu lip lap lip lap yang gerai lain tak ada... cayalah!

Perut dah kenyang, hati dah senang sebab dapat bolot semua hadiah... masanya untuk gambar kenang2an...


TERBAIIIKKK!!!