The best way to learn... and learn fast is thru DIY.
Haha! ye ye orr.. je aku nak menaip dalam English eh ? hehe! Ok...
***
Lesson learned #1 :
Masa : 1996
Pelajaran : Memasak (apa2 lauk secara basic)
Masa aku nak sambung belajar suatu masa dahulu... berbuih2 mulut 'cik Mori suruh aku belajar memasak. Katanya, di tempat orang.. kalau memasak sendiri tentu lah lebih jimat. Apa yang aku jawab ? "Eleh.. senang je... panas kuali, tuang minyak, campak bawang, campak ayam.. kacau2.. siap la". 'cik Mori pakat jeling kat aku.. "Sukahati nko lah.. emak nasihatkan aje"
Tiba masanya aku berangkat, namun... skill memasak aku yang "hebat-secara-teori" tu sebenarnya.. tidak pernah di praktik kan lagi!
Di perantauan, kawan2 serumah pakat buat giliran memasak. Sampai giliran aku memang jenuh la aku "bertukang" sorang2 kat dapur tu.. kononnya nak masak "Kurma". Kletang, kletung, kletang, kletung sorang2. Bila tiba masa, aku pun hidang atas meja.
Taufik : "Nko masak apa ni Pala ?"
Aku : "Kurma"
Taufik : "Apsal cair sangat ?"
Aku : "Err... Kurma Sup"
Haha! Malu weh! Melekat nama resepi tu kat aku sepanjang aku dok serumah dengan kawan2 yang sama.
Lesson learned #2 :
Masa : 1995
Pelajaran : Menunggang motosikal kapcai (gear-auto)
Pendedahan aku terhadap aktiviti menunggang motosikal adalah sangat terhad sebab aku asyik2 keluar- masuk asrama. Jadi, peluang untuk "belajar" naik motosikal adalah sangat tipis. Walaumacamanapun, bila aku tengok orang bawa, senang je... bukan susah mana pun. Naik, starts enjin guna kick-start, masuk gear, pulas minyak dan jalan.... untuk imbangan, skill naik basikal aku memang dah mahir - so no issue there.
Aku : "Ayah, pinjam motor kejap"
Ayah aku : "Nak pergi mana ?"
Aku : "Kedai" <-- alasan tipu, sebenarnya aku baru nak try belajar bawa motor
Ayah : "Nko tau bawa ke ?"
Aku : "Tahu" <-- tipu lagi, tak pernah bawa pun (itu first time)
Aku pun starts, masuk gear... nak jalan, enjin mati. Haha! Starts lagi, masuk gear dan boleh jalan. Memandangkan alasan aku tadi tipu semata2, aku sebenarnya pergi ke kawasan lorong tak banyak kereta dan belajar bawa motor kat situ dengan menggunakan gear satu!! all the way - macam nak terbakar ekzos motor tu!
Siap terbabas masuk kawasan rumah orang. Mujur tak masuk longkang je! Huhu!
Bertitik tolak daripada peristiwa itu, aku pergi register kelas memandu (motor) senyap2 tanpa pengetahuan family aku. Pergi belajar pun senyap2.... sanggup naik bas dua kali tukar nak ke tempat belajar memandu. Bila dah dapat lesen, baru lah aku bagitau...
Lesson learned #3 :
Masa : 1988
Pelajaran : Menjahit (guna mesin jahit)
Gedek, gedek, gedek... macam tu lah bunyi mesin jahit sedang bekerja. Rumah 'cik Yah ada sebuah mesin jahit lama jenama singer yang guna kaki untuk ayun mata mesin jahit tu. Bila tengok 'cik Yah atau 'cik Mori menjahit... punya lah senang! Letak kain, goyang2kan kaki pada pelantar, pastu mesin tu pun menjahit lah dengan "sendiri" nya. Senang je, kan ?
Tahun 80an ni zaman rock kapak. Kawan2 semua pakai seluar fit... aku seorang je yang masih lagi dengan seluar cutting besar/lebar - tak rock la! Nak hantar kedai untuk "alter", mana pula aku nak cekau kan duit. Alternative terbaik ialah... jahit sendiri. Nak jahit tangan ? Ya ampun! dah la kain jeans keras...
Berbekal kan semangat berkobar2 dan semangat waja... serta ilmu-teori mudah yang aku capture, aku gagahkan menggunakan mesin jahit 'cik Yah masa 'cik Yah tiada di rumah.
Perghhh! berpeluh2 aku menjahit dan sepuluh kali aku jahit, buka, jahit, buka...sebab tak betul serta senget benget! Itu tak termasuk jarum yang bengkok atau lebih kritikal.. patah. Memang agak sukar kalau kita tak tau apa yang kita buat. Itu belum masuk lagi kalau benang bawah habis... camne nak buat ?
Bila aku dah buat sendiri, then I know how hard it is when you only know the theory. Daripada sessi menjahit seluar jeans itu lah aku belajar dan.. I proud to say that now I know how to handle basic menjahit guna mesin. And, proud to say... semua langsir kat rumah, aku lah tukang jahit nya!
Lesson learned #4 :
Masa : 2004
Pelajaran : Buka, pasang dan cari siaran Astro disc
Masa untuk pindah rumah. Bila aku telefon Astro, mereka nak charge RM100 untuk buka & pasang. RM100! $#@&! Padahal aku tengok cina tu pasang sebelum tu... bukan nya susah sangat - mencekik darah!
Aku decide untuk buka & pasang sendiri.
Memandangkan itu first time aku menceburkan diri dalam kerja2 buka & pasang Astro disc... aku tak berani nak tanggalkan any screw yang related dengan cable.. especially the receiver. So, apa yang aku buat.. aku bawa disc & cable as is ke rumah yang baru.
Luckily, beberapa rumah lain (di rumah baru) sudah memasang Astro. Maka, dapatlah aku thau arah yang perlu di tujukan disc tersebut. Bila pasang dan ada bunyi toot, toot, toot dan dapat signal >64.. it should be good enough. The stronger, the better. Kalau setakat 64, hujan sikit.. confirmed terus hilang gambar!
Yang lebih penting, aku telah jimat RM100.. yey!
Bertitik tolak daripada pengalaman aku itu, aku sekarang sudah berjaya menjayakan pemasangan 2 kali lagi Astro disc.. yey!
***
Itu lah orang kata.. tak buat, tak tahu. Dah buat, baru tahu senang ke susah nya..
So guys, don't just lay down and pretending that you know how to do it.
You knows nothing until you DIY!!
Good luck!
3 ulasan:
jahit?
terbaik ok !
kaloi pun tak reti hahah
aku setuju kata ko yg kat bawah tu...aku mcm nak tujukan kat bos aku jer...dia tak buat keje tu boleh la nak mengarah je..cuba dia buat, baru dia tahu susah ke senang sesuatu keje tu...tau nak cepat jer...nyampah...eh, melalut sudah..
apapun, aku respek ko ada semangat nak belajar memasak dan menjahit walaupun kurma ko tu kurma sup...kehkeh...
hebat DIY awak yer.
jimat pun jimat
Catat Ulasan