Ye, bateri kereta merah aku 'kong'!
Alkisah, weekend lepas kami sekeluarga ke Melaka untuk jemputan majlis kahwin merangkap cuti2 1Malaysia. Cuaca sekarang pula asal petang je hujan... asal petang je hujan. So, aku syak lepas ambil Nurin hana kat school tempohari.. pintu sebelah penumpang tidak di tutup rapat. Lampu kabin (yang kat atas bumbung tu) memang aku set kan untuk menyala kalau ada pintu yang tidak di tutup rapat. Namun, nak di jadikan cerita... mungkin aku tak perasan yang lampu tu terpasang masa parking kat rumah.
Bila sabtu kami ke Melaka... maka, dua hari lah lampu tu terpasang!
Hari isnin (semalam) memang aku purposedly minta cuti sebab konon2nya nak rehat. Kebetulan pula cuti aku masih berbaki 12 hari lagi... ala2 nak mengurangkan carry-forward lah ni. Macam2 yang aku plan nak buat semalam. Ke sana, ke sini... beli itu, beli ini.. macam2 lah.
Dalam jam 11am, aku kononnya nak gi kedai... ambil kunci kereta dan cuba starts enjin. Haram! langsung takde bunyi apa2. Arghh.. mesti bateri. Memang totally put sebab tak ada satu lampu pun yang menyala termasuk lah jam digital yang kat depan tu. Kaput!
Dengan perasaan kecewa, aku pun masuk balik ke rumah dan mengadu kat cik puan kpp.. huhuhu!
Malam tadi, baru aku perasan pasal kes pintu tak tutup rapat tu. So, aku memang syak yang bateri kong sebab lampu kabin terpasang 2 hari 2 malam tanpa henti.. tension!!
5 ulasan:
hahahah memang kong laaa dah dibiar camtu jerk
eah lverpool mnang kan hahahah
aduhai.. ingat nak cuti berehat2.. tp terpaksa melayan bateri keta yg kong tu yer.. benda nak jadi kan..
mmg tak boleh ada duet lebihkan...gerenti ada bende yg perlu di repair/ganti...Allah Maha Mengetahui bro.
merajuk la tu,gi melaka bawak yg lain,x bawak dia...jgn x tau..kete pun tahu merajuk....hehehehe
kesian :(
penah alami.huhu
Catat Ulasan