12 Januari 2011

SATU MALAM YANG HANGAT

Ini bukan cerita 18SX ye..

Isnin malam selepas balik daripada school, Nurin hana tiba2 demam. Agak pelik juga lah sebab masa aku hantar ke school paginya tak ada pula tanda2 demam. Dah agak lama juga lah Nurin hana tak demam yang panas macam gitu. 

Oleh itu, masa time tidur.. kipas di matikan (begitu juga ekon) supaya badan Nurin hana yang panas tu boleh mengeluarkan peluh. Makanya, aku dan cik puan kpp pun sama2 lah kepanasan dek kerana takde kipas malam tu. Mana idak nya, dah hari2 pulun tidur pasang ekon. Sekali kena takde kipas (atau ekon), 'bercinta' juga lah aku nak memejamkan mata. PANAS!

Tujuan asal tercapai iaitu untuk membuatkan Nurin hana berpeluh. Hasil daripada peluh tersebut, kepanasan badannya berkurangan.

Kepala Nurin hana dah ditampal dengan kool fever dengan tujuan untuk menurunkan suhunya.. namun, mungkin dek kerana kepanasan tidurnya tidak lena. Kejap2 dia tergaru2.. pastu merengek2, beralih2 posisi beberapa kali - serba serbi tak kena. 

Tapi, aku agak hairan juga lah.. sebab cik puan kpp siap boleh selimut segala bagai!

Aku pula, macam2 yang kepala otak aku ni fikirkan.. susah benar nak tidur.

Dalam jam 2 pagi, suhu kepanasannya dah turun sedikit.. aku lega. Hopefully, by morning dah kebah la. Malangnya, jam 3:40 pagi, bila aku dan cik puan kpp tersedar.. suhu badan Nurin hana kembali panas. Seterusnya badan dituam dengan air supaya boleh menurunkan kembali suhunya.

Bangun pagi.. 6:30 pagi..

"Papa, tengok.. Nurin hana dah sihat dah. Tak panas dah", kata Nurin hana pagi2 buta tu.

Bila aku pegang, "Huii.. panas lagi nih", memang panas lagi!

"Dah sihat dah..", kata nya lagi

"Hari ni, Nurin hana tak yah gi school ye. Dok rumah je", kata cik puan kpp pula menandakan yang cik puan kpp "paksa-rela" meng-EL-kan dirinya.

Kalau tak di sebabkan isnin tu aku dah EL.. harus aku EL juga!

5 ulasan:

*Miss Geli^ berkata...

itu demam virus..malam je demam..siang harinya sihat..

sama gak ngan kecik aku ni haa...demam malam..tinggu sangat suhu..tapi bila lepas subuh..dah sihat la pulak..mak pulak kena amik el...el bukan sebab jaga anak sakit, tapi nak ganti tido

- GC - berkata...

byk cuti lagi boleh arr EL

ctpayong berkata...

kata seorang doktor, demam jangan sampai melebihi 3 hari..kalau lebih dari itu kena jumpa doctor sebab...3 hari antibodi sudah tidak mampu lawan sakit so kena ambil antibiotik.

masa demam, kena mandi mulakan dari kaki. kak ct cakap seyes neh.

Pala Maldini berkata...

cikgeli : itu lah tujuan EL sebenarnya..

GC : err.. EL tu = tolak satu markah tau (untuk prestasi tahunan)

ctpayong : insyaAllah by tomorrow morning akan bawa jumpa doktor..

Heidi Shafiq berkata...

ni nak EL pakej 1 family ke? hehe..