03 Januari 2011

KAMI NAK OFFER VOUCHER HOTEL PERCUMA

"Go on.. go on.. with hope.. in your heart.. and you'll never walk.. alone.."

"You'll never walk.. alone.."

Handphone aku berbunyi. Kelihatan nombor dekat skrin tu adalah nombor yang aku tidak kenal dan tidak tersenarai dalam contact list aku.

"Eh, sapa pulak ni ?", detik aku dalam hati

Aku pun angkat, "Hallo" - suara macho, keras dan kasar

"Hello..", suara perempuan - lemak, merdu dan bersopan santun bunyi nya

"Ya ?", aku jawab dengan tonasi bertanya

"Encik, saya daripada syarikat bla bla bla (dirahsiakan). Boleh berikan saya lima minit ?", lembut suara nya memujuk aku

"Untuk apa ?"

"Nombor telefon encik telah terpilih dan syarikat kami nak menawarkan encik voucher percuma penginapan 2 hari, 1 malam di hotel2 terpilih", terang suara lembut itu

"Encik boleh datang ke syarikat kami bla bla bla (dirahsiakan) untuk ambil voucher tersebut", sambung suara lembut itu lagi

"Takpe lah.. saya tak berminat", tegas aku

"Voucher ini percuma encik, tak perlu bayar apa2", pujuk suara lembut itu lagi

"Saya tak berminat", tegas aku lagi

"Rugi lah encik... voucher ini percuma", cuba memujuk lagi

"Ye la.. bila saya nak dapatkan voucher tu nanti, saya kena pergi ke tempat awak. Lepas tu dengar ceramah yang ejen2 awak berikan. Lepas tu diorang akan pujuk saya untuk subscribe service syarikat awak yang harganya puluh2 ribu tu semata2 untuk dapatkan kad discount kalau nak bercuti ke hotel2 tertentu. Yang mana, saya pun belum tentu akan guna kan. Kemudian, baru lah saya boleh dapat voucher percuma awak tu. Bila saya nak gunakan nanti, semua hotel2 tu penuh belaka. Yang ada kosong dan boleh guna voucher tu cuma hotel2 yang ntahapehapetah. Itu pun kena guna time weekdays saja. Sebab tu lah saya kata saya tak berminat", panjang lebar aku cakap pada cik adik suara lembut tu

"Err.. ok lah kalau macam tu, terima kasih", terus cik adik suara lembut tu letakkan telefon.

4 ulasan:

- GC - berkata...

cakap je, sy sedekahkan voucher tu kat awak. hehe.

SafaRi09 berkata...

memang patut pun cakap cam tu.hehehe.biar dia rasa skit.

IDAZS berkata...

bagusnya jawapan tu. :)

Pala Maldini berkata...

GC : cadangan yang baik.. Next time aku guna

safari09 : kadang2 diorang tu over.. Kena cepat2 potong cakap depa..

Idazs : hehe.. Kalau tak, mau setengah jam kena dengar diorag..