16 Januari 2011

NU-IN @ BANGI

"Nak makan kat mana ni ?", tanya cik puan kpp

"Ingat nak try Nu-In tu lah. Kawan abang kata sedap", aku bagi cadangan

Dialog suami-isteri yang tengah kelaparan..

Agaknya sebab dah kerap sangat makan kat kedai2 yang sama, aku pun sengaja bagi cadangan untuk try makan ke kedai yang satu ni. Kawan aku kata makanannya sedap. Namanya, Restoran Nu-In little Perak yang terletak di bandar baru bangi

Kedainya terletak di deretan kedai2 di bandar baru bangi, dibelakang Al-Ikhsan dan bertentangan dengan Bangi Kopitiam (seberang jalan). Suasana dalam kedai macam kedai2 makan yang berunsurkan "kopitiam" cuma ditambah sentuhan moden dengan meletakkan sofa di satu sudut kedai.. mungkin untuk tujuan lebih santai

Bila aku go thru menu2 nya, kebanyakkannya adalah berunsurkan "Perak". Contoh : mee rebus taiping, popia tanjung malim dan sebagainya. Aku tak pastilah pulak samada menu2 tersebut memang "berasal" daripada nama2 tempat yang dinyatakan atau tidak. Cuma, apa yang pasti.. buku menu nya kemas dan cantik.

"Apa yang best ni ?", cik puan kpp tanya

"Ala.. pilih yang ada gambar 'chef recommend' je la", kata aku

Malas nak makan nasi.. aku order "Mee Rebus". Cik puan kpp pula order "Nasi + Ayam Masak Pedas". Sebab cik puan kpp yang kena belanja.. aku tambah lagi menu popia basah sekali. Ambil kesempatan.. hehe


MEE REBUS


Rasa mee rebus dia.. kira ok lah. Tidak lah sampai sedap tahap gaban sangat rasanya. Kuah pekat dan likat. Kalau tak salah aku, ada unsur2 macam mee rebus muar punya stail. Cuma, yang aku kurang seronok tu.. kepanasan kuah nya melecurkan lidah aku. Jadinya, tak dapat nak menikmati hidangan dengan sebaik2 nya. Orang kata, kalau lidah lecur ni.. maknanya kuah tidak cukup masak, entah betul ke idak ?


NASI + AYAM MASAK PEDAS


Ini menu pilihan hati cik puan kpp. Kalau tak pekena nasi seharian.. memang tak sah. Tak kenyang katanya. Kalau ikut kan pemerhatian aku akan kaedah makan nasi cik puan kpp.. nampak macam "sedapnya tidak lah seberapa"


POPIA


Haa.. yang ini aku boleh katakan sebagai "agak" sedap lah. Cuma, ianya sedikit manis.

Eh, aku dengan cik puan kpp dok sibuk2 makan.. Nurin hana pulak buat apa ?

Budak yang liat nak makan nasi ni dah ada habit baru kalau pergi ke kedai makan.. iaitu mengambil gambar di segenap kedai. Entah apa2 gambar yang di ambil nya.. mujur juga kamera digital. Kalau idak, jenuh juga nak beli filem. 
Ini lah contoh gambar kedai yang Nurin hana ambil atas arahan cik puan kpp supaya boleh dimasukkan ke dalam blog.. hehe..


Nak ambil sendiri malu.. kalau budak2 ambil, takkan tuan kedai nak marah pulak.. kan ?

4 ulasan:

ardinihumaira berkata...

umphhpopia! lama tak makan :D

ctpayong berkata...

ermmmm...biasa la. kalau langgar MoU, bukan suami yg keluar rimau..mmg kena pepah la jawapnya..ceh. seghope aje kome iye!

- GC - berkata...

kuah mee rebus tu nampak mcam pedas je. tp nampak maveles jugak kuah tu. udangggg....

Pala Maldini berkata...

ardini : popia dia ok

ctpayong : :-)

GC : tak pedas sangat.. kira ok lah