04 Januari 2011

CUKAI

Sedarkah anda cukai perkhidmatan telah dinaikkan kepada 6% berkuatkuasa 01/01/2011 ?

Ye, ianya telah di bentangkan oleh PM pada pembentangan budget 2011 pada tahun lalu. 

Eh, tiba2 aku nak jadi "pakar penasihat" ekonomi ni apa hal pulak ? Begini cerita nya..

Pagi tadi, macam biasa aku gi beli sarapan di McD - Chicken McMuffin with egg. Harga yang tertera untuk weekdays breakfast adalah RM4.50

Bila di campurkan dengan cukai perkhidmatan 5% (yang lama), harganya jadi RM4.73 yang mana bila dibundarkan mengikut sistem "SENang kira"  akan menjadi RM4.75

Selalu tu bila aku perhatikan pada mesin kira2 kaunter tu, memang akan tertera RM4.73 yang kemudian nya akan jadi RM4.75. Aku akan bayar RM5, jadi baki nya adalah RM0.25

Tapi, pagi tadi secara tak semena2 harga tertera di mesin kira2 kaunter tersebut adalah RM4.77 - lebih 4 sen daripada harga terdahulu. Aku ingatkan dah naik harga ke apa ke ? Rupa2nya, cukai perkhidmatan yang telah naik daripada 5% ke 6%

So, apa yang terjadi ialah.. total harga pembelian aku RM4.50 + RM0.27 = RM4.77

Apabila dibundarkan mengikut sistem SENang kira jadi lah ia RM4.75. Secara kasarnya, tiadalah perubahan daripada harga yang aku perlu bayar. Tapi, secara halusnya.. harga tersebut telah naik sebanyak 4 sen!

Kalau ikut kiraan dulu, dan sistem SENang kira, aku yang "menderma" 2 sen kepada McD

Tapi, sekarang.. McD yang "kira halal" pada aku  2 sen. Hehehe.. TQ McD.

Dan, aku percaya.. esok lusa pasti harga RM4.50 tu akan dinaikkan kepada RM4.60 supaya bila dikira dengan 6% cukai perkhidmatan dicampur dengan sistem SENang kira.. akan menyebabkan pelanggan "menderma" 2 sen kepada McD.

2 sen mungkin "tidak bermakna" kepada kebanyakkan kita, tapi untuk McD sangat2 bermakna. Cuba didarabkan dengan pembelian 100x atau 10000x atau 1 juta! You do the maths..

Kita tunggu tindakan McD yang seterusnya...

5 ulasan:

wahida berkata...

service caj ni bukan pada McD saja, all the fast foods,hotel2, astro dan mcm2 lg...buat rakyat derita...

Pala Maldini berkata...

wahida : jangan lah macam gitu.. duit cukai tu yang akan jadi jalanraya, sekolah dan hospital nanti.. :-)

Ieda Al-Habsyi berkata...

uhuhu! makin tinggi taraf idup, adoii..harap negara semakin maju selaras wawasan 2020,

Hanis Azla berkata...

naik lagi yer.. redha ajelah..

mastura rosni berkata...

untuk menjadi negara maju, mestilah bersedia untuk semua tu...