10 Januari 2011

BILA CHEF WAN BERTANDANG..

Chef Wan datang rumah ? Really ?

Haha.. ini "Chef Wan, Tu, Tri".. bukan nya Chef Wan yang menang anugerah Best Celebrity Chef tu!

Aku dok rumah sorang2 (sebab bercuti) dan tak tau nak buat apa. Malas nak gi kedai beli lauk ataupun order pizza domino (baca : pokai), aku pun geledah lah peti ais kat rumah.

"Mana pula perginya ayam organik yang cik puan kpp kata beli daripada kawan hari tu ?"

Takde benda sangat. Ada sedikit sotong (sekali aku ngap, memang habis) dan pek2 makanan segera beku. Tiba2 aku terpandang kepada bebola ayam & daging cincang beku keluaran ramly. Automatik keluar "mentol" atas kepala aku. Ok, set!

Pergi kedai (terpaksa juga akhirnya) beli bahan2 yang patut.

Oleh itu, secara ekslusif nya di ruangan ini.. kita mulakan satu kelas memasak (yang tak sedap mana pun..)


Menu pertama : KARI BEBOLA AYAM DENGAN DAGING CINCANG

Bahan2 :
1) Bebola ayam - bilangan bebola ikut sesuka hati
2) Daging cincang - secukup rasa
3) Serbuk kari - apa2 brand
4) Santan - segera boleh, perah kelapa pun boleh
5) Garam - secukup rasa
6) Kentang - dipotong dadu besar2
7) Bawang merah + bawang putih - bahan tumisan
8) Minyak - untuk menumis
9) Air  


Cara2 membuatnya :

1) Masukkan minyak, kemudian bahan2 tumisan kedalam periuk. Tambahkan garam. Tumis sehingga mengeluarkan bau wangi tumisan.

2) Bila sudah naik bau tumisan, masukkan serbuk kari (sebaik2nya sudah di campurkan sedikit air) ke dalam periuk tadi. Kacau dan biarkan seketika. Campurkan sedikit air dan masukkan santan. Kacau sehingga sebati dan biarkan campuran tadi mendidih

3) Masukkan bebola ayam dan kacau. Kemudian masukkan kentang. Kacau dan biarkan seketika. Seterusnya, masukkan daging cincang ke dalam masakan tadi.

4) Kacau dan biarkan sehingga mendidih. Siap!



***

Menu kedua : "BURGER"DIL

Bahan2 :
1) Daging cincang - ikut suka hati
2) Kentang - dipotong leper (janganlah nipis sangat)
3) Bawang merah - di hiris kalus dan kecil2
4) Daun bawang - dihiris halus
5) Garam - secukup rasa
6) Serbuk black pepper - secukup rasa
7) Telur - dipukul (tidak perlu tambah garam)


Cara2 membuatnya :

1) Mula2 goreng kentang sehingga separa (atau 3/4) masak. Tos-kan minyak nya dan biarkan sejuk seketika. Bila kentang goreng tadi dah sejuk, masukkan dalam bekas dan lenyek kan sehingga lumat. Ikut lah cara mana nak lenyek. Guna tangan boleh, guna sudu boleh atau guna senduk.

2) Campurkan kentang lenyek tadi dengan daging cincang, bawang dihiris, daun bawang dan garam serta serbuk black pepper secukup rasa. Gaul dan uli sehingga sebati. Bila dah sebati, bentukkan bulat2 supaya mudah dipenyekkan sebelum di goreng di dalam kuali. Bulat2 kecil lebih mudah nak masak berbanding dengan bulat2 besar.


3) Panaskan minyak. Sebaik2nya gunakan kuali yang berbentuk leper. Penyekkan adunan tadi menjadi bentuk leper, celupkan kedalam telur (yang telah dipukul tadi) dan goreng didalam kuali. 


4) Agak2 dah masak, keluarkan dan serve. Siap!


Kedua2 masakan sangat sesuai di serve dengan nasi putih panas.. Nyam! Nyam!

Ok ye tuan2 dan puan2.. itulah resepi kita untuk hari ini. Eh, lupa pula aku bahan yang terakhir dalam masakan2 diatas iaitu : Senyuman - baru lah masakan tu menjadi sedap!

Kalau nak tau sedap ke tak sedap, kena lah tanya dengan cik puan kpp (quality controller).

Sekian rancangan kita. Sehingga di lain siaran (yang ntah bila gamaknya..)
Selamat mencuba.

4 ulasan:

ctpayong berkata...

mmg spoiled diet aku hari ni

ibunurin berkata...

wahh..cik puan kpp mesti suka kalau selalu macam ni...

Pala Maldini berkata...

ctpayong : sekali sekala apa salah nya.. Esok diet balik..

MR : eleh, tak kuasa.. :-p

Chi berkata...

Saya nak tanya. Ada tips tak dalam menggoreng burger dil? Burger dil saya bila goreng hancur habis, tinggal jadi telur goreng...