31 Januari 2011

BERNIAGA : STRATEGI BIAR LAH BETUL

Lepas ambil Nurin hana, aku ajak gi makan di food court yang terletak bertentangan dengan kawasan schoolnya.

Macam biasa, Nurin hana akan minta "air pink" dan tak mau di bungkus. Maksudnya nak minum disitu lah. Cik puan kpp pula masih tak balik lagi daripada ofis beliau yang konon2nya busy sangat lah tu. Sebab tu, tugasan ambil Nurin hana balik daripada school di serahkan secara paksa-rela kepada aku.

Berbalik kepada order Nurin hana tadi. Ok, air nya "air pink" dan makanan nya pula otak2 10 keping. Aku pulak beli air soya dalam botol. 

Bila dah ambil semuanya dan diletakkan di atas meja, aku pun cari makanan aku pula. Asalnya nak beli burger, tapi bila nampak perkataan "Laksa Kedah" jadi kecur air liur pulak. So, aku pun ke gerai yang jual laksa tu.

"Dik, minta laksa satu", aku order

"Makan sini ke ?", cik adik comel tu tanya

"Ye, makan sini ye"

Aku perhatikan harga nya.

"Loh, kalau nak berniaga tu.. biarlah kena dengan strategi nya", detik aku dalam hati

Selalunya, kalau slash harga tapi pelanggan masih boleh nampak harga yang sebelumnya, itu tanda nya nak bagi diskaun. Kalau nak tunjuk yang harga dah di naikkan, tak yah lah bagi pelanggan nampak harga yang lama... 

28 Januari 2011

DALAM KENANGAN #6 - SATU SETENGAH KILOGRAM SAMA DENGAN.. ?

Masa ni aku sekolah rendah darjah empat (4) - 4 Tanjung. Sejak daripada azali lagi aku memang terrer matematik. Bukan nak riak ye.. sememang nya aku terrer (terrer = bagus, pandai). Selalu nya markah matematik aku dah macam markah bahasa malaysia lah. Kiranya, ke-terrer-an aku tu menghampiri tahap gaban !

Dalam kelas, aku tidak pernah sebenarnya dapat peperiksaan nombor satu (1), jauh sekali nombor dua (2) atau tiga (3). Namun, bab matematik tu memang macam makan kacang lah (unsur2 riak lagi). Kalau markah peperiksaan tu, matematik antara yang aku harap2 kan untuk cemerlang dan membuatkan hidung kembang.

Pada satu hari, cikgu matematik masuk kelas.

"SELAMAT PAGI.. CIKGU", kami ramai2 ucap selamat pada cikgu matematik (aku lupa dah namanya)

"Selamat pagi. Silakan duduk", kata cikgu

Semua orang satu kelas pun duduk. Cikgu membuka bicara..

"Kelas.. hari ini kita buat kuiz. Siapa yang dapat jawab soalan yang cikgu bagi akan dapat hadiah"

Semua budak2 kelas jadi teruja. "Alamak! dapat hadiah! best nih..", kata aku dalam hati. Budak2 lain pun sibuk dok ngok ngek, sok sek sok sek pasal kuiz yang boleh dapat hadiah tersebut.

"Hadiahnya ialah.. kalau dapat jawab, cikgu akan bagi sepuluh (10) ringgit", kata cikgu memancing reaksi murid2nya

"WAH!! BESTNYA!!", kata aku dalam hati. Masa tu dah terbayang dah permainan dam ular yang aku boleh beli dengan duit sepuluh ringgit tu nanti.

"Baik lah. Syarat2nya.. siapa yang berikan jawapan yang betul akan dapat hadiah tersebut. Tidak boleh cakap kuat2. Kena datang ke depan (meja cikgu) dan bagitau jawapan. Juga, macamana dapat jawapan tersebut untuk mengelakkan daripada jawapan yang di teka sahaja"

"Boleh berbincang. Tapi, siapa yang ke depan berikan jawapan.. dia yang dapat hadiah", terang cikgu lagi

"OK. sudah sedia ?", cikgu pun mengambil kapur dan menulis soalan nya di papan hitam.


"Sesiapa yang jawab daulu dengan betul dengan penerangan yang betul akan dapat hadiah tersebut", cikgu buat anouncement dan terus duduk sambil tersenyum sinis.


Maka bermula lah otak2 kecil berputar2 mencari jawapan dan rasional di sebalik jawapan tersebut. Tak sampai lima minit, dah ada jawapan pertama.

"Cikgu", kata ali (bukan nama sebenar) mengangkat tangan tanda nak berikan jawapan.

"OK, ali. Sila kedepan", kata cikgu mempelawa. Satu kelas terdiam. Ali pun mara ke depan dan berikan jawapan kepada cikgu. Cikgu geleng2kan kepala nya. Hehehe.. sure salah la tu. 

"Ali, apa jawapan yang nko bagi ?", kawan sebelah aku tanya.

Ali pun tunjukkan kertas jawapan nya..


Hahaha.. mana ada nombor macam tu..

Beberapa minit kemudian, beberapa orang lagi berikan jawapan..

pun masih salah.. semua nampak nya masih lagi buntu.

"Semua masih salah.. sila berikan jawapan dalam gram ye. Kalau sesiapa dapat jawab, cikgu naik kan hadiah nya jadi seratus (100) ringgit", kata cikgu

"Sekejap.. seratus tak boleh lah. Banyak sangat. Kekal sepuluh ringgit", cikgu back track. Takut lah tu.. hehehe

Fikir punya fikir.. akhirnya, datang lah ilham di kepala otak aku yang menghampiri tahap gaban ini..

"Cikgu, saya nak jawab", aku pun terus ke depan dan berikan jawapan aku..

"1kg sama dengan 1000g. 1/2 (setengah) kg sama dengan 500g.. separuh daripada 1000g. Oleh itu, 11/2kg sama dengan 1500g", jawab aku

"TAHNIAH! jawapan awak betul", cikgu buat pengumuman satu kelas yang membuatkan aku kembang semangkuk!

"Nasib baik saya tak jadi bagi hadiah seratus tadi", kata cikgu sambil tersenyum ke arah aku. Dan, menghulurkan RM10 pada aku sebagai hadiah.

YEAHHHOOOOOOOOOOOOOOOOO!! dapat beli dam ular!!

Tiba2.. ramai yang nak jadi kawan baik aku. Tak tau kenapa.. 

27 Januari 2011

KOPI-CINO

image : gourmetcoffeecorner.com

Kalau pergi minum2 petang di kedai2 berunsur "kopi-tiam" pasti aku akan order Cappuccino. Sebagai pengemar kopi, aku memang akan order air2 yang berunsurkan kopi2 ni. Contohnya kalau ke secret recipe, aku akan order Cappuccino, manakala cik puan kpp pula yang "anti-kopi" akan order Hot Chocolate.

Apa yang menarik perhatian aku ialah buih2nya tu. Pernah juga aku google : "what is cappuccino ?" & "how to make cappuccino ?". Rupa2 nya, cappuccino tu lebih kurang kopi susu lah makna nya. Cuma, ada lah cara pembuatan nya yang agak specific untuk mendapatkan perasaan "cappuccino" nya dengan buih2 yang halus dan creamy.

Oleh itu, aku cuba replicate kaedah penyediaan Cappuccino itu untuk menghasilkan apa yang aku panggil KOPI-CINO (bukan cina punya kopi ye).

Ok, bahan2 untuk membuat KOPI-CINO aku ini ialah :

1) Serbuk kopi cap Hang Tuah (pek warna hijau)
2) Susu pekat F&N
3) Susu cair F&N
4) Whipped cream
5) Of course lah, air panas yang baru di masak

Cara membuatnya :

1) Masukkan satu sudu penuh serbuk kopi cap hang tuah dan tuangkan air panas separuh gelas. Kacau dan biarkan kopi "melarut" dan mengeluarkan aroma nya.

2) Masukkan 2 sudu susu pekat F&N dan 2 sudu susu cair F&N. Ini ikut kesesuaian dan citarasa masing2 ye. Kemudian, kacau sehingga semua susu sebati dengan kopi - menghasilkan warna air yang keruh (sedikit gelap)

3) Tambahkan air sehingga penuh gelas dan kacau.

4) Letakkan whipped cream diatas sekali. Sukatan mengikut citarasa sendiri.

Maka, siap lah satu hasil seni yang aku namakan KOPI-CINO! 


Selamat mencuba..

26 Januari 2011

CUAI & PANIK = AYAM GOLEK 5 BINTANG

Petang semalam sementara nak menunggu waktu untuk balik, beberapa orang colleague aku datang ke kawasan kubic aku ni berborak2. Isu nya pasal shift staf. Punya lah rancak berborak sampaikan tak terasa yang masa berlalu dengan pantas. Alih2 aku nengok jamdah pukul 5:30pm - balik time!

Aku kelam kabut mengemas dan terus beredar sebab nak mengejarkan jadual train jam 6pm. Turun daripada tangga ofis, aku sambar surat kabar percuma yang di display (untuk di ambil) kat sini. Sambil berjalan ke lrt aku baca surat kabar.

Dalam lrt yang agak sesak tu, aku masih lagi teruskan membaca surat kabar sekadar yang boleh. Then, bila dah sampai stesen untuk tukar keretapi, aku cepat2 berlari dek kerana mengejar jadual yang cuma tinggal seminit agi keretapi nak bergerak. Mujur aku sempat naik.

Dalam keretapi tu aku baca lagi surat kabar, sampai lah semuanya (berita2 yang aku berkenan saja) selesai. Aku pun lipat dan letakkan surat kabar tu di atas rak tempat letak beg.

Aku raba2 poket, "Eh! Mana pulak perginya ?", aku dapat rasakan yang henfon aku takde dalam poket - PANIK! 

Aku raba poket satu lagi - hampa. Aku check dalam beg pulak. Habis aku geledah semua poket yang ada - hampa juga. "Mana pulak perginya ni", aku dah bertambah panik

Ni mesti kes tertinggal kat dalam bilik meeting atau kat atas meja aku. "Aduh! camne nak buat ni ?"

Ligat otak aku fikir apa yang harus aku buat ? Jalan mana paling cepat ? Akhirnya, aku decide untuk berhenti di stesen yang aku parking kereta dan memandu semula ke ofis secepat yang boleh - berdebar2!

Sampai je, aku tak buang masa.. terus ambil kereta dan memandu semula ke arah ofis gunakan jalan tercepat yang ada - highway. Highway ni pulak ada beberapa simpang keluar. Disebabkan otak aku yang tengah serabut - dan panik - aku tersalah pula keluar sinmpang. Masuk ke kawasan yang memang jammed giler di sekitar bukit jalil. "Aduh! apa lah dosa aku hari ni sampai macam ni punya ujian".

15 minit aku tersangkut kat dalam jammed tersebut, sebelum berjaya masuk semula ke highway yang sepatutnya. Dalam 10 minit aku sampai ke ofis dan terus kelam kabut ke tingkat atas (bilik mesyuarat). Malangnya, tak ada!

Aku bergegas ke meja aku dan kebetulan Azli ada.

"Haa, ni henfon nko. Kalau biar sampai malam memang lebur la", kata Azli

Aku lega. Nasib baik.. kalau idak terbang lagi 1200 kalau nak beli baru. 

Aku lepak2 borak2 dengan Azli dan dalam jam 7pm aku berangkat pulang.

Dan, dah nasib cik puan kpp & Nurin hana... dapat lah diorang makan Ayam Golek 5 Bintang yang terkenal tu (kedai di Bangsar) sebab aku dah bernazar masa on the way tadi.. kalau henpon aku tu dapat balik, aku akan belikan Ayam Golek 5 Bintang tersebut!

Lega..

25 Januari 2011

SALURAN SINKI TERSUMBAT

Satu malam..
"Yang, tolong lah tengokkan sinki tu. Makin kritikal la. Asyik tersumbat je, susah nak buat kerja", adu cik puan kpp pada aku.

Aku diam seribu bahasa

Actually, aku bukannya tak pernah gi godek sinki tu. Dah banyak kali dah sebenar nya. Lepas di-godek2, baik lah sekejap. Pastu sinki tu buat hal lagi. Macam tak berbaloi je apa yang aku buat. Dan, aku dapat rasakan masalah sinki tersumbat tu adalah jauh lebih kritikal daripada apa yang pernah aku godekkan selama ini.

Esoknya..

Cik puan kpp gi kerja setelah 3 hari MC + 1 hari cuti umum. Nurin hana pulak aku dah hantar ke school. Kalau cik puan kpp takde kat rumah, aku lebih prefer hantar Nurin hana ke school supaya Nurin hana dapat main dengan kawan2 nya (baca : malas nak jaga sorang2).

Bila balik, aku ke dapur dan nampak sisa2 sambal bekas cik puan kpp memasak semalam. Memang sah sinki tu buat hal lagi. 

Tujuan sebenar aku bercuti ialah untuk pergi ke bank atas urusan yang masih tertangguh2 daripada awal tahun hari tu. Namun, bila mengenangkan keadaan sinki tu yang semakin menyakitkan mata memandang (dan hati).. aku nekad untuk jadi 'majlis bandaran' untuk menyelesaikan masalah tersebut!

Strategi pertama, macam biasa gunakan pam sedut air. Tak jalan!

"Apa lah masalah 'nko' yang sebenarnya ni!", aku tension (hehe.. baru mula dah tension)

Aku check pula di saluran luar. Saluran air sinki tersebut akan ke satu bahagian 'takungan' sebelum disalirkan ke longkang utama dan terletak diluar rumah. Sebaik saja aku buka penutupnya, bertempiaran lipas2 lari.. ada lah dalam 15 ekor kot. Bila aku check, "Loh!! patut lah.. dah penuh rupanya"

 *gambar ini tangki dah clear, tak tergamak aku nak letak gambar yang "sebenarnya"

Mungkin saluran itu tersumbat dan air sisa sinki tu semua dah bertakung hampir penuh dalam takungan tuh yang sepatutnya mengalir ke longkang utama. Warnanya jangan cerita lah, bau nya pula macam nak muntah. Aku ambil sebatang besi (besi ex-tangkai mop yang dah patah) dan mengodak2 dalam takungan tersebut. Tak de effect! "Mesti tempat ni pun tersumbat. Tu pasal air sinki tak leh jalan"

Aku godak lagi, godak lagi. Lepas tu masuk ke dalam rumah semula. Guna pula pam sedut air di sinki. Plup, plup, plup! bunyi nya. Aku keluar semua ke bahagian takungan tadi, nampak airnya sudah surut sedikit - "Yes!". Namun, air sinki masih lagi tidak berjalan dengan lancar. Aku syak, masalahnya lebih teruk lagi - saluran air itu sendiri dah tersumbat!

Saluran air sinki tu di tanam dalam concrete, macamana aku nak korek ? Nak masukkan tangan tak muat. Apa aku nak buat ?

Fikir punya fikir, aku dapat idea - jolok ke dalam saluran tersebut. Kalau guna kayu memang tak boleh. tempat takungan tu kecil je, camne nak masukkan kayu ? Dan lagi, kayu keras.. risau pula aku kalau saluran tu pecah.

Aku dapat idea, gunakan getah paip! So, menonggeng lah aku sorang2 kat tepi rumah dengan tak berbaju nya menjolok saluran air sinki tu menggunakan getah paip (daripada tempat takungan di luar rumah). Aku jolok sampailah getah paip tu tersengkang. Jolok lagi, jolok lagi. Buka pula air paip (yang akan melalui getah paip yang aku gunakan untuk menjolok saluran tu tadi). Then, bila aku tarik balik getah paip tu.. NAH NKO! PUNYA LAH BESAR SISA MAKAN YANG TERSUMBAT!

Actually, sisa makanan tu semua dah berkumpul dan mengeras membentuk selinder (ikut bentuk saluran air). Benda itu lah sebenarnya yang menghalang air daripada mengalir dengan lancar. Aku tak puas hati lagi, aku jolok lagi, jolok lagi.. keluar lagi. Memang banyak lah!

Lepas tu, aku try buka air paip sinki. Nak nengok samada pergerakkan air menjadi lancar atau tidak. &#$%! masih problem lagi! "Ni mesti ada banyak lagi ni", aku tak puas hati. Aku guna taktik lain pula - Masak air panas. Aku gunakan air panas dan curahkan kat dalam sinki dengan harapan dapat membantu melembutkan sisa makanan yang menyumbat saluran air tersebut. Lepas satu cerek, satu cerek lagi aku tuangkan - 4 kali semuanya. Then, aku ulangi semula aktiviti menjolok saluran air menggenakan getah. Jolok lagi, jolok lagi. keluar lagi sisa2 macam yang awal tadi, lebih kurang sama besarnya! "Patutlah", detik hati aku.

Bila dah puas hati menjolok sampai tak boleh nak jolok lagi, aku guna taktik lain pula. Dalam rumah, aku buka air sinki supaya air mengalir dan gunakan pam sedut air. Dengan adanya air dalam saluran dan tekanan angin yang di buat menggunakan pam tersebut, tersembul keluar lagi sisa2 selebihnya. Aku ulangi sampailah air sinki tu jadi lancar pengaliran nya, sama macam sinki satu lagi yang tidak tersumbat.

Jangkamasa yang aku ambil menjadi 'majlis bandaran' ini ialah daripada jam 8:30 pagi hingg 12:30 tengahari. FUH!! Lama tu..

In the end, misi aku BERJAYA!!

Petangnya, bila cik puan kpp balik..

"Buat apa je kat rumah ?", tanya cik puan kpp yang prihatin

"Takde buat apa2", jawab aku

"Takkan tidur je ? tolong lah basuh baju"

Memang aku sengaja tak nak bagitau cik puan kpp yang aku dah jadi 'majlis bandaran' pagi tadi..

Bila cik puan kpp baca entry ini, baru lah dia akan tahu apa yang aku buat pada hari tersebut..

:-)


***

nota tambahan : actually, before entry ini keluar cik puan kpp dah tanya sebab beliau syak memang aku ada buat sesuatu sebab bila cik puan kpp gunakan sinki tu, nampak jelas perbezaan nya daripada yang sebelum ini..

24 Januari 2011

KERJA BODOH YANG NYARIS MEMBAKAR RUMAH !!

Bekas mengisi surat2 dah penuh sarat sampai melimpah ruah lagaknya. Namun, masih di sumbat2 lagi selagi boleh. Kebanyakkan yang ada kat dalam bekas surat tu adalah bil2 lama yang mana lepas baca, terus di ponyok kan ke situ. Aku tak ambil pot sangat, pasal semua bil2 itu sebenarnya dibayar dengan kaedah direct debit. So, bil2 tak perlu dibawa ke kedai atau pejabat pos untuk membayar. Cuma bil2 api & air sahaja yang tidak dimasukkan kedalam bekas tersebut sebab kedua2 bil tu aku cucukkan kepada satu besi penyangkut yang memang di sediakan khas untuk tujuan itu.

Bila bekas surat tu dah sarat dengan surat2 yang kebanyakkan nya sebenar eh tidak lah ada niat nak digunakan lagi, mata aku pun jadi sakit lah sebab keadaan nya sangat serabut! Kebetulan pula cuti umum, oleh itu aku ambil keputusan untuk "mengemas" bekas surat tersebut.

Sesudah diasing2kan mana nak dibuang dan mana nak di simpan, aku pun mulakan operasi untuk "menghapus"kan surat2 yang tidak diperlukan lagi itu. Caranya? Cik puan kpp kata kalau nak buang begitu sahaja, kena lah di koyak2kan. Takut kalau2 ada orang salah guna maklumat yang ada kemudian nanti. Tapi, surat2 tu banyak! dekat setengah jengkal juga lah tinggi nya bila disusun elok2. Letih kalau nak koyak satu2. Maunya berbirat jari nanti dibuatnya.

Jadi, aku decide untuk BAKAR!

Dekat depan rumah aku ada "sand-trap". Yang mana tujuan nya adalah.. untuk perangkap sampah2 atau pasir yang datang dengan air (air hujan @ air paip). "Sand-trap" ini berdindingkan simen dan saluran2 air yang berkenaan akan mengalir ke situ sebelum ianya di salirkan ke longkang utama.


Bila dah siap sedia, aku pun mulakan operasi membakar di dalam "sand-trap" tersebut. Wah! sangat mudah. Dah macam orang homeless bakar kertas dalam tong drum lagak nya. Seronok je aku menyuakan kertas ke api yang marak di dalam "sand-trap" tersebut. Lepas, satu, satu.. tak thrill bubuh satu, aku campak 3-4 helai sekali gus.

Sedang aku leka membakar, terdengar satu bunyi macam angin panas menderu dalam terowong. Aku buat tak kisah sambil menambahkan lagi kertas untuk dimakan api. Namun, bunyi tadi tidak hilang.. malah berterusan, macam ada sesuatu yang tak kena.

Aku cuba perhatikan keadaan dalam "sand-trap" tersebut. Nampak berkepul2 asap keluar daripada salah satu lubang saluran air yang ada.
"Eh, pahal pulak ni?"

Segera aku pasang paip air dan curahkan ke atas api tu. Bila semuanya dah padam, aku cuba perhatikan kedalam lubang saluran air tersebut. Saluran tu sebenarnya adalah saluran air hujan yang bersambung sehingga ke bahagian atap rumah. Kemudian aku raba2 dengan tangan.

"YA ALLAH! NASIB BAIK TAK TERBAKAR!!"

Rupa2nya, bahang panas api tu dah "meresap" kedalam saluran air tersebut dan membakar bahagian dalam nya! Aku pegang saluran yang ada kat dinding. PANAS!! maksudnya, bahang tersebut sebenarnya dah jauh memakan bahagian dalam saluran air tersebut. Aku siramkan air kepada nya supaya cepat ia cool down.


Mujurlah aku ada perasaan curious dengan bunyi yang terhasil tadi dan juga kepulan asap2 tu. Kalau lah aku buat tak tau, dah tentu... na'uzubillah.

21 Januari 2011

DALAM KENANGAN #5 - AIS KRIM ALA OSHIN

Siapa pernah tengok cerita OSHIN ?

Kalau korang cukup umur (baca : tua) macam aku, tentu pernah tengok satu drama bersiri jepun yang sangat popular suatu masa dahulu. Kalau tak silap sekitar hujung 80an & awal 90an. Tajuknya OSHIN.

Ceritanya berkisar tentang kisah hidup seorang budak perempuan bernama oshin daripada beliau kecil sampai lah beliau tua. Sirinya memang sangat panjang! Tapi, aku bukan lah nak cerita pasal cerita oshin kali ni. Tapi, entry ini di inspirasikan daripada satu babak dalam cerita tersebut.

Korang tentu penah dengar ais krim Malaysia, kan ? Air krim yang dibuat dalam plastik panjang lepas tu di bekukan di dalam tempat beku peti ais tu la.. tentu pernah dengar, kan ?

OK. ce cite, ce cite.. hehe dah macam "hantu kak limah balik rumah" la pulak!

Kecil2 dulu, mana lah ada duit banyak nak buat belanja macam sekarang ini. Kalau dapat duit belanja sekolah pun sekadar dapat beli nasi lemak bungkus kat sekolah. Tak kenyang dan tak sedap pun. Apatah lagi kalau nak beli ais krim. 

Satu hari, aku dok tengok cerita oshin tu lah. Oshin mengajar cara buat ais krim. Ini bukan cara buat ais krim Malaysia tau.. tapi, lebih kepada ais krim magnolia yang dalam bekas tu. Itu kalau nak beli kat kedai, mau nya makan ringgit2 juga. Budak2 macam aku, mana lah nak ada duit sebanyak itu.

OK, begini resepi dan caranya :

Bahan2 :
1) Susu pekat manis
2) Telur ayam
3) Air
4) Cawan plastik


Mula2, pecahkan telur dalam cawan. Sukatan ikut suka. Kalau nak banyak, bubuh banyak telur. Kalau nak sikit, bubuh satu pun boleh. Biasanya, aku akan bubuh 2 biji telur. Kemudian, tuangkan susu pekat manis kedalam telur tadi. Tuangkan sedikit air. Dikacau sehingga sebati dan kemudiannya di simpan di dalam peti ais tempat beku. So, bila dah beku.. maka siap lah ais krim dan sedia untuk di makan.

Kalau nak sedap, susu tu letak lebih2 sikit supaya terasa creamer nya dan kurang kan air supaya tidak terlalu keras.

Mudah kan ?


20 Januari 2011

PERAMAH - GIFTED OR ARTS ?

Adakah aku seorang yang peramah ? tentu ada yang bertanya macam gitu.. namun, anda mungkin akan kecewa. Sebab aku sebenarnya tergolong dalam golongan introvert berdasarkan kajian2 personality yang aku pernah buat dalam kursus2 yang aku pernah pergi. Ye, aku introvert!

Situasi 1 :

Sedang anda makan tengahari beramai2, ambil contoh 5 orang, di food court yang hingar bingar di mana masing2 sedang rancak berbual entah apa topik nya, tiba2 semua orang berhenti berkata2 seolah tak tau lagi apa yang boleh di borakkan. Situasi ini berkekalan selama 5 minit. Apa tindakan anda ?

Situasi 2 :

Anda sedang makan sarapan berseorangan di food court, kemudian di datangi oleh seseorang yang anda kenal tapi tidak lah mesra. Mungkin kenal sebab pernah menghadiri meeting yang sama. Beliau menegur dan duduk di meja anda. Setelah memberikan order kepada tokey kedai, beliau mula cuba berborak dengan anda, "Seorang saja ke ?". "Ye, biasa memang turun sorang", anda jawab. Kemudian, suasana menjadi kaku dan senyap sebab sudah tak tau apa topik yang patut dibualkan. Apa tindakan anda ?

Situasi 3 :

Ketika membeli belah di sebuah pusat membeli belah terkemuka, anda terserempak dengan seseorang yang rasa2nya macam kenal (rakan se-persekolahan-asrama anda). Ye, anda kenal tapi tidak mesra. Mungkin nama beliau pun anda tidak pasti sebab di sekolah kebanyakkan kita hanya memanggil dengan nama samaran, seperti "Pala". Adakah anda akan tegur ? Apa yang akan anda borak kan ? "Err..macam kenal la". "Kerja mana?". "Tinggal mana?". Mungkin itu la soalan2 lazim. Selepas itu ? Apa tindakan anda ?

Bagi orang2 yang peramah ya amat, sudah tentulah situasi2 ini  tidak pernah terjadi dan juga mencari topik perbualan yang meriah bukanlah sesuatu yang kekok kepada anda. Tapi, kalau orang introvert macam aku.. adoiyai.. memang kelu lidah dibuat nya.

Aku pernah cuba untuk jadi sangat peramah dengan cuba buka topik2 yang aku rasakan dapat menarik minat dan boleh menghasilkan perbualan yang panjang. Namun, most of the time it will end up as "Situasi 1" - deafening silence!

Perlu di akui, dikalangan kawan2 rapat kita juga bukan lah semuanya boleh kita duduk berborak sampai ke pagi! Kalau berkumpulan beramai2 mungkin ya.. tapi, kalau berdua sahaja (kawan, bukan couple ye) belum tentu serancak yang di harapkan. Kalau diperhatikan di kalangan kawan2 kita tentu akan ada seorang dua yang sebenarnya adalah key person yang mengikat kumpulan itu supaya selesa berborak diantara satu sama lain. 

Contohnya, aku dan kawan2, yang sudah berkawan semenjak daripada tingkatan 1, dulu2 selalu melepak di mapley jalan binjai. Anggota tetap kumpulan tu ialah aku, amad, eddy, din, fazrul & yan. Kalau 6 orang ni duduk bersembang, memang tak habis lah. Duduk daripada jam 8 malam, boleh sampai ke 2-3 pagi! Sampaikan makwe masing2 pun boleh jatuh jeles!

Tapi, cuba buang amad dan eddy daripada kumpulan tersebut. Aku agak pasti, paling lama pun.. mungkin jam 10 malam dah boleh balik sebab masing2 dah boring takde idea. Dan, lebih teruk lagi kalau keluarkan din daripada senarai tersebut. Aku, fazrul & yan.. memang tak boleh gi la. Confirmed jam 9 dah gatal punggung nak blah!

Worst case, kalau amad & eddy not available.. sure "meeting" akan di postponed! bukan sebab tak cukup chorum.. tapi, tidak ada pengikat - iaitu key person yang aku katakan tadi. Sampai macam tu sekali. Dan, most of the time kalau invitation tu datang daripada amad & eddy, most of us will try to make up time to attend. Tapi, kalau organiser nya orang lain.. contohnya, aku - kawan2 lain akan tanya, siapa lagi ada ? Maksud tersiratnya ialah... amad dengan eddy ada tak ?

Kalau berborak berdua, dalam ramai2 tu siapa yang aku pilih ? Sudah tentu eddy! sebab aku selesa bercerita dengan beliau.

Dan, who is the least in my list ? Dah tentu yan! possibly because aku not that close with him. 

Nah, walaupun kami sebenarnya berkawan sudah lama iaitu semenjak bangku sekolah (tingkatan 1) sampai sekarang, tapi, masih ada barrier yang aku tak dapat nak runtuhkan hanya kerana ciri2 introvert ini. It's not nice and I hate being one!

But, kita masing2 ada kelebihan masing2.. kan ?

19 Januari 2011

MALAM RAMAS MESRA

Maaf, tajuk tu typo.. hehe!

MALAM RAMAH MESRA PENDUDUK

Jumaat, 14/01/2011 @ 9pm
Lokasi : Kawasan perumahan aku

Bulan disember lepas dalam mesyuarat KRT yang terakhir untuk 2010, ada cadangan untuk di adakan aktiviti pertama di bulan pertama tahun 2011. Ada aktiviti, baru lah semangat sikit nak buat lagi lepas tu. Oleh itu, telah dicadangkan untuk dibuat satu majlis suai kenal atau ramah mesra di antara penduduk kawasan perumahan kami. 

"Bila tarikh yang sesuai ?", tanya En Azmi (tuan pengerusi)

"Tuan pengerusi, saya cadangkan Rabu malam 12hb satu.. awal2 bulan susah sikit sebab urusan persekolahan anak2. Dan, kalau hujung bulan pula dah hampir dengan cuti tahun baru cina", cadang Syahmi (setiausaha)

"Betul juga, kalau weekend ramai yang nak balik kampung", sambung salah seorang ajk pula

"Tuan pengerusi, saya cadangkan kalau nak buat malam.. lebih baik kita buat jumaat malam. Sebab esoknya cuti. Lagipun, kalau rabu malam, habis lewat sangat nanti susah juga. Esoknya nak kerja.. anak2 nak sekolah", aku berikan cadangan dengan rationalnya sekali

"Setuju", salah seorang ajk berikan sokongan

"OK. kita buat jumaat malam 15hb satu"

Susulan itu, perancangan dan pembahagian tugas dibuat diantara ajk2 yang hadir. 

Jumaat, 14/01/2011

Lepas balik daripada tengok wayang, aku singgah ambil Nurin hana di school. On the way balik, aku sengaja ikut lorong dimana majlis ramah mesra akan di adakan. Nak tengok ada orang buat kerja2 persiapan atau idak.

Dalam jam 6:30pm, aku ke tempat majlis untuk membantu apa2 yang patut - pasang lampu dan susun kerusi - sambil borak2 dengan ajk2 yang hadir. Selesai persiapan.

9:00 malam...

Aku mula ke tempat majlis.. ajk kena lah datang awal sikit, ye dak ? Masa aku sampai, tak ramai lagi ada.. angin pula dah makin menyejuk tanda macam nak hujan. "Tolonglah jangan hujan", doa kami pihak ajk

Penduduk perlahan2 datang memenuhi kerusi di dalam khemah. Sambil tu, aku dan Izal (bendahari) jadi penyambut tetamu dan mengingatkan penduduk untuk register bagi tujuan mengumpulkan data penduduk. Angin makin sejuk dan pokok2 mula bergoyang2... "Arghh, sudah!", keluhan ajk tanda doa tadi tak tertunai

Sekejap lepas tu, berderum... hujan turun. Makin lama makin lebat. Namun, masih ramai lagi penduduk yang sedang perlahan2 menuju ke arah khemah. Sudahnya, khemah penuh sesak dan alhamdulillah semua kerusi penuh walaupun hujan makin lebat. Kalau tak hujan, aku yakin tentu lebih ramai yang datang sampai melimpah ke padang permainan gamaknya. Aku congak2.. mungkin dalam 200-250 orang termasuk anak2. 

Pengerusi mula dengan ucapan alu2an, sejarah persatuan dan krt, sejarah kawasan perumahan, pencapaian2 yang telah dikecapi dan juga masalah2 setempat. Agenda seterusnya, sessi ajk2 memperkenalkan diri secara ringkas.. termasuklah aku. Next, sessi pemilihan ajk tambahan untuk mengisi tempat kosong menggantikan ajk tidak aktif dan yang sudah berpindah. 

Untuk makluman, kerja2 krt ini adalah secara sukarela (kadang2 terasa macam paksa-rela) dan tiada imbuhan di sediakan. Cuma, semua ajk krt akan di lindungi insurans yang di sediakan oleh pihak kerajaan melalui jpnin (jabatan perpaduan negara & integrasi nasional). Manakala peruntukan untuk aktiviti pula diberikan dalam bentuk grant tahunan lebih kurang RM3.5k setahun mengikut tahap ke-aktif-an krt kawasan tersebut. Makin aktif, boleh dapat lebih.

Sementara pemilihan paksa-rela dibuat, ajk makanan mula menghidangkan makanan untuk menjamu selera.




Selesai acara ucap-berucap dan pemilihan, tiba masa untuk makan pula. Menu malam tu ialah : Bihun (udangnya banyak dan besar2), karipap, muffin kekpisang, sirap & teh-o panas.



Alhamdulillah, makanan cukup untuk semua.. siap boleh tapaw lagi. 

Bila semua dah kenyang makan, tiba masa untuk buat sedikit sukaneka. Mostly untuk kanak2 lah yang sebenarnya. Cadangan asal, dibuat di gelanggang futsal bersebelahan dengan khemah.. namun sebab aktiviti korek tanah telah memutuskan kabel elektrik yang menyebabkan lampu gelanggang futsal tidak berfungsi (takde elektrik) dan juga sebab hujan - maka, sukaneka dibuat dibawah khemah sahaja.

Ada beberapa acara dan sangat havoc lah keadaan nya bila masing2 bersorak menyokong anak2 mereka bersukaneka. Antara acaranya :

1) Lontar bola ping pong dalam cawan berpasangan (kategori kanak2) - acara ni memang acara "jahanam", meminjam kata2 salah seorang ajk. Mana idak nya, bukan nya senang nak lontar bola ping pong dan sambut guna cawan polisterin dalam jarak lebih kurang  4 kaki antara pemain. Asal main ada 15 pasangan kanak2, lepas lontaran pertama.. terus tinggal 4 pasangan je!! memang acara yang "kejam"!

2) Tiup dan letupkan belon (kategori kanak2) - kesian kanak2  halus (bawah 7 tahun) tak pandai nak tiup dan main tipu camne nak letupkan belon (selalunya cengkam guna kuku). Makanya, terkial2lah nak letup kan belon tersebut. Kesian.

3) Bawa bola ping pong dalam sudu 5-sepasukan (kategori kanak2)



4) Music chair (kategori kanak2) 


Dan, satu acara dewasa iaitu.. 5) Boling kelapa kategori lelaki dan wanita - Memang HAVOC!!


Masa geng wanita main, agak lemah lembut dan gemalai sekali. Kalau "pin" jatuh pun ada la dalam 1 atau dua je. Tapi, bila geng lelaki main.. masyaAllah.. me-ngeri-kan!! Aku yang dok kat belakang "pin" untuk tangkap bola-boling-a.k.a-kelapa tu pun jadi seram. Diorang ni baling, macam nak nagi "pin2" boling tu pecah berkecai! LAJU YA AMAT!!!

In the end, aku rasa2 most of the hadirin enjoy the aktiviti dan as one of the ajk.. aku rasa terharu dengan sambutan kehadiran (walaupun tak sampai suku jumlah penduduk) dan juga sikap sporting kebanyakan penduduk yang hadir.

Majlis bersurai lebih kurang jam 11 malam...

TAHNIAH AJK KRT !!!

nota : gambar oleh aizal (aizal76@gmail.com) dipetik daripada yahoo!groups krt kawasan aku

18 Januari 2011

KHURAFAT (FILEM)

sinopsis daripada skop production

  image : skop.com.my

"Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam di antara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat ….membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah.Pasangan ini di awal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda di pertengahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan.

Kehadiran seorang perempuan tua misteri….ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…Anna sentiasa mengganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan.

Bayangan Anna mula mengganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan, setelah diasak pelbagai kejadian aneh."

Memang dah lama aku target untuk pergi menonton di panggung wayang cerita seram nukilan syamsul ni iaitu sejak promo nya keluar tahun lepas lagi. Tapi, disebabkan cerita hantu seram.. mana boleh aku nak menonton dan bawa Nurin hana sekali. Mahu nya termimpi2 pulak dia nanti. Sedangkan tempohari kami gi nengok cerita "Hantu Kak Limah" pun dia pakat tutup2 mata segala bagai.. inikan pula "Khurafat" yang memang sahih cerita seram!

Cik puan kpp dok kat rumah sebab baru lepas operation (kecil2an aje). Nurin hana gi school. Jadi, inilah peluang aku untuk gi menonton sorang2 macam orang bujang.. harap2 ada awek dok sebelah.. haha!

Petang tu aku pun ke panggung wayang untuk menonton.

Memandangkan ianya adalah hari bekerja, maka tak ramai lah orang kat kaunter tiket. Agak aman lah aku beratur untuk membelinya. Macam biasa, kalau pilih seat aku akan minta yang kedudukan nya di aisle supaya senang keluar masuk dan yang lebih penting.. senang nak parking makanan, air & jajan yang aku beli.

Dalam panggung, sebelah aku tu tak ada orang :-( 

Selang satu kerusi, ada satu couple melayu berpegangan tangan.. "Eleh, konon2 seram lah tuh!". Dan, aku berprasangka baik yang mereka adalah suami isteri.

Permulaan cerita dah tunjuk kes orang kampung kena rasuk dek kerana "membela" hantu dan bila nak mati, hantu tu minta "waris" atau "pengganti". Macam biasa, imam surau dengan ilmu tinggi membaca ayat2 al-quran dan akhirnya hantu tu tewas!

Johan (Syamsul) pula baru berkahwin dengan Aishah (Liana Jasmey) dan sedang berbahagia. Cuma, aku rasa agak janggal sebab Liana Jasmey tu nampak macam adik2 je kepada Syamsul... tak macam perwatakan isteri langsung. Dalam cerita ini Aishah adalah anak orang kaya.

Mereka sering diganggu oleh satu bayangan "makhluk halus".

Di bandar, Johan ada seorang bekas kekasih Anna (Sabrina Ali) yang berperwatakan liar - suka berhibur di nite club. Dia jadi sangat kecewa sebab Johan meninggalkan nya dan berkahwin dengan Aishah. Memang gila2 punya psiko! 

Oleh sebab itu, Johan & Aishah syak Anna lah yang "menghantar" hantu itu untuk mengganggu hidup mereka.

Sampai suatu hari setelah beberapa kali di tolak oleh Johan, Anna buat keputusan bunuh diri. 

Diakhir cerita, barulah di jelaskan siapa kah yang empunya angkara yang menyebabkan "hantu" tersebut dok mengacau kehidupan Johan. Kalau aku cerita kat sini, tak thrill la.. baik korang gi nengok sendiri.

Pada pendapat aku, cerita garapan Syamsul ni tidak mengecewakan. Beberapa kali juga lah darah aku menyirap dan bulu roma tegak berdiri dek kerana scene2 seram dan elemen muzik yang baik. Part yang aku rasa paling seram ialah bila scene Johan (Syamsul) bersama "mayat" di dalam hutan. Memang meremang beb!!

Namun, sepanjang perjalanan cerita.. tumpuan aku sedikit terganggu sebab ada budak2 buat kecoh dan gelak2 tak semena2. "KALAU NAK GELAK2, GI LA TENGOK HANTU KAK LIMAH!", hampir2 aku nak jerit diolag tersebut, tapi aku sabar.. sabar.. memang potong betul lah ! by the way, cerita ini kategori 13PG. 

Keseluruhan nya, naskah seram pertama Syamsul ni memang kelas lah. Dengar ceritanya, filem ini dah kutip RM2juta untuk 2 hari tayangan. Wow!! Dan, aku tidak akan teragak2 untuk nengok filem2 seram Syamsul lagi in the future.

TAHNIAH SYAMSUL!!

17 Januari 2011

SAKIT PINGGANG.. TAPI CUKUP PUAS!

Haha! Tajuk tepahaper.. sekali lagi, bukan 18SX ye..

Jumaat lepas, masa ambil Nurin hana daripada school.. aku terima sebeban buku baru Nurin hana untuk sessi tahun 4 nya. Dan, pesanan daripada cikgu Nurin hana,"Tulis nama, balut dan pulang semula hari isnin, ye"

Akibat kerja bertangguh2.. sudahnya, petang semalam baru aku gi mencari pembalut buku Nurin hana di kedai runcit. Mujur ada.

Jadi, malam tadi, satu malam aku bertungkus lumus menyiapkan balutan buku Nurin hana yang bertimbun tu. Aku mula dari jam 8pm.. sambil tengok bolasepak EPL di tv. Liverpool punya game jam 10pm. Aku budget2, sempat siap sebelum game start dan boleh lah aku tengok bola dengan aman (sambil cik puan kpp tidurkan Nurin hana kat bilik).

Mula2 sekali aku printkan nama Nurin hana besar2 dan lekatkan kat depat buku2 tersebut. Senang. Malas aku nak menulis. 

Next, balut gunakan pembalut plastik yang aku beli petang tadinya. Lepas satu, satu.. lepas satu, satu.. perghh! banyak lah pulak!!

Aku jeling jam di dinding.. hah?! dah jam 10pm, tapi masih banyak lagi yang tak berbalut. Pinggang pula dah mula rasa stress sebab buat kerja dok atas lantai. 

"YEAAHHHHHH!!!", jeritan aku tanda Liverpool score sebijik

Pastu sambung semula membalut buku. Memang tak aman la dibuatnya. Tangan membalut buku, mata pula tengok bola.

Jam 11pm, memang betul2 plastik pembalut tu tak cukup! Ah, sudah!

Masa bola berhenti rehat half-time, aku pecut kereta ke kedai runcit siang tadi. Mujur masih buka. Aku beli, balik rumah dan sambung membalut sambil tengok tv. 10 minit kemudian Liverpool kena dua biji gol.. ketinggalan 2-1. Tension!

"YES!! PENALTY!!"

"YEAAAHHHHH!!", sekali lagi Liverpool score. kedudukan 2-2 sehinggalah wisel penamat. SERI!

Kerja membalut buku aku tak habis2 lagi. Jam dah 12am dah!

In the end, aku berjaya juga siapkan kerja membalut buku Nurin hana tu pada jam 2 pagi!!

Mata pedih, badan lenguh, pinggang sakit, kaki kebas.. namun, aku puas hati sebab berjaya juga siap membalut!

Usaha tangga kejayaan weh! (walaupun Liverpool sekadar seri je game malam tadi.. huhu)

16 Januari 2011

NU-IN @ BANGI

"Nak makan kat mana ni ?", tanya cik puan kpp

"Ingat nak try Nu-In tu lah. Kawan abang kata sedap", aku bagi cadangan

Dialog suami-isteri yang tengah kelaparan..

Agaknya sebab dah kerap sangat makan kat kedai2 yang sama, aku pun sengaja bagi cadangan untuk try makan ke kedai yang satu ni. Kawan aku kata makanannya sedap. Namanya, Restoran Nu-In little Perak yang terletak di bandar baru bangi

Kedainya terletak di deretan kedai2 di bandar baru bangi, dibelakang Al-Ikhsan dan bertentangan dengan Bangi Kopitiam (seberang jalan). Suasana dalam kedai macam kedai2 makan yang berunsurkan "kopitiam" cuma ditambah sentuhan moden dengan meletakkan sofa di satu sudut kedai.. mungkin untuk tujuan lebih santai

Bila aku go thru menu2 nya, kebanyakkannya adalah berunsurkan "Perak". Contoh : mee rebus taiping, popia tanjung malim dan sebagainya. Aku tak pastilah pulak samada menu2 tersebut memang "berasal" daripada nama2 tempat yang dinyatakan atau tidak. Cuma, apa yang pasti.. buku menu nya kemas dan cantik.

"Apa yang best ni ?", cik puan kpp tanya

"Ala.. pilih yang ada gambar 'chef recommend' je la", kata aku

Malas nak makan nasi.. aku order "Mee Rebus". Cik puan kpp pula order "Nasi + Ayam Masak Pedas". Sebab cik puan kpp yang kena belanja.. aku tambah lagi menu popia basah sekali. Ambil kesempatan.. hehe


MEE REBUS


Rasa mee rebus dia.. kira ok lah. Tidak lah sampai sedap tahap gaban sangat rasanya. Kuah pekat dan likat. Kalau tak salah aku, ada unsur2 macam mee rebus muar punya stail. Cuma, yang aku kurang seronok tu.. kepanasan kuah nya melecurkan lidah aku. Jadinya, tak dapat nak menikmati hidangan dengan sebaik2 nya. Orang kata, kalau lidah lecur ni.. maknanya kuah tidak cukup masak, entah betul ke idak ?


NASI + AYAM MASAK PEDAS


Ini menu pilihan hati cik puan kpp. Kalau tak pekena nasi seharian.. memang tak sah. Tak kenyang katanya. Kalau ikut kan pemerhatian aku akan kaedah makan nasi cik puan kpp.. nampak macam "sedapnya tidak lah seberapa"


POPIA


Haa.. yang ini aku boleh katakan sebagai "agak" sedap lah. Cuma, ianya sedikit manis.

Eh, aku dengan cik puan kpp dok sibuk2 makan.. Nurin hana pulak buat apa ?

Budak yang liat nak makan nasi ni dah ada habit baru kalau pergi ke kedai makan.. iaitu mengambil gambar di segenap kedai. Entah apa2 gambar yang di ambil nya.. mujur juga kamera digital. Kalau idak, jenuh juga nak beli filem. 
Ini lah contoh gambar kedai yang Nurin hana ambil atas arahan cik puan kpp supaya boleh dimasukkan ke dalam blog.. hehe..


Nak ambil sendiri malu.. kalau budak2 ambil, takkan tuan kedai nak marah pulak.. kan ?

14 Januari 2011

DALAM KENANGAN #4 - JOM MAIN HOKI

 
Andaikan gambar diatas adalah pokok jambu. Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan sesuatu yang boleh digunakan sebagai alat mainan. Apa yang anda nampak ?

Main panjat pokok ? too typikal

Ambil daun nya dan main masak2 ? err.. too girlish untuk hensem & macho boy macam aku

Ber"sengayut"an dengan gaya kaki di atas dan kepala dibawah ? err.. next2 entry aku cerita

("sengayut" = bergayutan; biasanya di dahan pokok atau palang rumah)

OK. dah puas fikir ? So, apa pendapat anda ? Dengan tahap kreativiti yang melampaui batas.. dibawah ini lah jawapannya..


Pilih bahagian yang ditandakan/dibulatkan. Potong/tebang menggunakan apa sahaja senjata yang boleh diperolehi - sebaik2nya gunakan parang. Kemudian, dibersihkan sehingga ianya menjadi seperti alat mainan seperti dibawah ini..


Jadilah ia, sebatang kayu hoki yang diperbuat daripada dahan pokok jambu. Yang sebelah kanan ye.. bukan yang sebelah kiri tu. Kalau sebelah kiri, kena lah beli di kedai. Mana lah budak2 yang dok rumah setinggan macam aku ni mampu nak membeli nya!

Kayu hoki buatan sendiri macam ni boleh dibuat dengan apa2 dahan pokok sekali pun. As long as, bentuknya menyerupai kepada bentuk kayu hoki - seakan2 huruf "J". Kalau tak dapat "J", dapat "L" shape pun kira ok dah. Selagi mana ianya menyerupai bentuk kayu hoki yang sebenar dan memudahkan pemain untuk memukul "bola hoki" semasa permainan berlangsung nanti.

OK. Permainan "hoki" memerlukan dua pasukan yang secara dasarnya ada lebih daripada 5 orang. Jadi, permainan "hoki" ini adalah satu permainan yang memerlukan pengemblengan ramai konco2 untuk bermain bersama. Lebih ramai lebih baik.
Masa aku zaman budak2 dulu, kebetulan rumah bertentangan dengan rumah 'cik Yah tu ada laman berumput yang luas. Sangat sesuai untuk dijadikan stadium permainan hoki kami. Antara peralatan2 yang diperlukan oleh pemain hoki adalah seperti - "kayu hoki buatan tangan", bola tenis (sebagai bola hoki) dan sepasang selipar untuk penjaga gol (sebagai glove di tangan).

Oleh kerana kayu hoki buatan sendiri adalah alatan wajib, skill membuat kayu hoki perlu ada kepada bakal2 pemain2 hoki yang berminat nak main. Kalau nak harap kan orang lain buatkan, jawabnya memang lah dibuatkan guna batang ubi sahaja. Sekali tibai dah patah atau berkecai!

Peraturan permainan adalah lebih kurang dengan permainan hoki yang sebenar, cuma tidak ada lah peraturan seperti - tak boleh guna back stick - yang tidak dipraktik kan. Antara ciri2 pemain hoki yang diperlukan :

1) Keberanian
2) Keberanian tahap gaban
3) Tahan sakit ! 
Skill hoki = asalkan boleh pukul bola dah cukup hebat lah

Macam biasa, pemilihan pemain dibuat dengan menggunakan teknik lat-talilat-laili-tamplom atau ooo-som. Bila pembahagian telah dibuat, pasukan masing2 akan mengambil tempat dan side "stadium" masing2 seperti yang telah ditetapkan. Permulaan permainan, bola akan diletakkan di tengah2 padang dan kayu hoki seorang pemain daripada setiap pasukan di lagakan tiga kali untuk memulakan permainan.

Sepanjang permainan masing2 akan cuba menjaringkan gol. "Tiang gol" biasanya adalah pokok atau selipar yang ditandakan sebagai "tiang". Penjaga gol akan bersungguh2 menyelamatkan setiap percubaan daripada pihak lawan. Begitu juga dengan striker yang gigih membuat percubaan2 "bahaya" ke arah pintu gol.


Semua pemain akan bermain "bermati2an" seolah2 sedang mewakili Malaysia di sukan Olimpik!

Tahap kesabaran dan tolak ansur sangat penting dalam permainan hoki ini sebabnya masing2 "bersenjatakan" kayu dan sebarang rasa tak puas hati atau sikap panas baran akan menyebabkan situasi yang merbahaya - bergaduh guna kayu!

Kadang2 aku akan jadi gol keeper. Dan, tahap kehandalan aku sebagai keeper tidak lah dapat di nafikan lagi. Banyak percubaan2 bahaya yang berjaya aku selamatkan. Sehingga menyebabkan pemain striker pihak lawan menjadi buntu.
Tapi, menjadi gol keeper berdedikasi lagi handal seperti aku mengundang risiko yang amat tinggi..

Apabila tahap kecekapan dan keberanian mencapai tahap gaban, inilah yang akan terjadi..


 kayu hoki batang pokok jambu buatan sendiri singgah tepat di kaki aku ! Huaaaarrrrrrrggghhhhhhh !!!!

13 Januari 2011

LIVERPOOL FC - CERITA PASAL JERSI

Arrrghhh.. agak menanah juga hati aku ni kalau nak bercerita pasal prestasi Liverpool FC dalam musim ini. Sangat2 mengecewakan!! Buat penat je aku berjaga malam setiap game.. main macam HAMPEH!!

Ok, ok.. kita lupakan sebentar prestasi hambar Liverpool itu.. huhu.. aku sebenarnya nak cerita pasal jersi2 Liverpool FC yang dah lama terperap kat dalam almari tu.

Jersi2 ini sebenarnya aku beli lebih kurang 13 tahun lalu.. ye, satu.. tiga.. 13!!

Malang nya atas sebab musabab yang sangat jelas.. aku tak boleh nak pakai jersi ini, terutamanya di Malaysia yang mana agama rasminya adalah agama islam. Dan, of course lah sebab aku ini orang islam. Sebab ? adanya logo "syarikat air minuman" yang err... tengoklah sendiri gambar kat bawah ni..


Got the message, right ?

Atas dasar ke"tegar"an aku sebagai peminat, aku tak hirau kan itu semua semasa nak beli dulu.. lantak lah, janji aku dapat beli jersi Liverpool FC yang ORIGINAL!

Ini jersi ORIGINAL ye.. bukan cap ayam atau made in Haadyai!! Aku tunjukkan buktinya di bawah ini supaya tiada dakwa-dakwi...

So, apa yang boleh aku buat untuk membolehkan aku pakai ? huhu..

Sebenarnya dah lama aku sangat2 "teringin" nak pakai dan berlagak bila pergi berjalan2 sambil menunjuk2 yang aku pakai jersi Liverpool.. menandakan aku konon2nya kipas-susah-mati @ The Kop lah! 

Tapi, logo "syarikat air minuman" tu lah yang merencatkan semangat aku untuk bergaya dengan jersi2 tersebut. Namun, setelah sekian lamanya memeram jersi2 tersebut dalam almari.. dan, daripada dibiarkan berkarat macam baju hard rock cafe putih aku tu.. akhirnya, aku nekad buat sesuatu.

Minggu lepas, aku ke sebuah kedai di CM (Central Market, KL) untuk menempah logo yang dijahit di atas kain (entah apa orang panggil, aku tak tau). Bila aku tanya brader kedai tu, dia kata boleh buat macam yang aku hendak. Harganya, RM15 satu. So, tanpa lengah2 aku tempah 5 unit. Janji untuk ambil esok hari nya.. dan, brader tu dengan confidentnya kata "Boleh, malam ni pun dah boleh siap", katanya

Esok petangnya, aku ke kedai brader tu..

"Bang, tempahan saya dah siap ?", aku tanya

"Belum lagi la, tak buat lagi pun.. sebab semalam kain habis. Baru sampai pagi ini", selamba dia explain dengan tanpa rasa bersalah!

"Pukul 5 boleh siap.. datang balik pukul 5", kata brader tu lagi

Darah aku ni dah menyirap! "Betul boleh siap pukul 5 ni ? Confirmed ?", aku nakkan kepastian

"Confirmed. Pukul 5"

Aku pun blah dengan muka masam mencuka dengan perasaan berbuku dihati yang maha dahsyat! Apa punya meniaga lah! Tak menepati janji!! Petang tu, aku tak datang ambil pun..

Esoknya, aku datang lagi.. nasib baik dah siap. Tak banyak tanya, aku ambil, bayar dan terus blah..

Malamnya..

Dengan penuh semangat yang berkobar2 aku terus kumpulkan semua jersi2 Liverpool aku dan mula menjahit di ruang tamu. Nak siapkan malam itu juga!

Dan, akhir nya.. taraaaa..


Walaupun tak berapa cantik (sebab warna hitam, kot?), aku puas hati sebab akhirnya setelah 13 tahun, aku terasa benar yang aku ni seorang kipas-susah-mati LFC dan dapat pakai jersi2 itu tanpa was2!!

Yey!

Liverpool FC - You'll Never Walk Alone

12 Januari 2011

SATU MALAM YANG HANGAT

Ini bukan cerita 18SX ye..

Isnin malam selepas balik daripada school, Nurin hana tiba2 demam. Agak pelik juga lah sebab masa aku hantar ke school paginya tak ada pula tanda2 demam. Dah agak lama juga lah Nurin hana tak demam yang panas macam gitu. 

Oleh itu, masa time tidur.. kipas di matikan (begitu juga ekon) supaya badan Nurin hana yang panas tu boleh mengeluarkan peluh. Makanya, aku dan cik puan kpp pun sama2 lah kepanasan dek kerana takde kipas malam tu. Mana idak nya, dah hari2 pulun tidur pasang ekon. Sekali kena takde kipas (atau ekon), 'bercinta' juga lah aku nak memejamkan mata. PANAS!

Tujuan asal tercapai iaitu untuk membuatkan Nurin hana berpeluh. Hasil daripada peluh tersebut, kepanasan badannya berkurangan.

Kepala Nurin hana dah ditampal dengan kool fever dengan tujuan untuk menurunkan suhunya.. namun, mungkin dek kerana kepanasan tidurnya tidak lena. Kejap2 dia tergaru2.. pastu merengek2, beralih2 posisi beberapa kali - serba serbi tak kena. 

Tapi, aku agak hairan juga lah.. sebab cik puan kpp siap boleh selimut segala bagai!

Aku pula, macam2 yang kepala otak aku ni fikirkan.. susah benar nak tidur.

Dalam jam 2 pagi, suhu kepanasannya dah turun sedikit.. aku lega. Hopefully, by morning dah kebah la. Malangnya, jam 3:40 pagi, bila aku dan cik puan kpp tersedar.. suhu badan Nurin hana kembali panas. Seterusnya badan dituam dengan air supaya boleh menurunkan kembali suhunya.

Bangun pagi.. 6:30 pagi..

"Papa, tengok.. Nurin hana dah sihat dah. Tak panas dah", kata Nurin hana pagi2 buta tu.

Bila aku pegang, "Huii.. panas lagi nih", memang panas lagi!

"Dah sihat dah..", kata nya lagi

"Hari ni, Nurin hana tak yah gi school ye. Dok rumah je", kata cik puan kpp pula menandakan yang cik puan kpp "paksa-rela" meng-EL-kan dirinya.

Kalau tak di sebabkan isnin tu aku dah EL.. harus aku EL juga!

11 Januari 2011

iCITY

Beberapa kali juga lah aku dengar kawan2 dok cerita pasal iCity ni. Siap tunjuk2 gambar2 yang sangat meriah  lagi dengan lampu2 neon yang pelbagai warna. Memang indah! Sekaligus, menarik minat aku untuk gi berkunjung ke iCity juga.

"Yang, jumaat malam balik dari kerja jom kita gi ke iCity. Nengok gambar kawan2 jadi teruja lah pula", aku bagi cadangan pada cik puan kpp

"Jom.. jom. Best juga nengok gambar kawan2. Macam menarik", cik puan kpp setuju

"OK"

So, pada malam yang dirancangkan bertolak la aku sekeluarga ke iCity.. berbekalkan peta (maklum lah takde gps) yang aku dah print kat ofis pagi sebelum nya dan panduan daripada kawan2. First thing ialah kena mengelakkan jammed tahap gaban yang selalunya terjadi setiap petang jumaat yang mana ramai orang yang balik kerja berpusu2 balik.


image : merepeksematamata.blogspot.com

Aku buat keputusan untuk ikut NKVE + Federal Highway Exit Shah Alam untuk sampai ke destinasi dengan kadar kesesakkan yang paling minima. Alhamdullillah, perjalanan sangat lancar dan tiada kesesakan yang nyata.

Kawasan nya terletak berhampiran dengan UiTM (pintu belakang) yang masa satu masa dulu bukan main lagi hutan nya. Langsung takde ciri2 untuk pembangunan. Tapi, sekarang dah lain.. lain sangat2!

Sampai iCity lebih kurang jam 8:30pm. Nak masuk kena bayar "entrance fees" RM10. Cheh! ingatkan free. Anyway, aku bayar je la.. takkan nak patah balik rumah pula. Ok, habis bab bayar "entrance fees". Nak masuk ke tempat parking pula, satu hal lagi. Punya lah terhegeh2. Padahal, tak sampai 200 meter pun. Isunya ialah, laluan untuk masuk dan keluar adalah jalan yang sama.. ditambah lagi dengan orang berjalan kaki di sekitar jalan tu, memang agak messy lah..

Sabar.. sabar..

Akhirnya, dapat juga lah aku parking - di tingkat paling atas sekali setelah puas aku berpusing2.

Walaupun banyak dugaan dan cobaan.. aku rasa agak berbaloi sebab memang indah rupa, indah khabar! Hampir seluruh kawasan tu di hiasi dengan lampu2 perbagai warna dan di susuh dalam pelbagai bentuk. Ada rupa pokok, rupa pokok buah2an, rupa binatang, rupa castle... ada yang mengerlip2, bersinar2.. ada merah, ada kuning, ada biru, hijau, orang.. pendek kata sangat meriah!

 
Cuma, yang aku tak puas hati ialah dalam banyak2 kawasan tu, dan selepas dikenakan "entrance fees", ada pula kawasan yang kena bayar "entrance fees" lagi kalau nak masuk. Udah lah gitu, kawasan nya.. alahai.. ciput je. Memang tak berbaloi rasanya. Kalau "entrance fees" patutnya, sekali kutip sudah lah.

Anyway, isu "entrance fees" tidak lah sebesar mana sangat dan tidak lah sampai menenggelamkan ke-teruja-an aku menikmati satu idea yang brilliant dalam mewujudkan suasana yang sangat meriah dan creative di iCity. Believed me, it's worth it!!

 
Aku ada ambil video ke-meriah-an lampu2 yang pelbagai tu, tapi memandangkan saiz nya yang sangat besar.. tak jadi lah aku nak sharekan kat sini.

Tapi, agak malang juga sebab aku takde kamera yang power (baca : dslr) untuk ambil gambar2 yang berskill dan cantik2 di situ. Terpaksa lah guna kamera henfon aku yang pantang ada gegar sikit.. mula lah gambar jadi kelabu dan juga gelap! huhuhu..

Walaumacamanapun, aku actually enjoy the trip to the iCity and highly recommend to sesiapa yang berminat!

iCity rocks!